April 28, 2010

cuak tunggu result Taxation


i bukan jenis yang bijak pandai. tak semua benda i boleh buat dengan perfect. tapi i berbesar hati bila orang lain minta i mengajar benda yang mereka rasa i lebih bagus dari mereka. terutamanya mereka yang lebih muda dari i.

i bagus bukan sebab i genius, tapi sebab i hidup dulu dari mereka. i belajar benda tu dulu dari mereka. i cuma bagus pada benda yang i minat. yang i tak minat? i tak akan ingat. haha.

setakat ni, i rasa bangga dengan diri i sendiri sebab i boleh change result sepupu i dari tak pernah lulus LK, terus dapat A2. memang itu yang dia nak walaupun i rasa lebih bagus kalau target B dulu. slow slow. dah dapat A2, itu dah satu advantage! result ujian pertama untuk tahun ni mungkin boleh meyakinkan dia lagi untuk menjawab paper LK masa SPM sebenar nanti.

sebenarnya i tengah risau dengan result exam Taxation. soalan untuk pass je. kalau salah jawab satu, fail la kan? kalau kena supplementary exam, kena jawab soalan kira-kira. i benci kira-kira. i lemah tengok nombor. duit tak apa. kalau la lecture i ni penyabar dalam mendidik. macam i didik sepupu i. mesti i dapat result yang cam best.

distinction, kau dah terbang jauh ke?

update - 4/5/2010
alhamdulillah. i lulus paper taxation. happy cuppy puppy! tinggal focus on assignment 2 pula.

April 26, 2010

happy 21st birthday, Pnut.

31 March 2010
6:14pm

i bagi Pnut voice message. nyanyi lagi happy birthday untuk dia. memang sengaja wish lambat. tak sangka dia kecik hati. sebab i fikir kawan-kawan lain pun belum wish. tsk. petang lepas habis class, Pnut terus balik rumah dia dekat Jiboi. membawa diri yang duka lara la tu. hihi. ;p

9:46pm

salah satu message touching Pnut. dicopy bulat-bulat.

xde sbb sesp p0n..tp nthla aq rse bad sgt..xpnh tepk p0n akn jd cmnie..smbot s0wg2..bli kek kecik,nyanyi sndri mkn sndri..smuanye sndri..pamily sndri p0n xigt awinie awi ap..hum..ala xpela agp0n ag bp jam je nk ms0k bln bru..n aq pon nk lpekn bln nie..hum..mlekn dgn bln bru..

i pun plan dengan kak Lin & Linda untuk buat surprise. pukul 9 kitorang gerak dari kolej, pergi Nilai beli kek & masuk highway Lekas untuk ke Ampangan. ontheway nak ke rumah Pnut, i text dia. text tak bersalah langsung. saja nak sakitkan hati dia. lalala~




chikaro (monyet) makan kek!

terima kasih Akim (cousin Pnut) sebab tolong bagi instruction nak ke rumah Pnut.

dulu, 5 @ 6 tahun.

sekarang, 21 tahun.

April 24, 2010

half naked


gambar hiasan. (aizat, my y/bro. bukan mangsa keadaan)

tadi i on myspace. sekarang memang dah jarang gila on MS sebab ramai budak-budak bawah umur je. huhu.

i saja la tengok-tengok stream yang ada. gambar-gambar baru diorang. tiba-tiba i rasa macam lucu pula dengan budak-budak ni.

budak A, gambar tak butang baju kemeja. siap nampak nipple. woot~ woot~ nasib baik dada mantop! ada bentuk. tulang pon nampak. hehe.

budak B, terus tak pakai baju. tapi gambar badan half je. tak nampak bahagian nipple. maybe sebab badan dia tak mantop macam budak A. tak nampak tulang. hahaha.

nasib baik lelaki. dan nasib baik la korang ni budak umur belasan. kalau 55 tahun??

aigoo~

eh! gambar tu hanya hiasan tau Ein. lelaki mandi dekat swimming pool memang tak pakai baju. yang i tengah cerita pasal gambar dalam MS ni, memang gambar yang di sengajakan tak memakai baju.

sekian saja ulasan porno untuk hari ni.

