April 18, 2009

Remeh-temeh itu perempuan


Memang dasar hukum alam, perempuan suka fikir benda yang remeh-temeh. Agaknya la kan. Hal kecik pun boleh jadi besar. Bukan apa, mereka cuma fikir sedalam-dalamnya. Semuanya di penuhi dengan 'kenapa'.

Perempuan. Perempuan. Aku lah kaum itu. Aku juga tak terlepas dari yang jenis suka fikir hal yang remeh-temeh. Kadang-kadang tu, aku berfikir sendiri dan tak luahkan dekat sesiapa pun. Dah kata hal kecik kan, fikir sendiri je la. Di sebabkan hal remeh-temeh tu, aku lebih suka bersendiri di dalam suasana bilik yang boring.

Bila aku fikir hal remeh-temeh berkaitan kawan, aku agak touching di situ. Walau pun hanya kawan, tapi aku sayang mereka yang menjadi kawan aku. Kata kawan, tapi kalau sesuatu update news yang berkaitan aku langsung tak beritahu, ofcourse la touching kan. Sampai aku terfikir, wujud tak aku ni dalam hidup dia??

Bila masuk bab bercinta, terus berjurai air mata. Oh! ya. Itu sudah memang. Sebab aku gembeng. Di sebabkan fikiran aku yang kolot ni, pakcik cakap aku tak matang. Wekkkkkk! Tak peduli pun. Haha!

Tapi aku rasa ada perempuan yang lagi teruk fikir hal remeh-temeh dari aku. Sampai membuatkan si lelaki rimas + boring + menyampah. Aku rasa la. Sebab si lelaki tu luahkan dekat aku. Sebagai kawan, aku sangat kesian dengan situasi dia. I'm fair and square. Aku dengar luahan dari dua belah pihak. Lepas tu baru la aku judge the case. Toq! Toq! Toq! Anda di jatuhkan hukuman gantung hubungan sampai kamu matang. *heeee =)

Aku tak beri hukuman. Aku beri nasihat dan pandangan walaupun mereka berdua hanya lah kawan alam maya aku dan pernah jumpa mereka sekali sahaja setakat ini. Kawan itu kawan, bukan lawan. Tak kira lah korang kawan di alam maya serba canggih atau pun di realiti, bantu membantu itu kan mulia.

Lepas dengar luahan si lelaki, aku rasa dia sangat terseksa. Teruk betul sifat kolot perempuan ni kan. Tapi luahan itu juga seperti memotivasikan diri aku sendiri. Aku tak kan memikirkan hal yang seperti perempuan itu fikirkan. Sebab aku tak nak pakcik aku terseksa dengan pemikiran aku.

Tapi ingat ye kaum Adam, bila sudah berumahtangga, fikiran kolot kaum Hawa ini diperlukan untuk kamu sebab fikiran kami teliti. Tak ada la kamu di tipu orang dalam membuat pelaburan business atau tersalah pilih benda yang tak sepatutnya.

Bagi kawan perempuan aku tadi, aku harap dia sedar apa yang dia dah buat dekat si lelaki. Appreciate la dia selagi dia mampu layan kerenah kamu. Kamu perlu ingat, betapa susahnya nak mencuri hati dia. Tapi bila dia dah layan kamu seperti seorang kekasih, kamu buat dang! je. Tapi kalau kamu usha dia sebab nak test market, G'T'H ok. Jangan berkira sangat bab duit sebab itu lah selalunya yang dia report dekat aku. Sharing is caring sayang. *Tapi lepas clash tak payah la nak claim-claim duit pelaburan semasa di lamun cinta itu, ok.

6 comments:

Zurina Majid said...

wie, entry nih ditujukan kpd sape sbnrnye ek?

:)

Afeeqa said...

utk kaum Hawa yg suke pk hal remeh-temeh.

hehe. =)

Mr. Saint said...

errr ! hihi :p.
so ? kesimpulannye ?

yanalolu'xx said...

oo..aku tidak tergolong dlm org yg dimaksudkan tu k..

yana adalah kekasih yg baik dan sangat memahami sang kekasih..

hahaha..gelak kuat2..

Afeeqa said...

abg topeq: kesimpulannyerrr.. hehe. ah! lu pk la sndri. wahahaha! =D


yana: waaaah! memahami gitu. tp abez bf kena maki bagai. ops! yana da berubah k skunk. no more maki hamun. hehe.

Mr. Saint said...

hahahaha XD

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...