April 30, 2009

Child Kidnap

From: redmummy

Tajuk : Helah Menculik Kanak-Kanak Di Carrefour JB
Subject : Child Kidnap Trick in Carrefour, JB

Jika anda tiada anak kecil pun, tolong sebarkan maklumat ini kepada sesiapa sahaja. Kita tidak tahu entah siapa yang dapat diselamatkan dengan menghantar e-mel ini. Tolong beri sedikit masa dan hantar kepada kawan yang ada anak-anak dan cucu-cucu. Terima Kasih.

Even if you do not have little kids, pass this one on to everyone you can think of. You never know who you might save by sending this e-mail! Please, take the time and forward this to any friend who has children & grandchildren! Thanks!

Kita mahu berkongsi apa yang berlaku hari ini semasa berbelanja di Carrefour JB. Seorang ibu sedang membongkok untuk membelek-belek daging, dan apabila berpusing mendapati anak perempuannya berusia 4 tahun telah hilang. Saya berdiri betul-betul bersebelahan dengan si ibu, sementara si ibu tadi terus memanggil-manggil anak perempuannya tapi hampa.

Wanted to share something that happened today while shopping at Carrefour. A mother was leaning over looking for meat and turned around to find her 4 years old daughter was missing. I was standing there right beside her, and she was calling her daughter with no luck.

Saya meminta seorang pekerja lelaki Carrefour untuk umumkan kehilangan tersebut melalui sistem pembesar suara. Beliau terus melakukannya apabila diminta berbuat demikian, dan kemudian terus meninggalkan saya untuk membuat panggilan telefon.. Panggilan itu untuk memaklumkan supaya semua pintu dan pagar dikunci menggunakan kata kod atau seumpamanya. Jadi mereka telah mengunci semua pintu dengan serta-merta.

I asked a man who worked at Carrefour to announce it over the loud-speaker. He did, and left me, he immediately walked right past me when I asked and went to a pole where there was a phone. He made an announcement for all the doors and gates to be locked, a code something. So they locked all the doors at once.

Hanya 3 minit diperlukan untuk melakukannya selepas diminta. Mereka menjumpai kanak-kanak perempuan itu 5 minit kemudian di dalam bilik air dalam keadaan masih khayal. Kepala budak perempuan itu sudah separuh dicukur, dan hanya berpakaian dalam. Ada sebuah beg mengandungi baju, pisau cukur, dan rambut palsu terletak di lantai bersebelahannya untuk menukar wajahnya.

This took all of 3 minutes after I asked the guy to do this. They found the little girl 5 minutes later in a bathroom stall drugged. Her head was half shaved, and she was dressed in her underwear with a bag of clothes, a razor, and wig sitting on the floor beside her, to make her look different.

Siapa pun yang melakukannya – iaitu mengambil lalu membawa budak perempuan ini ke dalam bilik air, cukur rambut dan tukar pakaiannya – melakukannya kurang daripada 10 minit. Ini bikin saya menggigil tak sudah-sudah. Tolong perhatikan anak-anak anda apabila berada di tempat luas di mana adalah senang untuk kita terpisah dengan mereka seperti di gedung beli-belah. Hanya beberapa minit diperlukan untuk melakukan semuanya. 5 minit lagi maka anak perempuan itu tentu sudah berjaya dibawa keluar.

Whoever this person was, took the little girl, brought her into the bathroom, shaved half her head, and undressed her in a matter of less than 10 minutes. This makes me shake to no end. Please keep a close eye on your kids when in big places where it’s easy for you to get separated like Shopping Malls. It only took a few minutes to do all of that. Another 5 minutes and she would have been out the door.

Saya masih amat terkejut ada manusia yang sanggup melakukannya, apa lagi dalam masa hanya beberapa minit. Masa anak-anak kecil boleh berlari tanpa hirau telah berlalu. Budak perempuan itu kini selamat. Syukur ke hadrat Allah SWT, dan tahniah kepada pekerja Carrefour yang bertindak pantas.

I am still in shock that some sick person could do this, let alone in a matter of minutes. The days are over when our little ones could run rampant all over the place and nothing worse would happen then them annoying people. The little girl is fine. Thank God for fast workers who didn’t take any chances.

SEBARKAN BERITA INI SELUAS-LUASNYA SUPAYA PERINGATAN DAPAT DIBUAT BAHAWA ADA MANUSIA GILA LAGI GANAS DI KALANGAN KITA SEMUA !

