June 29, 2012

Bercuti bukan di hari cuti: Sweden

Bismillah....
ini cerita bulan Mac yang punya. tengok, sebab dah lama tak biasakan menulis & bercerita,  ayat pertama je dah macam apa dah. kalau Cikgu Nadia baca, confirm kena tegur. serius, aku dah kena dah dekat twitter. HEHE. :-p

ok. bercuti bukan di hari cuti, memang betul ya. budak dua orang tu, Aizam & Adham, ponteng. kalau dapat surat sakit tu, memang betul la ye. tak tipu. dorang sakit otak, otak tepu, makanya ya, kita perlu bawa mereka berjalan-jalan.

cuti ini di umumkan selepas dua minggu berturut-turut ada kenduri kahwin di kawasan rumah aku. bukan tuan rumah je letih tau, orang kendarat pun letih. maka, terjadilah alasan untuk bercuti walaupun bukan hari cuti. 

memulakan perjalanan seawal, ermmm, lepas subuh la senang cerita. maklum lah, cerita dah 3 bulan berlalu, dah lupa dah waktu sebenar. selepas 2jam perjalanan, waktu untuk sarapan pula. aku lupa kitorang berhenti dekat R&R Pagoh atau Machap tapiiiiiii, R&R ni sumpah banyak lalat! tak tipu. kalau nak rasa macam mana rasanya berada di zoo lalat, boleh la datang dekat sini. tapi kalau waktu korang datang lalat tak banyak, maknanya korang salah timing. waktu tu lalat tengah tidur. heeeeee...



tukar selera makan ala-ala mak pak saleh, roti bakar, telur separuh masak, kopi & teh. nampak tak nama dekat apron tu? KAYA Kopitiam. total harga untuk 9 orang punya sarapan, RM90++. gila kan?


Apip ni makan beriya.. susah nak telan ea Apip roti tu? ke dah tertelan lalat sekali ke, aku pun tak tawu. hehe.


selepas sarapan, kitorang terus menuju ke KLIA.
dan, destinasi kami ialah..................


SWEDEN!
haaaaa. dah cakap dah nak pergi Sweden, ingat tipu ke. tengok, iklan pun ada bahasa Melayu sekali. nampak noh Sweden dengan Malaysia ada hubungan yang baik. hihihi.


ini rumah yang kitorang sewa di sana. nampak tak tanda harga tu? dorang nak claim dengan ayah. sebab tu tak tanggalkan lagi.
lepas beberapa jam me'round' di dalam rumah sewa di Sweden, we have to go. sebabnya? kena check-in tempat lain. ayah nak tempat yang boleh dengar deruan ombak. ye la, demam ombak rindu la katakan.
ok. let's go!
keluar.


eh! kantoi. Sweden di IKEA je rupanya tadi. hahahaha. gila apa nak pergi Sweden waktu-waktu bukan musim cuti ni. ingat ada private jet hapew nak ulang-alik sesuka hati?


check-in time. sebenarnya check-in dekat hotel ni jam 3 petang. disebabkan waktu check-in yang lambat, kitorang pilih untuk merayau di IKEA dulu. waktu check-in pula, masyaAllah........lambatnyaaaaaa. hampir 1jam tunggu dalam van. mungkin sebab ayah tambah lagi 1 bilik kot.


ini kawasan lobby. level atas ye. bawah tu kawasan chalet/bilik dan aktiviti-aktiviti yang cam best.
nak tau kitorang bercuti di mana?
di......................


sini !


bersambung...
p/s: nampak tak siapa yang nak ada je dalam gambar-gambar ni? haaa. dia jual insuran sekarang. siapa nak beli insuran, sila lah call ye. bukan aku, tapi yang banyak dalam gambar tu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...