December 31, 2009

Engaged


hari nie, hari terakhir untuk kelas minggu nie. hari nie, hari terakhir untuk tahun nie. hari nie, timbul pula masalah untuk tahun depan. aishhh~ masalah nie datang tak kira tahun pun kan?

aku tak tau nak mulakan macam mana. tapi, aku betul betul serabut. bila bab cinta, otak pun boleh jadi gila. aigoo~

sejujur-jujurnya I nak cakap,

kita kawan je la dulu. kalau dah jodoh, tak kan ke mana. mungkin semalam u ajak i bertunang, benda nie tak boleh nak main terjah. bila i tanya macam mana dengan family u, u cakap "tu semua tak ada masalah lah". esok lusa u juga yang akan menyesal. tak kan kerana i, u nak abaikan perasaan damily u. u masih belum jumpa ramai orang, dunia luar. lepas u kerja, mungkin u akan jumpa perempuan yang lebih baik dari i. percaya lah, masa boleh mengubah segalanya.

sekarang, baru u tau menghargai seseorang kan? u menyesal. tapi bagi i, itu semua dah tak berguna. penyesalan u, maaf u, ampun u, semuanya tidak boleh mengubah pendirian i.

kenapa sekarang baru u cari i?

kenapa sekarang u perlu kan i?

i bukan perempuan sempurna di mata mana-mana mak mertua pun. i bukan seperti perempuan melayu yang lemah lembut, yang berpelajaran tinggi, yang tau serba serbi seperti perempuan yang u pernah cerita kelebihan dia dekat i sedangkan masa tu i nie gf u. u tak rasa kan apa yang i rasa masa tu?

sekarang nie, apa yang u rasa bila kita langsung tak contact? rindu gila-gila kan? sampai menangis u call i cakap u rindu i. perasaan tu la yang i tanggung masa i dengan u yang 24/7 asyik busy. kalau memang 24/7 tu u busy dengan assignment or whatsoever tu i tak kesah. tapi masalahnya u sendiri cakap u sengaja mem'busy'kan diri sebab u bosan dengan i. tapi kenapa u nak balik dekat i yang membosankan nie?

u cuma tau meluahkan apa yang u rasa dengan menyakiti hati i. u abaikan i. u langsung tak appreciate pengorbanan i dekat u. cuba la lepas nie u cari gf, busy dengan assignment, tapi sanggup meredah malam, keluar masuk 6 tol semata untuk hantarkan makanan dekat u. ada? kalau ada bagitau dekat i. memang u tak minta i buat semua tu, tapi i ikhlas. sebab i risau kalau u tak makan lagi. dalam drama percintaan kita tu, i rasa i lah watak lelaki a.k.a hero yang sangat-sangat concern dekat heroinnya.

esok dah tahun baru. u mulakan lah chapter baru dalam hidup u. jangan terlalu mendesak i untuk kembali dengan u. walau u menangis air mata darah sekali pun, i tetap akan mempertimbangkan baik buruk nya kalau i hidup dengan u. kalau sekarang u kata u sanggup korbankan apa saja, i rasa itu semua dah tak perlu. itu semua dah terlambat.

i belum buang u sepenuhnya dalam hidup i. gambar kita masih ada dalam simpanan i. sebab i anggap u kawan, so i simpan lagi untuk di jadikan kenangan. kalau betul i nak buang u dalam hidup i, i tak save gambar kita semua dalam laptop i yang dah rosak tu.
u kata u nak bunuh diri kalau tak dapat i balik. i rasa u nie psycho. i jadi takut dengan u. i rasa kita semakin jauh bila u buat macam nie. mendesak. merayu. i tak perlukan semua tu. i dah biarkan semua kisah silam itu menjadi kenangan.


* p/s: sila tinggalkan maklumat bagaimana cara anda nak bunuh diri & di mana lokasinya sebab polis akan cari orang yang last si mati itu contact.

