September 24, 2015

Pengalaman Mengandung Anak Pertama: Part 2 - Kandungan 10 Bulan & Pengalaman Bersalin Di HSI

Untuk memastikan samada aku ada isi atau tidak, ibu ajak aku pergi scanned baby dekat Poliklinik Yuslina. Alhamdulillah, masa scanned tu Dr kata memang aku sah hamil 2 minggu. Maknanya, semasa period aku tak betul tu, keluar darah sikit-sikit tu maksudnya aku dah mengandung time tu.


Lepas kandungan berusia 2 bulan, aku buka buku merah dekat Poliklinik Yuslina. Tapi aku pergi sekali jek then aku tukar pergi buka buku merah dekat Klinik Kesihatan Desa Plentong. Tapi masa daftar dekat KK, aku tak beritahu pon yang aku dah buka buku merah kat klinik swasta sebab takut nurse-nurse situ bising. Aku tukar klinik atas nasihat ibu. Ibu kata, klinik kerajaan check lagi detail. Hikmah disebalik kejadian, aku disahkan mempunyai darah tinggi. Mungkin faktor keturunan sebab family belah ayah memang ada darah tinggi. Disebabkan aku ada darah tinggi, boleh dikatakan selang 2 hari aku kena datang klinik untuk pam darah. Kadang-kadang aku skip aku cakap dengan nurse aku buat sendiri di rumah. Nurse ok je tapi dorang pesan kalau bacaan dah mencecah 140 aku kena pergi hospital terus.



High Blood Pressure (HBP)


Pernah semasa kandungan aku mencecah 8 bulan kalau tak silap aku, malam tu malam akhir konsert AF 2014. Masa tu aku rasa macam nak muntah. Kepala berpeluh-peluh. Diri pon macam nak melayang. Aku pam darah sendiri di rumah. Aku check tekanan darah aku dah naik 153. Masa tu suami dah balik Pahang. Aku beritahu ibu dan ayah. Ibu suruh packing baju kot kot nanti kena tahan atau induce ke hape ke kan. Bahaya ye kalau kita ada darah tinggi semasa mengandung. Boleh membahayakan nyawa kita dan baby. Pernah kawan ibu tu dia bersalin Dr tak tahu dia ada darah tinggi then anak dia lahir berdarah telingan dengan hidung, baby meninggal.



Ok, berbalik pada hbp aku tu tadi. Pukul 12 lebih tu aku sampai di HSA. Walaupun aku dekat dengan HSI, tapi aku pilih HSA sebabnya aku takut nak ke HSI gara-gara banyak cerita negative yang aku dengar. Sampai di bilik saringan, aku diminta berehat. Dorang ambil sample urine & darah. Dr pelatih masa tu nak seluk aku, aku cakap aku tak nak kena seluk sebab aku tawu baby belum ada kat bawah lagi untuk keluar. Malam tu aku tetap kena admit sebab dorang nak monitor dulu. Esoknya lepas tekanan darah aku stabil baru ak dibenarkan pulang. Suami kata dia nak balik jb semula malam tu. Aku cakap tak payah la, tak ada apa-apa kot. Tapi esoknya dia dah sampai jb semula dah. Haha. Alhamdulillah. Darah aku normal semula keesokkan hari nya.



Alahan


Biasanya, orang mengandung akan muntah kan? Tapi aku lain. Aku jenis berry-berry. Asal makan je aku berry. Berry sikit-sikit pulak tu. Memang susah jugak bila nak keluar pergi mana-mana. Banyak tempat aku singgah sebelum sampai ke destinasi gara-gara berry-berry ni. Alhamdulillah, berry-berry ni tak lama. Lepas kandungan masuk 4 bulan, aku dah normal balik dah.




Cukup 10 bulan

Pada awalnya aku buka buku merah dekat KK, EDD aku yang nurse bagi adalah 19 Oktober 2014. Tapi lepas tu Dr kat KK tukar jadi 23 Oktober 2014. Tapi lepas aku admit HSA disebabkan HBP tu, Dr dekat sana bagi tarikh 20 Oktober 2014. Bising Dr dekat HSA cakap "dorang ni memang ada masalah tetapkan EDD betul lah!".... Aku buat dang je la time dia bebel sorang-sorang tu. Aku happy jek EDD tukar kepada 20 Oktober sebabnya tu tarikh lahir aku. hihihi.