April 21, 2010

afeeqa!

sumber: INM

lagi 5 minit nak pergi exam hall ni.

paper: Business Strategy
lecture target: only 5 person's get distinction
mood: mak tengah berdebar nie nyahhh~

fighting !

beg tu macam nak kasi Rafif la. ermm. buat pertimbangan dulu.

April 19, 2010

mood: ulat buku


sekarang ni mood memang ulat buku habis. kalau boleh semua buku dalam library nak bawa balik rumah. time-time macam ni la komik shin chan tak boleh nak habis baca dalam masa 10 minit. tu pun baru je baca setengah page. komik gempak starz masih dalam bungkusan plastik.

selama beberapa hari buku menguasai katil, akhirnya dapat juga i menelentangkan diri atas katil. buku campak atas iron board. hehe. heaven gila !

ni kali ke dua i berjaga lebih dari 24 jam. 1st, masa subject common law. sekarang pula sebab subject taxation. tsk~ tapi kali ni rasa betul-betul tak bermaya. maybe sebab berjaga sorang-sorang dan tak makan.

eyes beg sangat mengancam. sampaikan semua orang tegur. lepas dah submit assignment terus bantai tidur. bangun. makan. tidur. terjaga. tidur.

lepas ni tidur dengan note pula. sebab midterm exam just around the corner. masa untuk bergoyang kaki sambil baca komik belum tiba sebab ada dua assignment lagi kena settlekan.

tsk!

April 17, 2010

ayah ke China. kat mana ada jual takoyaki area kl?



malam 15 april 2010, ayah bertolak dari Changi airport ke China. tak tau pula flight ayah berlepas pukul berapa. sempat text ayah petang tu sebelum ayah masuk Singapore. pesanan penaja dah di beritahu 3 hari sebelum bertolak. hehe.

sekarang dah hari ke dua ayah tak ada dekat rumah. ayah akan berada di China selama 10 hari. bukan bersuka ria ya. tapi untuk bermain layang-layang. peewitt~ baru i tau ayah i terror main layang-layang. festival layang-layang tahun ni rasanya ART johan kategori antara company kot.

ibu suruh call dia.

w- ibu, ayah tak ada ni tak rindu ke? ngehehe *sambil gelak dengki.
i- tak punnn. *kental je jawab
i- tapi takut sikit la duduk rumah ni kalau ayah tak ada. ada anak lelaki pun tak gagah. hahaha!


hehehe. nak buat macam mana bu. anak jantan ibu semuanya stock badan kalau boleh nak kasi nampak tulang rusuk. si abang, nak gemok-gemok, tak gemok juga. puas la cuba itu ini. si aizam, rasa badan naik sikit je mula la tak makan. terus ke treadmill. shuffle. bola. main kejar-kejar. si adik pula, ermmm. kecik lagi. tak termasuk dalam senarai. berat pun baru 21kg je agaknya.


rafif of rafif! rindu atuk tak? atuk dah pesan kat mummy suruh jaga rafif elok-elok. kalau mummy buli rafif, bagitau ea. next week makcik pergi wrestling mummy.

mummy rafif mengidam takoyaki. mana nak cari makanan tepung bulat-bulat ni dekat area subang @ kl ek? tuari pernah nampak orang makan dekat mid valley. tapi tak jumpa kedai nya kat mana. tsk. sesiapa yang tau, sila tinggalkan info ye. nak elakkan baby tu asyik keluar air liur je nanti. haha. alasan !