** fikir iman, jangan ikutkan perasaan.

December 30, 2009

Brain Freeze!!!



yeahhh! sekarang pukul 4am. aku baru lepas mandi. sumpah ! aku terus kena brain freeze lepas mandi tu. sumpah lagi ! air kat kolej nie memang sejuk tahap dewa.

dah lama tak mandi pagi-pagi buta nie. paling awal mandi pun pukul 5am time zaman-zaman sekolah teknik. huhu. lepas nie memang tak patut mandi awal-awal pagi. bukan makin "cargas", tapi makin enak di buai mimpi.

niat aku nak buat assignment kot pagi-pagi buta nie. adesssss~

kalau tak siap maknanya bercuti dengan assignment la aku. uwaaaaaaa~ hurm. oke. aku memang dah menangis dah nie. semestar pendek yang membunuh.

woohoo~ kalau nak alami brain freeze yang aku rasa, korang minum je slurpee. tak payah mandi pagi-pagi buta macam aku. huhu.


ini Gjan, umur 19 tahun, single. haaaaa~ nak ngorat contact aku. ini budak bawah umur, webcam dengan aku semata nak tunjuk dia punya McD. uwaaaaaaa!!! aku fikir la tipu-tipu ajak pergi McD. rupanya betul-betul. cis! dush3! nak ikut pun jauh sebab dia dekat Perak. lalala~ tak pe tak pe. ada ubi ada batas. dah masak ubi nanti aku cantas. dush !

December 25, 2009

Isu berbangkit

benda da lepas, tapi cerita masih panas macam pisang goreng yang baru angkat dari kuali besar. besar punya ! tapi itu semua hal biasa bagi aku. dah nama melayu, sifatnya memang begitu.

kenapa isu berbangkit? sebabnya, terima kasih banyak-banyak kepada someone yang telah membuat special "taik" entri for me. bukan aku yang gelarkan entri taik, tapi memang dalam entri tu dia ada cakap macam tu.

S: cik wiwie, dengar cerita you ada masalah dengan seseorang sampaikan dia ada menulis entri mengenai perihal you. apa komen you?

J: owhh. yeke? terima kasih banyak-banyak la pada dia seba
b sudi buat entri untuk I. tapi untuk perkara nie, I rasa I tak nak komen apa-apa. dia tau apa yang dia dah buat. I tak nak perbesarkan lagi hal nie. itu semua sikap childish. pancing orang supaya bencikan I.

S: jadi, sekarang nie you tak nak ulas langsung perkara-perkara yang dia tuliskan tu?

J: I tak nak. sebab nanti entri I pula jadi panjang lebar sebab
nak huraikan masalah yang dia rasakan seorang diri tu. tapi if ada permintaan yang nak I jelaskan, I akan jelaskan nanti.


dia ada cakap dia boleh tulis apa saja sebab dia tak ada peminat yang
nak update pasal dia dekat blog. tapi, dia lupa, yang blog dia tu semua orang boleh baca & dia ak
an post link dekat facebook bila blog dia berupdate.

"wiwie, congratz untuk contest ko. walaupun tak menang tapi kau still dapat rm300"

ini baru betul kawan ! walaupun group aku tak menang tapi still wish congratz. aku tak bagitau dia pun result contest nie sebab group aku tak menang besar mal
am tu. tapi dia tau dari Berita Harian. ye! bakal cikgu nie memang rajin baca surat khabar. terima kasih banyak-banyak ye cikgu Wan Nadia. hehe. i ♥ u.

Keratan Berita Harian


Keratan myMetro


Keratan Sinar Harian



saja crop besar-besar walaupun hal tang blog aku cuma sikit je. nak kasi tau itu olang yang buat isu berbangkit tu betapa susah payahnya aku nak melawan beratus-ratus bloggers untuk contest nie. masa tu la baru aku tau betapa busynya hidup bila kita sendiri ada permanent job (haha ! aku student. so itu la permanent job aku), then dalam masa yang sama kena update blog always. time tu baru aku tau ke'busy'an yang Kak Red @ Redmummy rasa. &&& blog Riri's Closet juga sebab kak Putri sekarang dah ada permanent job juga. hehe. so kak Putri, no need to say sorry ye if akak jarang beno hapdet blog. hehe.

ok. TITIK. sampai di sini saja kesah Isu kuih bangkit. eh! berbangkit laaaa . . . .

X'mas


kepada mereka-mereka yang menyambut Hari Natal, semoga dapat hadiah yang cam best ya. happy celebrating your Christmas day, oke.

