February 16, 2010

cikgu perlu belajar sivik


i rasa beruntung sebab dapat lecture yang sporting, boleh di ajak lepak. thankz Mr. Fahim & wife. picture taken by wife Mr. Fahim, kak ieza.

................................................................................................................

Ibu i gossip dengan adik i. Memang kasi bikin panas juga lah. Grrr~ tapi rasanya bukan gossip. Memang story yang betul.

“abang, kau tau Encik N serang cikgu dekat sekolah?”

“tau”

“siapa bagitau kau?”

“W” <---- anak Encik N tu sendiri.

“kenapa bu?”. I Tanya.

“tu haa. Tadi si A pergi sekolah, lepas tu cikgu tu Tanya, heyy mana abang kau?”

A cakap la, “ada je dekat rumah”

Lepas tu cikgu tu boleh cakap, “cakap dengan abang kau, kalau nak kaya cepat, pergi jual dadah sana”

“apa lagi. A pun bagitau la dekat bapak dia. Terus Encik N serang sekolah. Habis semua cikgu di fuck nya”

5 PKA 1 (gambar tiada kaitan)

Hurmmm. Apa nak kata ye. Hurmmm. Hurmmmm. I rasa kita masing-masing boleh fikir sendiri. Mungkin anak Encik N nakal, degil & cikgu tak berapa suka dengan perangai dia. Then what? Perlu ke orang yang dipanggil cikgu yang tugasnya mendidik anak-anak bangsa kita sendiri supaya berjaya tapi bagi nasihat dekat bekas pelajar sekolah tu untuk jual dadah???

Cikgu tak pernah jadi remaja ke? Cikgu tak pernah mempunyai jiwa memberontak ke? Cikgu pernah ambil tau ke apa masalah anak murid cikgu? Cikgu nerd ke masa zaman sekolah?

I bukan nak bela W. Tapi sebagai jiran, serba sedikit i tau juga la perangai dia macam mana. For me, we need to respect others, and others will respect us. I jarang ada rumah, tapi bila W drop by and i ada di rumah, he will come to me and shake my hand and always give me their beautiful smile. J

Murid selalu percaya dengan maklumat dan ilmu yang di sampaikan orang cikgu mereka. Bagi mereka, cikgu ni banyak ilmunya. Kerjanya “mendidik”. Pengaruh ni lagi kuat untuk mereka yang berada di tadika, sekolah rendah & menengah rendah. Cuba bayangkan, budak berumur 5 tahun dengar cikgu mereka cakap jual dadah boleh kaya cepat. Mesti mereka akan menanam cita-cita untuk menjadi penjual dadah bila besar nanti sebab perkataan itu keluar dari mulut insan yang digelar CIKGU.

5 tahun, Tadika Abim (gambar tiada kaitan)

Susahkah untuk menyayangi yang lebih muda dari anda? Sebab bila yang muda merasakan kasih sayang yang diberikan, mereka akan menghormati mereka yang lebih tua itu.

Cikgu oh cikgu. Mari masuk kelas sivik, i ajar u. Exam nanti confirm dapat A1.


2 comments:

Putri Ramlan said...

aduh.. comelnya adik time kecik2.. hehehe.. :)

Afeeqa said...

ihihi. terima kasih akak. kak putri mesti lagi comel punya lah. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...