BE SURE TO FORWARD THIS TO EVERYONE, SO THEY REMEMBER JUST HOW SICK PEOPLE ARE OUT THERE !

Rongak!

Nama dia Adham. Umur baru 9 tahun. Disebabkan hasutan kakak dia, dia dah terpengaruh dengan komik koleksi Gempak Starz. Hehe. *tanduk dah keluar~ Lokasi gambar di atas adalah semasa berada di supermarket, Jusco Tebrau. Sepanjang kami pergi beli barang-barang keperluan, dia follow tapi mata fokus pada komik tu je. Komik kali ni ditaja oleh ibu. Tajuknya, Kemasyhuran Putera di Balik Tabir. First komik, Aku Tak Nak Kau Lah ditaja oleh aku masa pergi CS tuari.

Perkembangan terbaru dia, dia sudah rongak! Yeayy! Ini bermakna gigi hitam tengah tu dah hilang satu. Tinggal tunggu lagi satu je nak tanggal. Susah ya mahu snap pic ini. Sebab dia segan and tak nak pic nie aku bagi dekat kakak Rai dia. Yew deq. Akak janji tak bagi kak Rai tengok, tapi kasi umum tengok. Lalala~

April 26, 2009

Alamak! tak cukup 60 sen.

Aku: Ok. Kira semua.

Mamak: Roti canai 8 keping, milo ice tabur 2, gula-gula 20 sen. Semuanya rm10.60

Aku: Alamak! tak cukup duit la. Saya ada ni je *sambil tunjuk note rm10

Mamak: Takpe-takpe. Nanti bayar.

Aku: Ok! nanti saya bayar. Terima kasih.

Aku terus jalan laju-laju, masuk dalam kereta. *maluuuuuu..
60 sen tu akan ku bayar masa maw keluar dating nanti. TQ yew mamak. Sebab roti canai kau mahal la duit aku tak cukup nak bayar.

Itu la, tak dengar cakap ibu. Suruh buat jemput-jemput, aku malas. Nak gak roti canai mamak yang mahal tu. Sebenarnya aku tak sanggup nak duduk dapur, tunggu jemput-jemput masak. Karen tak ada doq. Tapi 2 orang budak bujang tu selamba badak je tidur panas-panas.

Bangun lar anak jantan!!! Aku dah belikan korang sarapan ni!!!

April 23, 2009

Menara Condong Syiling & Perfume

Duit syiling ni sebenarnya aku susun meninggi je dekat atas meja. Malas nak masukkan dalam tabung sebab nanti kerja aku mengorek tabung tu juga. Then, pagi tadi aku tengok la keadaan syiling aku ni. Mana lah tau kalau-kalau ada hilang setingkatkan. Bukan orang lain yang ambil, tapi Tuan empunya syiling sendiri lar kan. *ngeeee..

Dan ini lah hasil struktur pembangunan syiling aku. Condong menghala ke.........ermm..aku tak check la feng shui dalam bilik aku ni. Kecondongannya agak lembut dan lemah gemalai. Haha! Nanti aku nak try susun semua duit syiling dalam tabung aku pula. Kasi lagi tinggi dan mantop! Kalau ada arkitek yang nak reka bangunan ikut idea aku ni, sila la menjadikannya sumber inspirasi. Kalau dalam realiti bangunan boleh di dirikan macam itu la kan. =)

White Musk from The Body Shop.

Perfume tu orang yang bagi dekat aku. Dia ni dulu satu group orentation dengan aku. Aku dapat perfume ni masa kitorang keluar pergi Mid Valley. Aku melayan kerenah dia yang asyik mengajal tak sudah. Tapi, itu lah first and last kitorang keluar. Mungkin sebab aku menolak cinta dia mentah-mentah. Terseksa sebenarnya keluar dengan dia ni. Tapi aku ikhlas berkawan dengan dia walaupun dari Kolej nak ke Mid Valley ambil masa 5 JAM nak sampai ok! Tak macam panas pula bontot aku duduk dalam kereta tu.

Perfume tu dah nak habis. Kalau nak pakai pun kena tonggeng sana sini dulu. Tapi tengok, aku still simpan ok pemberian orang tu. Sampai sayang nak pakai pun ada. Aku pakai time exam saja sebab bau dia buat aku rasa tenang.