Shinny yang celebrate dekat Church, jangan sedih-sedih sebab tak dapat celebrate dengan family di Sabah.

hohoho!!!

waaaa~ Santa Claus datang rumah I la. zzzzzzzzz. *dalam mimpi

December 24, 2009

Gone

2 hari yang lepas, aku telah tahu segalanya. tiada lagi salah faham antara kami.

bila aku tengok semula draft yang ada dalam blog nie, ada satu draft untuk entri cinta kami.

cinta dulu-dulu. sejak kitorang kenal. tapi, sekarang semuanya dah berakhir. itu semua menjadi kenangan.

tengok lah macam mana, mungkin aku akan post kan nya untuk di jadikan kenangan walaupun hajat untuk mengakhiri cerita tu dengan happy ending tak kesampaian.

Faizal, jaga diri. kurangkan merokok. jangan selalu mandi tengah malam. dan, kita kawan oke? :)

♥ u, my friend.

December 21, 2009

Azam baru

sempena Maal Hijrah nie, aku dah berazam.
aku akan bekerja keras untuk mengumpul duit. 2011 mungkin akan ke Jakarta untuk menyaksikan Sukan Sea. haha! semangat betul.
dan apa yang penting, duit yang aku kumpul tu nanti cukupp untuk aku hidup berdikari.
dan aku akan jaga adik aku yang aku rasa sangat kasihan hidupnya. ]
rai, jangan jadi reporter ye if ekau ada baca blog nie. jangan inform sesiapa pun. esp, IBU. kalau ibu tau, siap sedia lah kau. *evil face* :))
*mood: sedih
lokasi: terminal 2

December 14, 2009

Have Fun !


nampak tak apa yang tertulis dekat envelop tu? kalau tak nampak, enlarge lagi pic tu ya. hehe.

well, for my sunsilk team, thankz a lot for your effort. even though we just win for the small category, but we still have fun ! ngehehe.

*full entry for SUNSILK Blog 2 Paris Finale akan menyusul kemudian.

December 13, 2009

Laptop baru satu!!!

nah ! inilah dia, wajah screen laptop yang sangat abstract orang kata.

akibatnya, aku keboringan yang teramat. dah lah tv chort dah meletup, laptop aku pula jatuh & menghasilkan lukisan abstract.

nah ! semestar nie aku lah orang yang cukup cukup cukup boring ! :((

laptop baru??? nie dalam proses permohonan loan dari bank Ramlee. bank tu approvekan loan tu next year. berzamannnnnn~

*awal-awal tahun nanti, ibu-ibu & bapa-bapa korang yang mana ada ASB akan dapat % dari simpanan diorang tu. ehee. ayah ! oh ayah ! *evil face* ngehehehe~

UPDATE TERKINI

laptop Acer 47 bla bla G (lupa nama model lol) dah ada di rumah & sedang di godam oleh Aizat. mood: excited !

December 10, 2009

Presentation - Nervous

sekarang dah 1:29am.

we all belum tidur lagi. do some preparation for tomorrow presentation.

insyaAllah, hari nie kami akan melakukan persembahan yang terbaik.

pray for us, Cloud Girls.

December 02, 2009

Aku lebih banyak . . . .

sekarang nie,

aku lebih banyak berfikir.

aku lebih banyak termenung.

aku lebih banyak memikirkan soal hati.

aku lebih banyak memikirkan memori silam.

DAN

aku lebih banyak berserah terhadap ILAHI.


November 30, 2009

Styled under a hat!

you all dah tak ada idea untuk menggayakan rambut lagi? sudah lambat untuk ke suatu tempat? jangan risau. lengkapkan gaya anda dengan pelbagai jenis topi yang menjadi trend pada masa kini. :)










walaupun Malaysia nie negara yang tak bersalji, tapi aku teringin nak beli snow cap from MNG. haha! kalau beli nanti, jawabnya pakai time main salji dekat Genting Highlands je la.

tapi, jangan anda lupa ya. rambut anda perlu diuruskan juga sebab dengan hanya memakai topi, ianya tidak akan menutup keseluruhan rambut anda. as usual, gunakan SUNSILK Conditioner Leave-On untuk mendapatkan rambut yang mudah di urus & boleh di bawa ke mana jua anda berada.

