February 23, 2010

No Title

i dah start cuti sebulan. syukur, balik kolej nanti ayah hantar sebab 6 March kak long bertunang. ucapan tahniah yang terawal dari wiwie. untuk nenek Hamidah i, cepat sihat ye nenek. wie doa kan kaki nenek cepat sembuh. nanti kita boleh main kejar-kejar semula. hehe. untuk pak long i, yang dah bujang terlajak & rasanya memang tak akan mendirikan rumah tangga, ermm ermm pikir lah sendiri ye.

:)

life i ok. happy. family day by Art UDSB sangat extreme! super duper extravanga punya extreme. can u imagine stay at the same resort with the "penyangak's"??? hahaha! dengan kak siti yang dengar bunyi orang main "ting tong" bilik, merengek la. last2 tidur 1 bilik 4 orang. hamikkk. dah la siangnya berhempas pulas dengan ombak yang super duper best! kolam yang dalam. terpaksa berpaut dekat boya lebih kurang 30 - 45 minit rasanya semata nak tunggu ombak mula. fweww~ time tu memang feeling Titanic. nasib baik air tak sejuk.

ok. itu saja setakat ini. full entri kemudian hari.

selamat menyambut Maulidur Rasul.

marilah kita berubah ke arah kebaikan. :)

God bless you.

February 16, 2010

cikgu perlu belajar sivik


i rasa beruntung sebab dapat lecture yang sporting, boleh di ajak lepak. thankz Mr. Fahim & wife. picture taken by wife Mr. Fahim, kak ieza.

................................................................................................................

Ibu i gossip dengan adik i. Memang kasi bikin panas juga lah. Grrr~ tapi rasanya bukan gossip. Memang story yang betul.

“abang, kau tau Encik N serang cikgu dekat sekolah?”

“tau”

“siapa bagitau kau?”

“W” <---- anak Encik N tu sendiri.

“kenapa bu?”. I Tanya.

“tu haa. Tadi si A pergi sekolah, lepas tu cikgu tu Tanya, heyy mana abang kau?”

A cakap la, “ada je dekat rumah”

Lepas tu cikgu tu boleh cakap, “cakap dengan abang kau, kalau nak kaya cepat, pergi jual dadah sana”

“apa lagi. A pun bagitau la dekat bapak dia. Terus Encik N serang sekolah. Habis semua cikgu di fuck nya”

5 PKA 1 (gambar tiada kaitan)

Hurmmm. Apa nak kata ye. Hurmmm. Hurmmmm. I rasa kita masing-masing boleh fikir sendiri. Mungkin anak Encik N nakal, degil & cikgu tak berapa suka dengan perangai dia. Then what? Perlu ke orang yang dipanggil cikgu yang tugasnya mendidik anak-anak bangsa kita sendiri supaya berjaya tapi bagi nasihat dekat bekas pelajar sekolah tu untuk jual dadah???

Cikgu tak pernah jadi remaja ke? Cikgu tak pernah mempunyai jiwa memberontak ke? Cikgu pernah ambil tau ke apa masalah anak murid cikgu? Cikgu nerd ke masa zaman sekolah?

I bukan nak bela W. Tapi sebagai jiran, serba sedikit i tau juga la perangai dia macam mana. For me, we need to respect others, and others will respect us. I jarang ada rumah, tapi bila W drop by and i ada di rumah, he will come to me and shake my hand and always give me their beautiful smile. J

Murid selalu percaya dengan maklumat dan ilmu yang di sampaikan orang cikgu mereka. Bagi mereka, cikgu ni banyak ilmunya. Kerjanya “mendidik”. Pengaruh ni lagi kuat untuk mereka yang berada di tadika, sekolah rendah & menengah rendah. Cuba bayangkan, budak berumur 5 tahun dengar cikgu mereka cakap jual dadah boleh kaya cepat. Mesti mereka akan menanam cita-cita untuk menjadi penjual dadah bila besar nanti sebab perkataan itu keluar dari mulut insan yang digelar CIKGU.