Ok ni serius. Masa dah cukup 9 bulan, macam-macam kerja berat yang aku buat. Motifnya untuk buka laluan baby & untuk aku cepat bersalin. Sebab bila kandungan dah makin besar, kita rasa tak selesa. Apa semua rasa tak kena dah. Untuk kasi buka laluan tu aku berlari turun naik tangga, cuci kereta 2 biji dalam 1 hari, sental lantai luar rumah ibu aku. Hampeh. Tak berkesan langsung. Nurse dekat KK pon dah bosan dah tengok muka aku. Jumpa je dorang cakap, "haiii tak bersalin lagi ke. Lambatnye la haiii"... Hahahaha. Nasib lah nurseeee...

19 Oktober 2014 - aku memang kena serah diri di hospital untuk induce. Aku pilih HSI disebabkan aku rasa environment HSA tak berapa selesa. Nak ke hospital tu, ibu packed kan last lunch yang aku idamkan iaitu udang nestum. 1 bakul penuh dengan makanan jek. Suami cakap aku masuk hospital macam nak gi berkelah. Hahahaha. So, tengahari tu kitorang keluar rumah. Sebelum tu pergi Giant dulu beli milo instant. Then kitorang singgah Secret Recipe beli kek 1 slice sambil nyanyi lagu happy birthday slow-slow. Hahaha. Malu lah nanti orang dengar kan. Petang dalam pukul 4pm baru kitorang sampai hospital. Masuk bilik saringan. Head Nurse time tu tengah round, dia tanya aku itu ini, lepas tu dia arahkan Dr pelatih untuk masukkan induce. 1st, Dr pelatih perempaun seluk untuk masukkan induce, dia tak sampai. Dr pelatih lelaki pula cuba. Thorbaikkkkk. Induce pon dah kena seluk 2 kali. Ok la tak sakit sakit. Kalau tangan Dr India lelaki memang sakit. Kasar kot dorang. Lepas induce, aku tak boleh bergerak untuk satu jam. Masuk wad pon nurse tolak pakai wheelchair. Induce pukul 5pm, so 6pm aku pergi tukar baju. Aku masuk wad kedua. HSI tak ada wad pertama keranaaaaaaaaa.......siapa orang Johor dia tahu lah sebabnya. Wad kedua yang aku duduk ni, cuma ada aku sorang jek. Bila malam, aku tak bagi nurse matikan lampu. Nurse cakap, "takutlah tuuu...hahaha".... eh choiiiiii. Confirm lah takut. hahahaha. Satu malam aku buka lagu jek. Malam tu rupanya suami aku tidur dalam kereta. Dia balik rumah mak dia tapi mak mertua aku suruh dia tunggu je kat hospital takut nanti kalau ada apa-apa ke senang cepat sampai jumpa aku. Baik kan mak mertua aku? Hihihi. Pukul 12 malam tu, aku kena pergi bilik check up. Dr seluk dan bukaan aku masih lagi 1cm. Then, dorang decide untuk bagi aku second induce. Keesokkannya pukul 6 pagi dorang seluk lagi. Masih 1cm.


