October 31, 2010

Hantu di City Square




"awak diri jauh sikit ea"

-hantu hijau ni bergerak sikit ke depan-

"awak belakang sikit ea"

walaupun aku tau dia manusia sebab terang-terang nampak bulu kaki dia, tapi aku tetap takut. ish! memang takut gila la. sebab topeng tu memang "hantu" betul.

nice idea! bertemakan Halloween, dan mempunyai staffs yang sporting, kedai ni memang menarik ramai orang yang lalu lalang.

kalau pandai, teka kedai apa yang ada hantu handsome & lawa nie. clue? City Square. hehe. ;p

October 30, 2010

Sempit


4:40pm.
Esso berdekatan Pawagam Kapitol Lama atau pun Merlin Tower.

bila poket kosong, barulah aku sibuk mencari atm CIMB. walaupun jauh dari CS, sanggup aku menapak. time-time macam ni lah seringgit pun boleh jadi berkira. sebab itu aku tak pandang atm Maybank & RHB.

bila kesempitan macam ni, duit-duit yang aku simpan merata-rata itu lah menjadi penyelamat. setiap poket beg, poket seluar, ada saja duit. walaupun seringgit, ianya sangat memadai. agak-agak hari bertuah, seluk poket - keluar RM5.

moral of the story - duit bila di simpan merata, tak akan hilang jika tiada mereka yang tangan panjang. atau pun, tangan pendek warna hijau.

October 29, 2010

10 minggu


Hello baby. baby dah 10 minggu. semalam pergi scan dekat Klinik Yuslina untuk mengetahui kondisi baby. panjang baby dah 18cm. dan baby adalah seorang yang kuat makan. hihi. rasanya baby ialah baby girl. nama dah ada, tapi buat masa sekarang panggil AM saja. singkatan untuk nama yang panjang.

oh ya! pakcik Rafif pun teman AM pergi klinik. tapi pakcik main rumah & main kejar-kejar sampai masuk bilik Doktor.

AM bukan anak saya. dia bakal adik saya. baby baby baby ohhhh. *lagu Justin Bieber.

October 28, 2010

Toy-Let

toilet dekat City Square yang setakat bayar 20sen sekali masuk tu tak ada lah besar mana pun.
kalau boleh nak masuk cepat, keluar cepat.
tapi masa aku tengah tunggu turn untuk melepaskan hajat, keluar dua orang budak perempuan, lengkap berpakaian seragam sekolah dari satu toilet yang sama.
keluar-keluar terus cuci tangan, lepas tu malu-malu nak pandang aku.

semalam, benda yang sama berlaku lagi.
kali ni UP sikit. tiga orang pula.
seorang perempuan tulen dan dua orang pengkid yang tak comel.
pelik la aku. apa yang korang dapat bila masuk ramai-ramai?
sempit, tak selesa, & mungkin korang tak puas sangat.
aku pun tak puas juga, tapi tak puas hati.
penat weh nak tunggu korang habis project.
lain kali cari port baikkk punya, ok?

October 26, 2010

Kaoru & Keith @ MPH JB City Square

Pencinta komik Gempak Starz di JB semestinya sudah sedia maklum dengan kehadiran kartunis Kaoru & Keith di MPH JB City Square pada 23 Oktober yang lepas.
Aku ada terbaca review mengenai event ini oleh blogger yang lain. Blogger kata event ini punctual! Kan? Memang punctual pun, tak macam janji melayu sebab kita deal dengan mereka yang professional & tahu menghargai masa peminat-peminatnya.

Walaupun event bermula pada pukul 330pm, Kaoru & Keith sebenarnya sudah sampai di MPH lebih kurang pada pukul 11am. Lepas tu mesti lah diorang isi perut dulu. Sebelum bermulanya event ini, as a staff, mesti lah kitorang yang dapat jumpa face to face dengan diorang. hihihi. Jangan marah ya, aku dapat berborak dengan mereka berdua yang sangat sporting & bersopan-santun ini. Dan yang paling penting, dapat tengok sendiri cara diorang melukis kartun!



Keith ada kelebihan yang tersendiri kerana dia boleh melukis muka orang dengan spontan! superb!

Kepada pembaca setia series Maid Maiden (aku lah tu), Maid Maiden wednesday akan berada di pasaran tahun depan. Paling cepat pun, end of this year. It's ok Kaoru. Take your time to finish this series asalkan cerita tu ada ending yang gempak!


Selesai autograph untuk staffs, kami juga lah yang bergambar dengan K & K dulu. hihihi.

Peminat setia yang sanggup menunggu dan beratur panjang.


Komik yang mempunya 3 versi, Melayu, Chinese, & English.


Event start tepat pada pukul 330pm.

Start dengan Comic Classroom. K & K menerangkan bagaimana cara untuk melukis dengan baik.

Berkongsi plot sketches mereka kepada peminat-peminat.



K & K sempat memberikan posing kepada cameraman aku, Faiz, sebelum bermualnya autograph session.

Siapa kartunis pilihan anda? Kaoru?





Atau Keith?