April 15, 2010

words

if u ♥ or a fans of KAMI movie, of course you will alert and saw a situation where the Manager holding a mug with a message - "QUALITY ONLY HAPPENS WHEN YOU CARE TO DO YOUR BEST"

if you have Buku Untuk Filem, KAMI, it is on page 67. ehem ! fans memang macam ni. ;)

Today, my group went to see our lecturer personally. This is because we are still blur with appropriate topic for our research project. so pity. i'm so sorry girls. i'm such a slow leader.

suddenly, i saw a blue mug on the table. with a message !

"TODAY'S DREAM IS TOMORROW'S REALITY"

ok. otak i dah macam di recharge dengan semangat-semangat baru. mari menyiapkan assignment tertunggak.

thanks, words.

April 14, 2010

puisi pertama

i dapat puisi ni tahun 2007. dan sekarang, penulis dah pun berkahwin. maafkan saya IL sebab tak dapat nak terima cinta awak masa tu. mungkin sebab kita di negara yang berbeza. semua yang berlaku ada hikmahnya. saya doakan semoga jualan hasil penulisan buku awak sangat laris di sana ya. terima kasih untuk puisi ini. sampai ketemu. :)


BIRU

For: afee

Walau kesunyian dan mimpi jadi batas

Aku terus menggapai langit biru

Dan ceburkan jiwa dalam biru laut

Hingga kutemui kilau bintang biru

Yang pancarkan cahaya megah

Sebagai karya mulia maha

Tapi

Terlalu indah diimpikan sang pemuja

Yang tengadah menatap langit

Dengan setetes harap

‘tuk jauh melangkah menginjak kahyangan

Dan meninggalkan jejak tapak hina

Malaikat pun ‘kan menolak dengan mimpi biru ini

I L

April 13, 2010

happy 21st birthday, Nur' Arina Atiqah




happy 21st birthday Nur' Arina Atiqah.

sorry ein sebab tak dapat nak celebrate birthday kau. kau pun jauh nun di utara. nanti bila masing-masing dah balik jb, kita celebrate ya nyah. auwww~

selama 6 tahun kita berkawan, kongsi makan minum, tolong basuh baju (itu kau je la. aku tak. hehe), gelak, menangis, main, kentut, bergayut, dan semua-semua yang kita buat sama-sama hendaknya berkekalan.

ein, dengan bertambahnya satu lagi angka dalam hidup kau, aku doakan makin bertambah lah rezeki kau & kebahagiaan untuk diri kau. aku doakan kau akan jadi lecture bila dah banyak pengalaman yang kau timba. bila dah jadi lecture, aku harap kau dapat ajar anak lecture kau yang sekarang ni banyak menyusahkan kau time semestar akhir ni. hahaha! aku memang suka ajar kau benda-benda "baik" ni semua.

lagi satu pesanan aku, lepas habis study, tak payah la nak berpolis polisan ya? masuk pandu puteri pula. tak pun puteri umno. baru lah suara tak macam bro lagi. ein, aku doakan kau dapat merasa apa itu CINTA dengan umur kau yang baru ni. tak kan la asyik nak bercinta dengan aku je kan? hehe.

mari bertukar menjadi gadis sejati, sayang ! ♥

April 11, 2010

ayat sangat gula

tsk!

sekarang ni, telinga i selalu di sajikan dengan ayat-ayat gula. banyak gula tu sebanyak gula-gula free yang i dapat masa beli pendrive 8GB. ada macam-macam jenis seperti bubble gum, sugus, kopiko, hacks, belo & etc.

contoh ayat bubble gum-
"i sayang u sorang je. u ni, i tak ada apa-apa lah dengan dia. betul. i sayang u sorang je. nak kiss."

dan ayat ni akan di guna pakai untuk orang lain. serupa. sebiji. sedebik. kenapa bubble gum? sebab u akan buat bubble, kasi orang A tengok, lepas tu u chewing lagi, buat bubble, kasi orang B pula tengok. bezanya bila "ayat" tu u dengar, "bubble" tu kena la tengok.

duh! awal pagi tadi mesti dah termakan gula. kalau cakap macam ni dekat budak yang baru-baru nak berjinak dengan cinta, confirm dia buta tuli je percaya. menikmati saja rasa gula yang u taburkan. manis. sedap sedap. tua nanti kena kencing manis.

ibu pesan minum sunquick tanpa gula masa sarapan. makanya, gue ngak bisa membina ayat manis. ayat masam-masam boleh ngak?