20 Oktober 2014 - waktu melawat tengahari tu, aku request bubur ayam Marrybrown dan ayam goreng dengan suami aku. Hari tu, suami & aku sama-sama yang 20 Oktober adalah hari lahir aku yang ke 25 tahun. Hahahaha. Memasing dok fikir bila lah baby nak keluar. Tengah-tengah makan tu, aku rasa sakit perut. Macam sakit kena gigit semut. Aku bagitawu suami aku, Sakit apa ni ek. Selang 3 minit sakit tu datang. Tapi masa tu aku masih boleh gurau-gurau lagi dengan suami aku. Tengah makan tu jugak, tiba-tiba aku rasa ada air lajuuuuuuu je keluar dari faraj aku. Dalam hati aku, takkan aku kencing kot. Takkan nak kencing sampai tak boleh nak kawal. Masa air keluar tu aku macam, "ehhhhh air ape ni?". Hahaha. Kebetulan masa tu aku dah mula pakai tuala wanita sebab pagi tu ada darah keluar. Mungkin sebab kesan dari kena seluk selalu. Suami panggil Nurse yang bertukar tapi yang datang Dr pelatih lelaki. Menyampah aku tengok dia ni. Suka cakap besar konon-konon dia pro la cari salur darah dekat tangan aku ni. grrrrrrrrr. Aku dipanggil masuk ke bilik selukan. Hahaha. Aku lupa dah nama bilik tu. Dr checked, aku dah 3cm. So Dr kata aku dah nak kena masuk dewan bersalin sebab air ketuban aku dah pecah. Dr tolong buka laluan. Panasssss je bahagian bawah tu aku rasa. Bila aku bangun dari katil tengok darah banyak keluar hasil bukaan laluan. Kalau suami aku yang tengok mesti gigil dah lutut dia. Kemudian, aku balik bilik. Borak-borak dengan suami aku sambil aku ke hulur ke hilir dalam bilik. Dengan harapan senanglah nak bersalinnya nanti. Habis waktu melawat tengahari, aku masih belum boleh masuk ke dewan bersalin. Waktu melawat petang, macam biasalah. Yang wajib ada mestilah suami ku. Kemudian ibu & ayah datang belikan mihun goreng. Sakit yang aku rasa dari tengahari tu masih lagi terasa. Tapi masih boleh gelak-gelak lagi la kan. Pukul 6:30 petang, nurse masuk bilik dengan wheelchair. Nurse suruh buka spender, walaupun air ketuban aku masih keluar lagi, suami pula kena kemas back sebab nanti kena pindah ward. Settle semua, kitorang pun bertolak ke dewan bersalin. Lepas nurse settle setting aku atas katil tu baru lah suami aku boleh masuk.

Masa dekat bilik seluk, Dr ada beritahu aku yang dia akan syorkan aku epidural sebab aku ada HBP. So aku inform Dr dekat dewan bersalin pasal epidural aku tu. Disebabkan aku masuk dewan bersalin lepas office hour, pakar bius cuma tinggal sorang je dekat hospital. So pakar yang seorang ni akan fokus pada orang-orang yang kritikal. Kalau sebab takut sakit bersalin dorang boh tak layan. Pakar bius tanya aku dari mana aku dapat tahu pasal epidural. TV. Haha! Sebab masa mengandung aku selalu tengok One Born Every Minute. Korang pun tengok lah untuk tengok pengalaman orang-orang bersalin ni. Tapi kita tak adalah nak menjerit macam dorang, Inshaa Allah.

Start pukul 9 malam, aku dah mula rasa sakit. Sakit sampai suami aku kata muka aku menahan sakit tu macam nak tumbuk orang. Sakit nak buka laluan tu setiap 2 minit datang. May be sebab induced tu kot. So sakitnya maintain selang 2 minit. Sakit nak buka laluan tu aku rasa lagi lega bila aku meneran. Tapi nurse tak bagi sebab laluan aku masih kecik. Dorang takut nanti koyak bawah aku tu. Sampai lah pukul 12 pagi, aku dah letih dan tak tahan lagi dah nak tahan sakit tu. Nurse pulak tak ada dekat dalam bilik. Bilik nurse masuk bilik, aku cakap dengan nurse aku nak operate. Aku tak tahan dah sakit sangat. Nurse cakap bersalin memang lah sakit. Tahan sikit ye. Dia check bukaan aku baru 6cm waktu tu. Suami aku sempat balik rumah ibu aku amek sweater sebab dia tak tahan sejuk duduk dalam dewan bedah. Aku tak ada pun rasa sejuk. Berpeluh-peluh lagi adalah. 

