March 24, 2013

sikap dan situasi


setiap hari, setiap masa & di mana-mana sahaja, kita akan berdepan dengan situasi yang berbeza.
bagaimana kita mahu situasi itu berakhir, ianya bergantung kepada sikap kita sendiri.
jika kita mahukan pengakhiran yang baik, mulakan dengan sikap yang baik.
dan jika kita ingin mencetuskan suasana yang tegang, itu tak payah di ajar. setan kiri kanan banyak yang boleh membantu.

berlembut.
itu sifat yang sedang aku pupuk dalam diri.
memberikan sikap yang berlainan dalam situasi yang berlainan, itu bukan hipokrit.
dan ianya tidak merugikan.
trust me!

p/s: e-mail me for some advice. lalala~

March 23, 2013

Tuhan masih mendengar

dalam setiap sujud, 
aku sentiasa berdoa,
"ampunkan dosa ku, permudahkan lah urusan ku".

dalam setiap tadahan tangan,
aku sentiasa berdoa,
"kau tunjukkan lah aku kebenarannya".

dan Tuhan mendengar.

kebenaran, sudah ada di depan mata.

"apa yang patut aku lakukan?"

selepas Maghrib semalam.
sebelum tidur semalam.
sebentar tadi apabila terjaga dari tidur.
selepas mengerjakan solat Isyaq.

dan sekarang,

aku masih berfikir, "apa yang patut aku lakukan?"

March 04, 2013

Universal Studios Singapore

isnin minggu lepas, 25 Februari 2013, kitorang pergi memenatkan diri di Universal Studio Singapore.
yup! penat tapi best.

bersiap seawal 7 pagi. tunggu Ucu sampai. isi borang white card untuk 10 orang. lepas tu sarapan dulu dekat Man Janggut. dari planned gerak dari JB jam 7.30am sudahnya jam 10am baru bergerak.

kitorang lalu Second Link untuk ke Singapore. dari JB, follow signboard Tuas. kot. Second Link memang tak banyak kenderaan. tapi tol dia lagi mahal berbanding ikut laluan masuk dekat Bandar tu.


masa ni cuak betul sebab adik/kakak Kastam singapore cakap passport Ainul expired. masing-masing macam hahhhh???!!!! ayah dah bising cakap, "tak checked betul-betul ke sebelum ni??".
rupa-rupanya, dia cuma remind, passport dah nak expired.
3 BULAN SEBELUM EXPIRED KENA RENEW.
tapi kalau dalam bulan tu tak ada nak keluar ke mana-mana, tak payah renew.


terasa kesegarannya. seronok!


hari macam mendungkan? cuak ke rasa dalam hati ni.


ayah rasa kagum dengan censored parking dekat Resort World ni. tak silap aku, aku pernah nampak parking macam ni dekat BB. dan kalau tak silap, masa rancangan realiti Nestle Kit Kat kot, pasal idea-idea yang bernas ada seorang peserta yang bagi idea sistem parking macam ni.


nampak tak betapa seriousnya aku checked passport masing-masing. Ucu cakap, 
"wie, ko jangan sampai hilang white card tu. nanti tak boleh balik".
so, aku pun dengan rasa takutnya, setiap kali keluar masuk passport dalam beg mesti aku check setiap 1 passport tu ada tak white card tu.


gambar pertama dengan Atam dekat USS dan beberapa tahun ini. Blur! ini budak kan, merajuk sebelum pergi USS. sebabnyaaaaaaaaa, dia kasi itu Perdana accident buat kali ke-dua. terbaik lah Atam. salute! haha. ayah ibu bising, tu yang merajuk tu. terus malam tu, mengadu dekat aku sampai pukul 2.30am! aku dari mengantuk giler, sampai jadi tak boleh tidur. lepas tu dia boleh pulak tidur dulu. zzzzzzzz~

anak gi Silipo! <---- versi Ainul + Apip

pertama kali Apip cakap Singapore ialah Silipo.


sesiapa saja lah, kalau datang sini, gambar depan globe Universal mesti wajib ada kan? nah! amek ni satu.



Apip, Ainul & Qalesya masuk percuma. check dekat website USS untuk info lebih lanjut.


masuk je pintu pelepasan USS, ambil lah map dia. mana tahu takut sesat ke kan. berguna juga untuk tick permainan mana yang korang dah main. tapi kitorang tak tengok map. tak menyempatlah nak tengok map. Apip & Ainul dah berebut-rebut map sampai terkoyak.


tempat pertama yang semua orang boleh masuk kecuali Qalesya. aku suka sangat tempat ni walaupun ianya lebih kepada permainan untuk budak-budak. sebabnya ialah aku bayangkan, bestnya lah kalau........


aku pun boleh berdiri atas timbunan spaghetti macam ni, dalam realiti. haha! kurangkan tengok kartun wie.


kalau nak merasakan sendiri scenes ribut petir, api, tingkap rumah hang tercabut, lepas tu tiba-tiba kapal sesat masuk rumah hang, boleh lah masuk sini. seronok! tapi Ainul takut lah. siapa berdiri barisan depan, confirm kena percikan air. mandiiii~


bila anak-anak, adik-beradik yang lain dah kahwin, dah nampak dah bayangan siapa je yang tinggal dekat rumah tu nanti kan? hehe. jangan ada peneman lagi sorang sudah. zzzzz~