5 tahun, Tadika Abim (gambar tiada kaitan)

Susahkah untuk menyayangi yang lebih muda dari anda? Sebab bila yang muda merasakan kasih sayang yang diberikan, mereka akan menghormati mereka yang lebih tua itu.

Cikgu oh cikgu. Mari masuk kelas sivik, i ajar u. Exam nanti confirm dapat A1.


February 15, 2010

first gaji Aizat

majikan: TGV Jusco Tebrau, JB
kelulusan: lepasan SPM (tapi result belum keluar)

ops! sorry. belum pakai seluar lagi. adik-adik lelaki i memang suka bejalan-jalan dalam rumah tanpa memakai seluar.

first gaji aizat. jumlah gaji yang kerja tak cukup sebulan dan tanpa OT barang kali dan juga selepas di tolak duit baju & name tag. it's ok. lepas ni mesti gaji u lagi banyak.

dari jumlah gaji dia tadi, ini lah jumlah yang dia bagi dekat ibu. dan RM13 untuk i sebab ganti duit i yang dia pinjam sebelum gaji. ihihi.

masa untuk melihat jadual kerja. jaga floor kah? gate kah?

* sebelum ni aizat pernah kerja cuci pinggan mangkuk dekat restoran Malinja. rambut punk tapi kerja cuci pinggan. gerek kan? :)

February 14, 2010

harimau mengaum

lokasi: taman desa jaya, restoran cina dekat traffic light.

selamat tahun baru cina kepada semua chinese di Malaysia. uncle Lim, uncle Ting, uncle's & aunty's yang selalu joging pagi & petang dekat taman depan rumah i, selamat tahun baru cina ya. mesti sunyi taman rumah i sebab semua uncle's & aunty's cuti joging sebab raya.

semalam highway banyak kenderaan. i boleh drive 70km/j je tau. gila mampat padat punya jalan. bagi pemandu yang berhemah tinggi, mereka akan bantai lalu line motor. baru la i tau kenapa saman ops sikap kali ni sampai 13k ++.

pesanan untuk abang-abang polis, P i ada 1 je. yang lagi 1 hilang. kalau ternampak tu, sila jangan saman ok?

prosperity!!!

ngauuum! ngauuum! <---- harimau mengaum.

February 13, 2010

watak i, sebagai bomba wanita


apa mamat ni buat? hanya dengan memakai boxer sambil memegang baldi dan terpacak di tengah panas?


semalam surau depan rumah i terbakar. tidur i pun jadi terbantut. baru je nak terlelap time tu. i bangun, terus ambil tong air untuk siram bunga ibu i, i jirus dekat api yang belum marak tu. walaupun time tu i cuma pakai t-shirt dengan kain batik. i redah je. nasib la orang tengok i macam mana pun. janji i dah berbakti. ibu i memang seram la, sebab takut kain batik i terburai. hehe.


kawasan rumah ada pak guard pun tak guna. guard tu lalu sebelah api tu, tapi dia buat dont know. lepas tu lepak tempat redup. lepas api tu dah padam, baru kau sibuk nak tanya berita kan?! aishhh~ marah dah ni. i rasa, orang taman i ni bayar duit security ni macam membazir. kes kecurian still ada. yang diorang tau, round-round mengabiskan minyak motor.

guard baru tak best. sombong. tak mesra alam. angkat tangan pun malas.

i lebih sukakan guard Nepal yang lama. murah senyuman. mesra alam. tolong menolong. guard lama, mana lah perginya korang kan. huhu.

February 08, 2010

i benci teksi. tapi tak semua.


arghhhhhhhh! ok. mood geram. sekarang i dekat CC dengan farahin. kawan lama dekat sekolah teknik dulu (SMTTP). i baru balik dari Jusco. ni lagi ketidak puasan hati i pada pemandu teksi. sebelum ni pun i ada rasa tak puas hati dengan pemandu teksi, tai belum habis story. masih berada dalam draft.

tapi i bukan jenis yang menuduh semua pemandu teksi sama. tadi masa i nak pergi Jusco, i naik teksi cina. dia speaking cina dengan i. i terpinga-pinga tapi iyakan je apa yang apek tu cakap sebab ada ayat JUSCO TEBRAU.