Pukul 4:30pagi (rasanya lah), nurse check bukaan aku. Ok, dah 10cm. Nurse dah benarkan aku push. Bila dah boleh push, paling paling paaaaaaling aku ingat, PUNGGUNG JANGAN TERNAIK. Itulah yang selalu ibu aku pesan kat aku. So bila push tu aku tekan punggung aku kuat-kuat. Punya lah takut nanti terkoyak sampai ke bontot. Masa awal aku push, ada 2 nurse dan suami aku. Sorang nurse belah kanan, suami belah kiri. Masing-masing tolong bagi aku semangat untuk push. Sampai kena simpul biawak kaki aku push sebab nurse letak kaki aku kat tempat letak kaki atas tu. Dah tak pasal-pasal dorang kena urut kaki aku pulak. Hahaha. 

Kemudian, nurse yang jaga aku minta nurse yang bantu tadi tu panggilkan Dr untuk tolong. Datang Dr bertugas dan sorang Dr pelatih. Garang giler Dr tu bila suruh aku push kuat-kuat. Lepas beberapa minit, Dr decide aku kena vacuum sebab aku dah tak ada tenaga dah. Suami aku kena keluar. Mula lah detik yang aku rasa, bilik bersalin aku lah yang paling kecoh rasanya. Masa Dr nak vacuum baby, aku rasa bahagian bawah aku kena hiris. Tapi aku tak rasa sakit pun. Bila aku push, Dr pelatih & nurse yang berada di kiri dan kanan aku tolak-tolak perut aku untuk membantu. Aku pun jadi bersemangat untuk push sebab tengok semangat dorang yang membantu aku selamatkan baby aku yang dah lama tersangkut kat bawah tu. Sebabnya kepala baby dah nampak sikit sebelum vacuum tu. Alhamdulillah. Tepat pukul 5:10 pagi 21 Oktober 2014, anak lelaki pertama aku selamat dilahirkan. 

Pukul 7 pagi aku di sorong keluar dari dewan bersalin. Nurse yang semalam terima aku di bilik bersalinnya dah pun masuk shift baru pagi tu. Di luar dewan bersalin, aku terdengar suara halus baby menangis. Ya Allah. Anak aku ke yang menangis tu? Ternyata, suara halus itu kepunyaan anak ku. Aku takut nak tatap muka anak aku untuk pertama kalinya. Entah lah. Sebab kita nak berjumpa orang baru, yang membesar 10 bulan dalam perut kita kan.


Panjang betul entri ni. Makan minggu jugak nak siap. Ini pengalaman aku, mungkin serba sedikit boleh menjadi rujukan untuk first mom to be di luar sana. Harap bakal mak mak yang terbaca entri ni tak termuntah lah nak habiskan baca entri ni. Hihi. Semoga kita semua selamat melahirkan anak-anak yang soleh & solehah.

Amin.




August 14, 2015

Pengalaman mengandung anak pertama: Part 1 - Ujian Kehamilan

Assalamualaikum.


Tahun ni first time aku beraya sebagai Mama. Tentu lah teruja sebab aku dapat merasakan kembali bagaimana rasa gembiranya menerima duit raya. HAHAHA!! perasaan tu aku wakilkan perasaan anak aku tu la. Mamanye pon dapat juga duit raya tahun ni. Thanks Poksu Doyok! hehe. Raya tahun ni anak aku berumur 9 bulan. Seorang yang pemakan, Alhamdulillah. Raya ni banyak juga dia bedal ketupat dan lodeh & akhirnya sembelit. hihi. Kesiannnn..

Ok habis intro. Berbalik kepada pengalaman mengandung.


Sebelum aku buat pregnancy test di rumah pada bulan Februari 2014, 2 bulan sebelum tu period aku tak betul. Maksudnya, bulan December 2013, aku period sikit je untuk 3 hari lepas tu period stop untuk 2-3 hari, kemudian aku period lagi untuk beberapa hari. Masa tu perut rasa kejang. Ada masa tu aku tengah berborak-borak dengan kakak aku tetiba aku terjerit kecil sebab rasa ada benda menarik-narik dekat bahagian ari-ari aku. Aku ajak ibu check dekat Pusat Pakar Sakit Puan & Perbidanan Khor & Loh. Serius. Aku tak rekomen kalau korang nak check sini. Aku datang sana untuk scanned perut aku sebab aku takut ada cyst sebab perut aku makin besar & keras. Disebabkan dorang kata scan dia canggih boleh nampak jelas, aku pergi lah sana kan. Masuk je bilik Dr, Dr tu pandang aku dari atas cermin mata dia. Aku ceritalah bla bla bla sakit sini situ bla bla bla, period gitu gini.......dia scanned. 