April 09, 2010

hari ni otak tak center

tadi temankan Linda makan dekat restoran nusasa, Nilai. tom yam poktaek masin gila. naik darah tinggi i.

ontheway nak ke Nilai, dua kali i rasa macam nak gugur jantung ni. 1st, masa dalam kereta, Linda cakap, "eh polis!". "hah? mana? mana?". berderau darah sebab tak pakai seat belt lagi. pandai kawan i bergurau. gila tak takut sebab kawasan kolej tu boleh tahan polis cari makan.

2nd, masa jalan dekat area batang benar. dekat situ ada warung tepi jalan. tiba-tiba, i nampak ada sorang lelaki ni, pegang something yang panjang macam besi, lepas tu berlari macam nak ke arah kereta kami yang tengah bergerak ni. disebabkan lelaki tu sebelah kiri i, ofcourse la i takut. rasa macam dia nak pecahkan cermin kereta.

"ya Allah". terus urut dada. i toleh belakang, lelaki tu pergi seberang, arah semak tepi jalan. kalau lah time tu tiba-tiba kena heart attack, confirm esok tak payah pergi kelas taxation. lol.

lagi satu, i rasa fikiran i ni bukan dalam otak. dia dah pergi main jauh-jauh. ada ke, masa dekat kedai, i beli coke. sampai dekat cashier, i letak la barang atas desk. i tengok cashier berdua tu pelik je tengok i.

"astaghfirullah al azim". i salah letak. i pergi letak purse rupanya. nasib baik tak ramai orang, so cuma cashier berdua tu je la yang gelakkan i. huhu. malu malu. keluar kedai tersenyum senyum sendiri.

April 07, 2010

ice room




black & white sesame snow ice. bila cair & digaul, jadi warna kelabu.

ni bukan black. ni grey. tsssk!

ok la. lagi untung masak sendiri dekat rumah.

tea pot ni comel gila. terasa nak bawa balik je.

plan nya nak pergi cari McD drive-thru dekat Nilai. excited gila bila dah nampak cahaya dari restoran McD lepas dah masuk jalan-jalan yang tak pernah lalu. bila dah depan McD tu, rupanya McD yang sama laaa. McD dekat Nilai ada 1 je. hampa gila. so, Linda & me decide nak try makanan dekat ice room.

ok la. best juga lepak sini. total untuk 4 jenis makanan, RM30++. tak ada langsung menu yang berkaitan Chocolate. hampa gila. =.=

McD tetap beli. untuk santapan esok harinya. itu perkara biasa, beli hari ni, esok baru makan.


windows 7 ultimate menyusahkan ke?

it's 4:12am right now. i can't sleep. maybe sebab petang tadi tertidur. TER, bukan sengaja. hari ni kelas research project 3 jam. for that 3hours class, we need to do our assignment in class. tsssk~

bukan tak suka. cuma laptop sekarang ni tak ada driver wireless lepas dah kena format. tssskk~
agak tension. 200% tensionnya.

susah juga windows 7 ultimate ni kan. dah macam-macam driver cuba pakai untuk Acer 4736G ni. tapi tak ada satu yang ngam! sebab driver yang satu ni, assignment semua stuck!

arrrrgggghhhhhh!!!

perlu ke tukar pakai vista??

arrrrgggghhhh!!!! tak nak!!!!!!

kalau terpaksa tukar? kena format balik? arrrghhhhh!!!! banyak benda lagi yang kena install.

*menangis dalam hati =.=

April 05, 2010

rafif


lokasi: IKEA

rafif, makcik rindu gila kat kamu. jangan nakal-nakal tau. rafif kan dah nak jadi abang.

♥ u lah !
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...