" u bukan cina ea?"
" bukan uncle" senyum
" aiyoo~ i pigi kasi cakap cina pulak sama u"

tarak hal. i tak kesah. kita 1 malaysia. bahasa apa-apa nak cakap pun ok. i boleh belajar sikit-sikit. :)
dah sampai Jusco.

"berapa uncle?"
"aiyoo~ saya tak di jual lol amoi" <----- saja i buat dialog sendiri. hehe.

uncle tu kata, RM5. bagai ada rama-rama je dalam perut. jimat duit. sebab adik i cakap, biasa tambang rm7.
dah settle. i jalan macam dalam filem Titanic dengan angin yang kuat dari arah depan. fuhhh~ rambut i terbang. aiceh ! rambut i dah panjang la babe !! tahun ni i tak nak potong rambut. azam nak simpan rambut parat punggung. lepas tu nak buat tajuk entri, rambut ku di punggung ku. LOL.

ok. sambung perjalanan hidup hari nie. i juma fara depan bread talk. roti memang power sebab boleh bercakap. haha ! jumpa. peluk peluk tengah mall sebab dah lebih kurang 4 tahun tak jumpa. jalan jalan jalan, selipar wedges fara putus. haha ! memang cara la u selipar. tepat pada masanya nak putus sebab dekat JJ tengah sale gong xi fa coi. hahaha !

window shopping. tengok wayang. ternampak 2 orang budak kolej kerja dekat JJ. rajin korang kan. i tak boleh nak kerja sebab i ada banyak kerja amal nak di uruskan masa cuti nie. jadi supir hantar & ambil adik i pergi kerja, bagi nafkah dekat adik i yang pergi sekolah, ambil adik balik sekolah agama tapi alih-alih dia dah sampai rumah. penat i tercongok depan sekolah agama. maklum la, adik i tak berapa nak tinggi, sebab tu susah nak nampak kelibat dia. hahaha ! sila panggil adham ABE a.k.a Abu Bakar Ela.

balik tu, plan nak naik teksi balik EJ & pergi CC kejap dengan fara. fikir nak naik teksi melayu. bukan perkauman ye. tapi sebab kat situ memang tak ada pilihan lain. sebelum naik, abang nie bagitau dulu harganya.


"RM12 boleh dik?"
"hahhh??! mahalnya"
"kenapa?"
"tadi saya datang sini RM5 je"
"eh?! tak boleh dik. sampai desa jaya pun dah rm10"
"huh! tak pe la kalau macam tu. saya suruh adik saya ambil"

*$$%^*!**&^*^$$* . hah! i dah mencarut. dasar manusia nak menjahanamkan kewangan i. melayu nak merugikan melayu. dah la you all tu semua teksi tak bermeter. suka hati nak cas harga tinggi ! i tau kerajaan cuma tetapkan teksi bermeter dekat KL. tapi rasanya sekarang ni better selaraskan. kalau ye pun nak kaya cepat tak payah la buat macam tu. ingat you all pick up i dekat KLIA or Senai airport ke??

adik i sampai terus park depan all pakcik's teksi. hahhh! hingat i cuma bergantung pada teksi you all tu ke? minyak tak turun 1 bar pun lah gerak pergi rumah i. pigi lahhhhh~ bukan pada semua pemandu teksi ye. tapi pada sesetengah pemandu teksi yang kurang berhemah, cekik darah, dan sewaktu dengannya.

tapi tak bermakna, disebabkan nila setitik, rosak teksi sebelanga.
maghrib sudah. masa untuk balik sebelum IBU memulakan khutbah maghribnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...