Dr: "tengok. tak ada apa-apa pon" <--- scanned dia tak sampai seminit pon.

Pergi dekat meja.

Dr: "U tak ada cyst. U tak mengandung. U cuma gemuk and perlu kurangkan berat badan kalau nak mengandung"


Demmm! Dr ni tak tahu ke nak jaga hati wanita? Tak boleh hokeh cakap perempuan macam tu. Guna lah ayat lain macam "berat berlebihan" ke, kan sedap sikit dengar. Berat aku pon memang lebih 10kg lepas kahwin tuari. Hari-hari aku doa supaya Allah kurangkan selera makan aku tapi aku tetap berselera bila bab makan. Allah nak bagi peluang selagi boleh makan, makan. Nanti dah sakit tak boleh makan, sendiri telan air liur nanti. hehe.


Ok. Lepas selesai jumpa Dr tu, aku tunggu dekat luar untuk buat bayaran. RM60 dan nurse tu cakap datang lagi setahun. Ape??? Setahun??? Aku siap tanya nurse tu balik. Memang tak la aku tak datang balik kalau Dr check ala kadar dan tak pandai jaga hati orang.



Masa ni aku dah mengandung tapi aku tak tahu. Nasib baik aku mengandungkan anak yang kuat. Walaupun dukung adik aku yang super berat ni, Alhamdulillah tak ada apa-apa yang buruk berlaku.



Januari 2015.
Aku period sehari je. Dan dekat pad cuma ada secalit darah. Risau lagi. Takut juga kalau darah tak keluar habiskan. Aku pergi pulak Poliklinik Damai & Surgeri dekat Taman Desa Jaya. Dr tu cuma tengok aku je. Dia cakap, "biasalah tu. period yang bulan lepas tak keluar habis lah tu. tu normal."
Tu je yang dia dapat hasil dari MELIHAT aku tanpa periksa apa-apa sebabnya aku cakap dekat dia aku dah buat pregnancy test dekat rumah tapi tak ada apa-apa.


Aku sabar je lagi. Aku tunggu bulan depan ikut tarikh yang sepatutnya aku period. Lepas je seminggu dari tarikh yang sepatutnya aku period tu, aku beli pregnancy test. Aku beli yang murah je kali ni sebab aku dah beli yang digital punya tapi result hampeh jek, so aku tak nak membazir RM25 lagi. haha.


Aku keluar senyap-senyap tak beritahu ibu yang aku nak pergi farmasi beli pregnancy test. Balik dari farmasi, dah masuk waktu maghrib. Aku try je buat. Tak menaruh harapan yang tinggi sebab aku buat lepas maghrib kan. Kalau ikut panduan tu dorang suruh buat waktu pagi, amek urine pertama tu kan. Lepas dah buat tu, aku keluar toilet. Tunggu seminit. Lepas tu aku slow-slow jengahkan kepala tengok result pregnancy test aku tu.


DUA LINE!!!!!!!


Alhamdulillah, syukur. Aku terus menangis. Aku video call suami aku terus aku tunjuk result pregnancy test aku tu. Dia pon menangis jugak, tapi tak adalah banjir macam aku ni rasanya. haha.

Aku turun bawah, aku beritahu ibu & kakak aku berita gembira ni. Masa tu mata merah la kan turun bawah. Kakak aku cakap," haiiii, mengandung pun nangis?".

Huh! Kau ape tawu. Hahahahahaha.


Sebelum aku dapat tahu aku mengandung, aku selalu baca doa ni. Korang yang tengah mencuba untuk mendapat zuriat, cuba amalkan doa ni. InshaaAllah, doa kita kan termakbul.




Next entry--

April 10, 2014

cara berkesan untuk menjadikan anak-anak rajin mengemas

haaaaa..... panjang tajuknya tu.
makan sekejap. lapar sangat.