Aku appreciate semua barang yang orang bagi dekat aku. Walaupun korang bagi aku belon, lepas tu belon tu kempis, aku still simpan belon yang kempis tu. Tapi kalau dah si *KD ni masa birthday aku just topup kan aku, tu pun jenis yang masukkan terus macam mana aku nak simpan dol. Lain la kalau kau bagi kad topup. Memang aku simpan kad topup tu.

So, kau jangan la nak menuduh, canang dekat orang ramai cakap aku yang buang hadiah yang kau bagi. Bongok! Dari kau menambah pahala untuk diri aku tapi tambah dosa untuk diri kau, baik kau simpan saja niat busuk kau tu. Next entri aku akan post barang yang aku bagi dekat kau, lepas tu dengan senang hati kau campak dalam tong sampah. Mungkin orang cakap aku pengutip tapi aku tak kesah. Sebab aku jenis yang MENGHARGAI BARANG. Bukan macam kau, virgin coconut.

*KD ialah Kelapa Dara yang di gunakan oleh budak perempuan ni untuk melebatkan rambut dia.

April 22, 2009

Mid Term Exam | Management Accounting : Costing & Budgeting

Hari ni first paper untuk mid term exam. Subject yang melibatkan angka + teori yang agak panjang. Harap aku dapat buat yang terbaik untuk bab kira-kira yang sangat aku lemah ni.

*Demam datang balik. Rasa hati sangat lah gampang.
**Seluruh badan rasa bisa binasa.
***Study pukul 3am tu sangat sejuk.

April 18, 2009

Remeh-temeh itu perempuan

Memang dasar hukum alam, perempuan suka fikir benda yang remeh-temeh. Agaknya la kan. Hal kecik pun boleh jadi besar. Bukan apa, mereka cuma fikir sedalam-dalamnya. Semuanya di penuhi dengan 'kenapa'.

Perempuan. Perempuan. Aku lah kaum itu. Aku juga tak terlepas dari yang jenis suka fikir hal yang remeh-temeh. Kadang-kadang tu, aku berfikir sendiri dan tak luahkan dekat sesiapa pun. Dah kata hal kecik kan, fikir sendiri je la. Di sebabkan hal remeh-temeh tu, aku lebih suka bersendiri di dalam suasana bilik yang boring.

Bila aku fikir hal remeh-temeh berkaitan kawan, aku agak touching di situ. Walau pun hanya kawan, tapi aku sayang mereka yang menjadi kawan aku. Kata kawan, tapi kalau sesuatu update news yang berkaitan aku langsung tak beritahu, ofcourse la touching kan. Sampai aku terfikir, wujud tak aku ni dalam hidup dia??

Bila masuk bab bercinta, terus berjurai air mata. Oh! ya. Itu sudah memang. Sebab aku gembeng. Di sebabkan fikiran aku yang kolot ni, pakcik cakap aku tak matang. Wekkkkkk! Tak peduli pun. Haha!

Tapi aku rasa ada perempuan yang lagi teruk fikir hal remeh-temeh dari aku. Sampai membuatkan si lelaki rimas + boring + menyampah. Aku rasa la. Sebab si lelaki tu luahkan dekat aku. Sebagai kawan, aku sangat kesian dengan situasi dia. I'm fair and square. Aku dengar luahan dari dua belah pihak. Lepas tu baru la aku judge the case. Toq! Toq! Toq! Anda di jatuhkan hukuman gantung hubungan sampai kamu matang. *heeee =)

Aku tak beri hukuman. Aku beri nasihat dan pandangan walaupun mereka berdua hanya lah kawan alam maya aku dan pernah jumpa mereka sekali sahaja setakat ini. Kawan itu kawan, bukan lawan. Tak kira lah korang kawan di alam maya serba canggih atau pun di realiti, bantu membantu itu kan mulia.

Lepas dengar luahan si lelaki, aku rasa dia sangat terseksa. Teruk betul sifat kolot perempuan ni kan. Tapi luahan itu juga seperti memotivasikan diri aku sendiri. Aku tak kan memikirkan hal yang seperti perempuan itu fikirkan. Sebab aku tak nak pakcik aku terseksa dengan pemikiran aku.

Tapi ingat ye kaum Adam, bila sudah berumahtangga, fikiran kolot kaum Hawa ini diperlukan untuk kamu sebab fikiran kami teliti. Tak ada la kamu di tipu orang dalam membuat pelaburan business atau tersalah pilih benda yang tak sepatutnya.