November 29, 2009

Braided Hairstyles


time kecik-kecik dulu, masa aku masih rajin simpan rambut panjang, ibu pernah buatkan rambut aku fesyen braided nie. kalau masa sekolah dulu, pelajar India la yang selalu buat rambut macam nie. baru nampak kemas. :)

edgy braid hairstyle edgy style braids

tapi, sekarang fesyen braided nie dah boleh di buat dengan gaya yang lebih extreme. kalau kita nak buat sendiri memang susah. biasanya mereka yang pro saja boleh melakukannya. tapi kalau korang nak buat braided ikut gaya korang pun tarak hal punya la kan. janji korang selesa. :D

elegant braid

tunggu la rambut aku dah panjang nanti, aku nak try buat gaya rambut braided pula. hehe. nampak innocent sikit lah nanti. tapi ramai yang kata elegent & menarik perhatian orang ramai. fesyen rambut braided nie dah lama taw, sejak zaman purba lagi.

sesekali tu, korang boleh la cuba fesyen rambut yang dah lama di guna pakai oleh orang-orang yang terdahulu. kamu pasti tampil menawan dengan sentuhan braided korang yang tersendiri.

selamat memintal rambut! :D

November 28, 2009

Picking a hairstyle

do you have a hair cut that suits your face? does the styles of your hair now can hide your true form look?

let's find out what styles of hair cut that are suit with your face shape.

sharing is caring right? so, I wanna share with you tips that is in the SUNSILK Glam Guide so that you can have all the appropriate hair cut for your face shape. click to enlarge the picture.



you also can follow other tips from Lauren Farraher about Picking a Hairstyle -- powered by eHow.com

November 27, 2009

Berkorban apa saja

lembu di pagi hari raya Aidiladha. btw, aku snap pic lembu nie, lembu nie berdengus bukan main kuat. tak perasan pula aku pakai seluar merah. maaf ye lembu. nasib baik la kau cool pagi nie. kalau tak memang dah kena kejar la aku.

"weh! jom tengok lembu kena sembelih"
"tak nak lah!"

huh! budak zaman sekarang. mana ada kesah hal-hal sembelih menyembelih. layan kartun lagi masyuk agaknya.

muda belia dari flat yang berdekatan. semua aku tak kenal.

laaa~ tiba-tiba pula lembunya dah tumbang kan ? lembu nie besar, garang & banyak berak. hahaha! nervous tak sudah. ada la dalam 2 3 kali lembu nie berak. masa dah nyawa-nyawa lembu pun dia still berak. dasyattttt. terminum julap agaknya lembu nie. hehe.

lembu hitam! your turn pula sekarang nie. sediaaaaaaaaaa............ tarikkkkkkkkkkk!!!!

asah jangan tak asah.

lembu coklat sedang di siat-siat & lepas tu akan di bedah.



raya Aidiladha kali nie sangat sedih bagi aku. sebabnya, aku dapat tahu yang atuk, nenek & pak long menderita duduk dengan menantu yang tak sedar diri menumpang rumah orang tua. betapa besar pengorbanan nenek aku dengan memberikan perlindungan tempat tinggal pada diorang tapi si menantu sanggup membuli nenek aku suruh buat kerja rumah, masak sedangkan nenek dah tak berapa sihat sangat.

yang paling best, siap paw duit ! banyak buruk muka kau kan minah. aishhh ! kau tengok la, aku akan revenge bagi pihak nenek nanti. tu pun kalau lepas aku habis study, kau masih menumpang rumah nenek aku. jaga jaga cik jongang! ngehehehe~

Selamat Hari Raya Aidiladha you all. :)

November 26, 2009

Bergaya di Hari Raya Aidiladha

first of all, kami daripada team Cloud Girls ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha to all muslim's all over the world.

tidak semua negeri di Malaysia menyambut Aidiladha dengan meriah. walaupun rayanya hanya sehari, lembu, kambing, unta tetap di korbankan juga. :)

bagi negeri Pahang, Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis & kebanyakkannya di bahagian utara, mereka menyambut Aidiladha lebih meriah dari menyambut Aidilfitri. masa Aidiladha nie juga mereka akan berkunjung dari 1 rumah ke 1 rumah.

jadi, orang-orang utara boleh la mencuba fesyen-fesyen tudung seperti di bawah. bukan setakat orang utara, orang timur barat selatan pon boleh cuba. :)






click gambar di atas dan click Ctrl + untuk memperbesarkan lagi imej gambar di atas.

haaaaa. kalau pakai tudung tu, rambut perlu di uruskan dengan betul dulu ya. dalaman perlu dicantikkan dulu, baru lah luaran pun tampil cantik sama. untuk pilihan yang terbaik, gunakan lah SUNSILK Conditioner Leave-On.

