March 14, 2010

Santai

tenang. damai. menyelerakan.

pernah makan dekat Santai? restaurant & kafe ni terletak dekat tanjung lumpur, Kuantan. tak jauh sangat la dengan Sempurna resort. sebelum memilih dinner dekat Santai, driver bus bawa kitorang round-round area situ dulu sampai la masuk dekat kawasan jalan kecil. dekat area jalan kecil tu ada restoran ikan bakar. ramai gila orang yang datang. ofcourse kitorang pon tak ada tempat duduk if nak makan situ.

so, we decided to have a dinner at Santai.

as usual, pilih untuk makan di dalam adalah lebih selamat berbanding di kawasan luar sebab ada budak kecik. nanti dorang main sampai ke tengah jalan pula nanti.

i suka sangat lampu tu. bila u duduk dalam ni, u rasa macam dekat rumah sebab tingkap restaurant ni.

tomyam ni sedap sangat!!! wajib cuba.

kerabu mangga pun sedap. ada kacang gajus + jajan ikan on top of kerabu ni. tak pernah lagi i pergi mana-mana restaurant kerabu dorang letak jajan ikan tu.

ok. itu saja la yang best. but pleaseeeeee, jangan order udang goreng if u tak suka manis. macam i. sebab udang goreng tu manisssssss gila!



barang-barang yang ada dalam kedai ni semua untuk di jual. kecuali lampu yang i suka tu. hehe.

kawasan luar pula Santai ada sediakan tempat makan pondok macam tu. bersila la. melayu gitu. hehe.

olrite! malam tu memang kenyang habis sebab lauk lebih kurang 6 - 7 jenis rasanya.


yeayyy ! ceria habis. perut dah kenyang kan. dinner untuk malam tu total semua rm700++ untuk 30 orang makan. hehehe. bos kenyang tak bos??

ok. next day kita makan dekat kedai mamak!!!

blurpp~

Sempurna Resort, Kuantan Pahang

19 Februari 2010, ART Usaha Dagang Sdn Bhd telah mengadakan family day at Kuantan, Pahang. tahun lepas buat dekat Perak dan jalan-jalan sekali ke Penang. syiok3. kali nie jalan-jalan area Kuantan je.

0630 - bertolak dari rumah En. Ramlee. boleh dikatakan rumah i juga la tapi landlordnya En Ramlee. sebab i tak bayar duit rumah tu. hehe.


1500 - check in.

i baru je masuk bilik, then ada orang dah ting tong ting tong.

"bila nak pergi mandi?"

haaa. apa lagi. salin salin. memang dekat resort ni aktiviti kitorang pergi swimming je la. motif? belajar berenang dulu. kasi pro. nanti nak pergi Gambang pula. hehe.


bila No Lifeguard On Duty, itu maknanye SYURGAAAA. hahahaha! sebab for guys, dorang boleh suka hati nak buat back flip yang tak menjadi tu. and of course for the kiddos, diorang boleh swimming dekat tempat orang dewasa if diorang berani.

alahh katik katik, tak sampai ye dik? takut noh. macam lah akak u tu nak lepaskan adik dalam pool yang dalam tu.

dina pandai swimming. tapi for the safety, terpaksa lah pakai pelampung tangan tu juga ye.




rasa terkilan sebab tak dapat main dekat tempat budak-budak ni. hahahaha! syiok wow!!! ada baldi kumpul air, bila penuh nanti banyak air jatuh. childish ! haha.

minum petang. makanan dia ok. tapi tak consistent. 1st round, mee goreng dia sedap. 2nd round, masin sangat lah pula mee gorengnya.
ada tempat lumba lari. boleh buat sukaneka. lari dalam guni la best!

perkara wajib ofcourse la bergambar. kalau boleh setiap sudut wajib di posingkan.

bilik i no 217. my partner is Ima. baru sebulan join ART. that day first time i jumpa & kenal dia. nasib baik kepala boleh klik. tapi dia agak segan-segan, maklum la, baru lagi. takpe takpe, dah lama nanti boleh gila-gila. hehe.

hye ima! rindu pula dekat u. nanti i dah habis study i jenguk u dekat office. hehe.

ok. sekarang nie memang musim orang main skateboard 2 roda. adham & haziq are one of them yang dah addicted dengan skateboard ni. act haziq sepatutnya ada masuk competition skateboard ni, tapi masa tu dia patah tangan. its ok haziq. next time boleh masuk lagi. practice jangan ganas-ganas.

haziq kasi demo sikit.

March 12, 2010

hari yang gila!


hari ni hari gila i. tak tau kenapa. tiba-tiba gila.
borak-borak dekat FB asyik salah taip je. lepas tu cikgu dalam FB tegur. lepas tu cakap i tak sihat. pssttt, kita salah taip tak apa. tak macam cikgu dalam FB tu, suka cakap pelat-pelat. hehe.

minit ke minit, i bertambah gila. hari ni hari jumaat. kelas petang start pukul 1430. dalam otak cuma fikir kelas start pukul 1400. 5 min sebelum pukul 1400 semua dah siap-siap dah ni. dah get ready gila nak pergi kelas. ceh! tiba-tiba pnut tanya, kenapa awal sangat?

dongggg!!!

time tu baru teringat kelas pukul 1430. pnut suruh tidur sebab dia kata i tak sihat. hah ye. kalau ikut cakap pnut memang kelas habis baru i datang. dan rugi lah if tak datang hari ni sebab Sir banyak buat lawak plus ada budak lelaki "handsome" dalam kelas. yeahhh! kalau that boy rajin datang kelas, boleh la cuci mata tiap-tiap isnin & jumaat. lalalalala~

hye kong! hehe.


* muka besar. kalau boleh memang nak kasi satu frame tu muka saja. hehe. abang bergurau. :P
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...