Transformers The Ride!

tempat ni memang wajib masuk. beratur lama pun berbaloi lah orang kata. dapat duduk depan sekali lagi seronok! disebabkan tempat ni best giler bagi aku, dengan senang hati bila aku keluar je, terus melabur duit dekat kedai dia. syiokkkk!


sementara tunggu rai & abang mie masuk dalam Transformer The Ride, Atam & aku jalan-jalan sekejap. lepas tu ternampak orang ramai berkumpul, bising-bising. datang dekat, selit-selit sikit. sangat enjoy tonton gelagat dorang ni. pandai buat lawak. pandai menghiburkan pengunjung. dan talented lah senang cerita. 

ini ialah show yang tak patut korang tak tengok masa datang USS. wajib tonton yer! aku lupa nama tempat ni, tapi agak-agak nampak carpet hitam, nampak bangunan seperti di atas, tengok dekat depan bangunan tu, ada tulis showtime dia. cekidautttt!


CYLON!

bila aku dah dapat rasa kejap lagi aku nak cerita pasal Cylon ni je, satu badan rasa tak sedap dah. dah rasa pening-pening. loya-loya. roller coaster dengan kaki yang berjuntaiiiii. oh! maiiiii........

2, 3 kali aku tarik tangan Rai supaya fikir panjang sebelum main benda alah ni.

Atam, Abang Mie & Adham dah masuk dulu dah. Ayah tak main sebab takut darah tinggi naik balik.

depan pintu masuk......

"betul ni Rai kau nak main?"
"betul lah Wie. jom la cuba sebelum kau kahwin"

ok. sebelum aku kahwin. kalau selamat lepas aku main benda alah ni, boleh lah aku kahwin. kalau tak????

benda alah ni pusing sekejap jek. 19 saat! tapi, aku rasa aku buka mata 1 saat jek. masa mula-mula naik. bila dah start turunnnnnn, terus tak buka-buka mata aku. sampai aku rasa pejam mata dah nampak warna merah jek. dah la tak ada tempat pemegang. siot! dalam hati, "kalau kejap lagi mata aku tak terbuka, maknanya memang dah tercampak lah aku agaknya".

tapi aku betul-betul tension dengan ayat sebelum berlepas untuk main benda alah ni. "GET BACK ALIVE".
grrrrrrrr~


Ainul marah & menangis bila dia tak dapat main. sebab Ainul pendek, banyak benda dia tak boleh joint. yang boleh main pon, benda alah pusing memusing ni. 2x dia main.

"nak ati! nak ati!"

kali ke-2 main dengan ayah. dapat tempat yang pusing dia tak berhenti-henti. terus pening kepala ayah.


burung dinosaur terbang. ni pun dia nak main ati. tapi tak ada siapa nak teman. semua dah pening. so apa lagi, melalak lah dia. T___T


nasib baik yang ni tak minta ati. mungkin sebab dah kenyang agaknya.

makan dekat dalam ni kena hati-hati. mostly, tak halal. Ucu kata, yang restoran Malaysian food pun ada orang Melayu yang pernah masuk situ cakap diorang still ragu-ragu.

masa nak cari makan, kitorang duduk dekat satu restoran. pelayan dia datang & cakap, dekat sini boleh minum je kalau nak, sebab dia ada jual pork & lard. nasib baik pelayan tu jujur kan? so, dia tunjukkan kitorang restoran yang halal.


Goldilocks ni halal food restaurant. ada tanda halal dekat pintu. lagi pun Ainul adalah duta untuk Goldilocks. tengok rambut Ainul dengan Kakak Goldi tu, rambut sama je macam "just curly fries". uhuk! uhuk! terbatuk terus Ainul. sorry lah dik non, mengata depan-depan. hehe.


Chicken Done "Just Right", or "Just Burnt?" aku pun tak tahu daaaaaar. sebab dah lapar, bedal jek la.


tapi chicken burger dia sedap. ayam tak terhangus. sayur berlambak! lebih tebal dari kepingan ayam. tapi aku suka. budak jantan je buang sayur semua. ayah pun tak terlarat nak habiskan semua sayur yang di ketepikan oleh mereka.

jangan lupa ok. setiap kali keluar duit dekat sini, fikir, kalau rakyat Malaysia kena darab dengan RM2.50 . sebab Ucu kata, ada tourism yang dia bawa kata, "sama je ek harga makan sini dengan Malaysia. murah jek". memang nampak murah sebab makan fast food untuk satu keluarga biasanya akan habis RM60-RM80. dekat Singapore pun sama. tapi SGD60-80. haaaaaa.


panjang giler barisan untuk bergambar dengan Panda yang comei giler ni! tapi tak dan lah aku nak beratur. masuk Universal Store lagi bagus. mengabihkan SGD40 yang ada. haha! dapat lah 4 barang. jadi lah. jangan membazir yer anak-anak.



pandai Ainul nak teruskan hidup dekat USS. 




#PrayForLahadDatu












Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...