.

.

selepas 2 jam......



Rafif - 5 tahun. Ainul - 3 tahun. Qalesya - 2 tahun.


ketiga-tiga mereka bukan anak aku. ainul, adik bongsu, rafif & qalesya anak saudara aku. namanya pun budak, barang mainan dorang tak pernahnya tak berselerak seluruh sudut rumah. sekarang ni memang sakit pinggang kalau nak membongkok. jadi, ada satu cara macam mana kita nak suruh dorang kemas sendiri barang-barang dorang tu.


Menyapu
sekarang ni, aku tak boleh marah-marah. nanti darah naik pulak. jadi, kita kena cakap lembut-lembut dengan dorang tapi dengan cara yang berkesan lah. contohnya, bila aku nak start menyapu, aku akan jerit dari dapur bagi warning dekat dorang.

"okkkkk!!! sekarang Nana nak menyapuuuuu. kemas mainan masing-masing cepatttt!!! tak simpan Nana buang nantiiii!!!"

dorang pun jerit ahhhhhhh!!!! lepas tu cepat-cepat memasing kutip mainan memasing.

tengah menyapu tu, kalau jumpa barang....

"color pencil sape ni? Nana buang eaaa??" .... zuuppp!! ada budak capai. simpan.
"kereta sape ni? Nana buang eaaa??".... zuuppp!! ada budak capai. simpan.
"puting sape ni? Nana buang eaaa??"..... zuuppp!! ada budak capai. simpan.

bla bla bla..... Nana buang, Nana buang...... terus clear lantai tak ada barang lagi. senang aku nak menyapu.

sampai ainul & rafif jadi mat tiarap masuk bawah kerusi bawah meja capai mainan & cawan yang bersepah. lepas tu, aku tengok si ainul angkat kerusi kayu mini pergi simpan dekat tempat biasa yang ibu simpan. aku tak suruh pun. bagus pulak makcik sorang ni. 

qalesya buat apa??? dia tu kalau nampak botol campak dekat sinki. botol makcik dia ke, abang dia ke, nampak kosong je dia letak dekat sinki. start qalesya mula paham apa yang aku cakapkan, aku mula ajar dia letak botol dekat dapur bila habis menyusu. ni bila dah tinggi sikit, dah sampai nak campak botol ke sinki, dia campak je la. janji ada dekat sinki. tak ada lah nanti lepas sebulan baruuuuu jumpa botol susunya bawah kerusi la, bawah katil la, dalam speaker laa.. eh?! dalam speaker botol susu tak muat. tapi kalau kunci hilang, jam hilang, keropok lekor tinggal sikit walaupun baru beli, haaaa boleh check dalam lubang speaker.

lepas tu kalau nak mop lantai, halau dorang keluar. nanti lantai licin, sorang-sorang benjol kepala nanti. halau bukan sebarang halau, halau suruh susun selipar kasut dekat luar.

Rafif : "banyaknyeee Nana???"
Nana : "eh! mestilah. pergi cepat"


haaaa. padan muka korang. hari-hari tengok Upin Ipin kan, nah Kak Ros versi Nana dah muncul dalam realiti hidup korang. hahahaha!!!


bagus dorang susun selipar. semuanya matching. rafif susun, qalesya sarung kasut/selipar kasi test. lepas rafif marah, terus dia blah dengan muka tak bersalah dia tu. 

lepas dorang dah siap kemas, bagi lah pujian sikit. 

"Good job! Good job! pandainyeeeee korang susun selipo!"

haaaa. lepas tu nanti kembang la bontot dorang. sengih sampai nampak gigi yang dalam ambang kejatuhan sikit hari lagi tu.

masa kecik ni biar dia rajin bila kita suruh, nanti In shaa Allah bila besar dah terbiasa. jangan masa kecik tak di ajar pandai sendiri, mak pak rasa kagum. tapi bila dah besar, hampeh ya amat. nasi pun nak orang cedokkan. nak je aku kunyahkan sekali nasi tu. nak cuba Tat?


HAHAHAHAHA!!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...