TIPS
  • tudung berbunga perlu disesuaikan dengan jubah tidak bercorak. begitu juga sebaliknya.
  • warna tudung & jubah perlu senada. namun, warna tudung perlu lebih cerah berbanding jubah.
  • jubah & jubah seluar lebih sesuai dipakai dengan tudung kain fabrik licin seperti mortada, sifon dan creepe. Namun, tudung kain kapas seperti tudung bawal juga boleh disesuaikan.
selamat mencuba & semoga lebih bergaya di pagi raya.

Reference: Dara.com, www.fesyenmuslim.com

November 25, 2009

Tampil berkeyakinan walaupun bertudung

Kadang kala, wanita bertudung selalu mengambil remeh hal penjagaan rambut. Mungkin tudung boleh menyembunyikan masalah rambut yang kita hadapi tetapi secara luaran, kita boleh melihat sama ada wanita itu dalam keadaan yang selesa atau pun tidak.



Sebagai pelajar kolej, jika anda rasa hendak mencuci rambut sebelum pergi ke kelas, make sure anda timing waktu sesuai. Kalau kelas pukul 8am, mandi seawal 6.30am sebab bagi yang bertudung, anda perlu mempunyai masa yang banyak untuk mengeringkan rambut. Mungkin anda boleh mengeringkannya menggunakan hair dryer tapi kesan dari hair dryer itu akan menyebabkan rambut anda kering dan bercabang di hujungnya bila anda kerap menggunakannya. walau bagaimana pun, ianya tidak bermaksud yang anda lansung tidak boleh menggunakan hair dryer.



rekahan pada hujung rambut yang bercabang


Sebab itulah, kebanyakkan mereka yang bertudung, bila dah tak cukup masa untuk bersiap ke kelas, mereka tak keringkan betul-betul rambut dan terus pakai tudung pergi ke kelas. Rambut anda yang basah itu tadi akan terperap dan boleh menyebabkan masalah kulit kepala dan berminyak. Bila di dalam kelas pula, anda tidak akan mempunyai keyakinan diri yang tinggi dengan keadaan rambut anda itu.



Entri yang lalu, my friend mengadu mengenai masalah rambutnya yang cepat berminyak dan apabila cuci selalu, rambutnya menjadi sangat lembut dan susah untuk memakai tudung. Untuk masalah my friend nie, rambut yang lembut itu bukan-lah masalah besar kerana rambut yang lembut merupakan idaman setiap wanita. Untuk mengatasi masalah rambut lembut ketika memakai tudung, my friend cuma perlu memakai scarf yang bersesuaian dan memakai klip rambut jika perlu.


Bagi masalah rambut berminyak pula, SUNSILK Clean & Fresh penyelesai masalah bagi kawan saya yang bertudung ini. Mengandungi Lime Nutrient yang istimewa serta haruman yang memukau, SUNSILK Clean & Fresh memberikan kesegaran yang berpanjangan bagi wanita bertudung. Jadi, tiada masalah bagi mereka yang bertudung untuk membersihkan rambut bila-bila masa & sentiasa berketerampilan dengan gaya tudung yang terkini.



Discover SUNSILK


Clean & Fresh

Lasting freshness for the hair and scalp


Hair Problem: Oily hair that causes scalp irritation and requires hair to be washed often.


Key Ingredients: Lime nutrient energizers.


How it works: Clean & Fresh with lime nutrient energizers help to remove the build-up of excess oil in just one wash. It thoroughly cleanses, refreshes and nourishes the hair and scalp.


Results: Invigorates the hair and scalp for long-lasting freshness. Itchiness will soon be a thing of the past.




so, happy wearing hijab ya girls!!!



Reference: SUNSILK 1 min to great hari, GLAM GUIDE

picture from : cgi.ebay.com.my, yunnamhaircare.com.


November 24, 2009

Tekanan berkurang










picture's can tell you the story. :)

I doing all this thing because I wanna have a healthy life, has 'cam best' body shape like I had before & the most important thing, I wanna reduces my 'pressure' disease. bukan tekanan perasaan taw. tapi memang sejenis penyakit tekanan. alhamdulillah, kadar tekanan dah kurang sedikit but still belum stabil.

it's ok. sikit-sikit lepas nie mungkin tekanan dalam badan aku akan kembali normal. haiyaaaaaaaa fighting !!!


* jogging malam lebih bagus dari berjogging dalam cuaca panas sebabnya berjogging dalam cuaca yang panas boleh menyebabkan badan anda kekurangan air.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...