Aku pilih ke 2-2 nya! hehe. itu namanya pilihan selamat ok. Oh ya! ada juga peminat yang tersalah informasi. Dia fikir kartunis ini datang hari ahad. huhu. Lain kali baca betul-betul ya information yang ada tu.


Goodies beg untuk 10 peminat yang terawal.



Yang tak dapat goodies beg tu, you all akan dapat kad dengan kata-kata semangat tu. kad tu macam penanda buku.


Selamat tinggal Kaoru & Keith! Both of you sangat best dan sporting. Sila datang lagi di lain hari.


Pssst: Masa rehat tu Eddie, Faiz & aku terserempak Kaoru & Keith dekat escalator. Kami memberikan lambaian selamat tinggal kepada mereka. cewah! ayatttt.

Pssst: Tangan Kaoru sangat lembut. hihi.

October 23, 2010

Twenty Ten Twenty Ten

Jeeva, Abg Tariq, Faiz (birthday boy a.k.a 20 tahun), Afeeqa (Birthday girl a.k.a 21 tahun)

terima kasih kepada semua MPH staffs sebab sanggup collect duit untuk beli kek kitorang berdua.

masa kerja, ayah call -

"wie, kau balik pukul berapa?"
"wie balik malam. kenapa ayah?"
"nie haa. Aizat ajak makan steamboat dekat Pelangi Indah"
"owhhh. balik nanti suruh dia amek wie"

Aizat, Eqra, Adham, Ibu, Ayah, & Rafif (kusyuk makan)

birthday girl katanya. LOL. asal makan steamboat je mesti pakai uniform kerja.

Rafif, Rai, Abg Mie, & Atam.



Alhamdulillah. Genap sudah umur aku 21 tahun pada 20-10-2010 yang lalu. Walau pun usia aku dah menginjak 21 tahun, aku tidak pula mengikut jejak ibu & kakak aku iaitu mempunyai seorang cahaya mata. heeeeeee. jodoh tak mari. mungkin juga bila umur dah terlajak baru sampai seru nak kahwin kot.

terima kasih untuk semua yang wish birthday aku di facebook & twitter. terima kasih juga pada rakan-rakan yang wish lambat & tak percaya hari tu adalah hari kelahiran aku. p/s: pada mereka, apa yang aku cakap nie tak boleh dipercayai. sebab tu diorang rasa tarikh lahir aku pun macam tipu je. lalala~

akhir kata, cuma satu sahaja yang aku mahukan sekarang ni, kerjaya yang stabil. doa-doa kan lah ye. doa jodoh cepat sampai pun boleh juga.

October 19, 2010

Convocation ceremony. 21 tahun.






Alhamdulillah. aku rasa, ini lah hadiah yang paling berharga untuk ulang tahun kelahiran aku yang ke 21 tahun.

selamat hari tua, Nur Afeeqa binti Ramlee. kepada ibu mengandung yang sedang mengandung 2 bulan, terima kasih untuk jagaan rapi ibu. ibu lah yang banyak memakbulkan makanan yang aku idamkan. (pssst: ibu kata esok nak masak makaroni sup. dah banyak hari doq sebut tapi ibu tak masak-masak kan lagi). banyak benda lah yang ibu buat untuk aku. tak boleh nak di list kan. boleh di ingat dalam kotak memori saja.

terima kasih juga untuk ayah yang banyak merialisasikan impian. hadiah tahun ini adalah yang terbaik sebab ayah sudi membayar RM600 untuk convocation, RM200++ untuk sewa bilik hotel, RM???? untuk bunga & teddy bear masa konvo, RM6 untuk parking di J.W Marriot hotel & RM100++ untuk makan sampai pecah perut dekat Restoran terapung di Ayer Keroh Melaka.

yang paling penting, Happy Belated Birthday for my beloved sister!!!!!!!!


adik mu ini minta ampun banyak-banyak sebab terlupa birthday kakak ku yang memang seorang nie. bukan sengaja, tapi bila kerja bahagian retail, balik malam terus tidur. tak fikir apa dah. sedar-sedar birthday dia pun 17 Oct tuari. lama gila baru tersedar. sungguh tak sopan.
tak apa ye Rai. bawa bertenang. hadiah kamu akan menyusul kemudian hari. tungguuuu.

sekarang, saya kelulusan BTEC HND in Business dengan CGPA 3.40 . walaupun CGPA saya rendah, saya tetap berbangga sebab saya sendiri tidak sangka saya akan mendapat CGPA sebegini dengan otak saya ini. biar orang nak kata apa, hanya tuan saja yang memahami otaknya.

sekian, terima kasih.

October 07, 2010

Khas untuk Kak Uma

aku bukan jenis berkawan mengikut kaum, bangsa & agama.
aku senang berkawan dengan semua rakyat Malaysia.
jika anda juga begitu, marilah kita sama-sama berdoa supaya husband Kak Uma (Amukly a.k.a Head of Customer Service Department) yang akan menjalani operation disebabkan serangan sakit jantung akan cepat sembuh & sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera.


pesanan untuk Kak Uma:-

jaga diri kak. saya harap akak cukup makan & tidur. jangan risaukan pasal kerja. saya akan cuba selesaikan mana-mana yang saya mampu buat.



Yang Ikhlas,
Afeeqa
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...