Bagi kawan perempuan aku tadi, aku harap dia sedar apa yang dia dah buat dekat si lelaki. Appreciate la dia selagi dia mampu layan kerenah kamu. Kamu perlu ingat, betapa susahnya nak mencuri hati dia. Tapi bila dia dah layan kamu seperti seorang kekasih, kamu buat dang! je. Tapi kalau kamu usha dia sebab nak test market, G'T'H ok. Jangan berkira sangat bab duit sebab itu lah selalunya yang dia report dekat aku. Sharing is caring sayang. *Tapi lepas clash tak payah la nak claim-claim duit pelaburan semasa di lamun cinta itu, ok.

April 16, 2009

Dot-dot-dot

WIWIE vs AIZAM

Game dot-dot-dot. Pemenangnya mesti lah aku. See......... purple lagi banyak dari hitam. Hehe. Ya! Kemenangan ni aku perolehi dengan main tipu. Yela, lambat sangat nak habis, aku boring nak tunggu.

April 10, 2009

Klik! Klik!

Sedang aku leka tengok lecture aku yang berseluar gantung sedikit sedang menerangkan task 2 dalam assignment, aku perasan ada budak jenguk-jenguk class aku ni dari luar. Apa ke hal la pula kan.

Tak lama lepas tu, ada ustaz 'kecil molek' masuk class aku. Sok sek sok sek dengan Sir dan terus Sir cakap, YES! Sir teruskan mengajar dengan selamba badaknya.

Aku??

Kurang selesa sebab rasa janggal. Lagi-lagi bila apek yang agak hensem ni snap picture dalam class aku ni. Kalau Linda yang snap pic dia sendiri pakai hp tu memang aku tak heran. Da lali da pun. Credit to Yana sebab dia memang suka kena snap picture. Hehe.

Overall, memang aku rasa cam blurrr bila apek tu start snap snapping! Nak focus on study or focus on my posture. Haha! Sebab aku memang selalu ambil sit depan sekali la weih. Gampang! Kalau aku tahu awal-awal dah lama aku cari port paling belakang sekali dalam class.

April 05, 2009

Ada apa dengan KAKI lelaki

Hari sabtu yang membosankan. Dah lah plan balik JB tergendala. Jadinya, bersantai dalam bilik je la. Da 2 hari aku rasa bahang je bilik aku ni. Rasa nak botakkan kepala pun ada. Paling-paling aku boleh berlakon cerita Mualaf 2. *mimpi saja*

Borink terlampau dah menerjah. Aku keluar bilik tengok tv. Semua cerita borink je. Last-last aku stay tengok tv2. Rancangan Hits 1. Lokasinya dekat KL Central. E'one si pengacara nie macam tak reti nak sebut KL Central. Asik tersasul je. Susah sangat ke nak sebutnya bang or lupa bagai.

Masa tu vokalis Sixth Sense, Adie tengah nyanyi. Miming je tuh. Camera doq fokus kat dia. Aku pun belek-belek la dia nie. Dia pakai style skinny. Kurusnya kaki dia. Kecik je sampaikan peha Nabila lagi besar siket dari dia. Tapi bila aku tengok-tengok, macam tak gagah pula bila lelaki ni kaki kurus melidi. Dalam hati aku, kalau aku kick siket kaki dia tu mesti dia jatuh kan =). Tapi tak juga sebab umum mengetahui lelaki ni lagi kuat dari perempuan kecuali la lelaki tu 'shemale'.

Opsss! Aku tak boleh complaint sangat bab skinny or kaki lelaki yang slim sebabnya orang yang selalu dating dengan aku pun kadang-kadang dressup skinny. Kaki dia??? Ala-ala Adie Sixth Sense gak. Tapi tak apa, sebab bila girl tengok kaki boy macam tu, it's like motivate girl untuk dapatkan kaki seperti tu juga. Girl yang cakap macam tu cuma girl yang langsung tak berpuas hati dengan diri mereka yang sedia ada melidi. Kalau karate mahu terbelah 14 agaknya. Lalalala~

April 02, 2009

Gosh! kenapa masing-masing tidur mati??!

Aku tak boleh tidur.

Aku rasa cuma aku seorang saja yang abang ipar aku dapat contact.

Aku try call semua jenis number kat dalam rumah tu tapi sorang pun tak angkat.

Uwaaaaaaaaaaaaa! Kenapa semuanya tidur mati ha?????????

Damn! I cant do anything for her.

Sekarang baru pukul 415am.

Semua masih tidur.

Waaaaaaaaarrrrrrrrggggghhhhhhhhhhhh! *jerit dalam hati sude*
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...