June 26, 2009

Mari mengamalkan surah ini

dalam dunia nie, pencuri pun dinobatkan sebagai salah satu pekerjaan. tapi kita sebagai orang yang mungkin rumahnya akan di masuki pencuri mesti rasa risau yang teramat. ini ada satu surah yang insyaALLAH boleh menghindarkan rumah kita dari dimasuki pencuri.

satu baris ayat dari surah Yassin yang kita mungkin kita tak tahu penggunaannya, akan aku rungkaikannya disini.

mood: ustazah sekejap.

1st
dimulakan dengan membaca surah Al-fatihah.

2nd
diikuti dengan surah Yassin. semasa ayat yang ke-9, kamu hendaklah mengulanginya sebanyak 7 kali dan dibacakan dihadapan botol yang berisi air. selepas cukup 7 kali, sambung bacaan Yassin itu.

3rd
air bacaan Yassin tadi tu hendaklah disemburkan di setiap 4 penjuru rumah. kalau ada tingkat atas pun buat sekali.

InsyaALLAH, dengan izinNYA, rumah kita akan dilindungi dari mereka yang mencari sumber pendapatan sebagai pencuri yang berjaya.

oh! ya. kalau agak keberatan untuk buat semua di atas, kamu juga boleh membaca ayat Qursi sebanyak 7 kali sebelum tidur. mudah kan? cuma rajin dan malas kita je menentukan segalanya. renung-renungkan, dan selamat beramal!


*ada jiran pernah buat benda tu semua dan akhirnya, semua deret rumah dia dah dimasuki pencuri kecuali rumah dia. baguskan?

**rumah aku dulu pon nyaris pencuri masuk sebab pencuri tu pandai dia pergi tinggalkan parang karat dia tu, lock pintu pon dah terbuka. tapi, dia tak dapat nak masuk sebab tong air besar ada belakang pintu. hihi.

Menganjing!

Alhamdulillah. aku dah lepas QTI dan layak untuk di uji oleh JPJ hari khamis minggu depan. agak gugup bila aku orang pertama untuk QTI tadi. walaupun ada salah-salah sikit siap tak ingat jalan lagi tu, aku still lulus. hehe. TQ ye En. Din yang comel.


nie hah. sedikit ulasan untuk mamat Pajero yang 'mengajing' aku tadi. kau tak payah nak tunjuk bagus la. entah-entah kau tu reti bawa kereta auto je. entah-entah kereta yang kau bawa tu kereta company. huh! kalau aku dah dapat lesen nanti, jom la drift! kereta aku tadi tak temati pun ok. kau buat gaya macam tu mesti kau teringat masa zaman kau ambil lesen kereta kau tersengguk-sengguk lepas tu mati kan? haha! ermm. ngek!

June 23, 2009

Stock Y.B





sekarang nie aku rasa sangat teruja nak balik JB, jumpa stock younger brothers (Y.B) yang aku simpan dekat rumah tu. hihi. korang, yoq dating! tapi masing-masing simpan duit belanja sekolah dulu baru kita pergi taw. lalala~


*gambar last agak selebet. penat layan itu pendek.

**semua gambar stock dulu-dulu.

June 21, 2009

Selamat Hari Bapa

"ok ayah, malam nanti wie deal balik"
"ok ok, bye"
"bye. . ayah! ayah!"

--ayah dah letak phone--

call balik tak dapat. rupanya ayah call semula.

"hah, ada apa?"
"wie lupa nak wish Selamat Hari Ayah. hehe."
"haha! tu la. memang tinggal kau sorang je yang belum wish. akak kau semua dah wish."
"elleh, rai tuh dia wish awal sebab dia takut nanti dia tak ada kredit.hehe."
"haha! ok ok. thankz ya."
"hehe. urwelcome. bye ayah"
"bye. bye."

Selamat Hari Bapa ye pak Ramlee


hehe. niat hati sebenarnya tak nak wish. sebab pagi-pagi lagi dah sebal dengan ayah. yela, semalam aku tak boleh nak tidur. pukul 3 baru boleh tidur. lepas tu tadi pagi pukul 8 lebih ayah call, tanya pasal buat lesen tu berapa jam. aku nie tengah mamai-mamai, aku cakap aku lupa. lepas tu kena sergah.


"baru buat tak kan dah lupa!"
"hah? 3 jam 3 jam. 3 jam teori, 3 jam prektikel"
"kau tidur lagi eh?! apa nie dah pagi pun belum bangun!"
"hurmmmm." *mata still tutup ok.


aku bangun pukul 12 tengahari. yeay! matahari dah mencanak atas kepala. call ayah tadi pun sebab kawan aku, Raja Hakim minta sponser dari ayah aku untuk tournament softball kebangsaan. oh ya! kalau macam tu cuti nie aku mesti pergi UiTM Skudai. tengok tournament softball sangat best. ngak sabar nie sihhhhh!!


*kalau ayah dapat projek cetak buku untuk tournament nie, boleh la aku minta commission. hehe. ^-^

June 19, 2009

MMS Speak UP Malaysia

Anda rasa Malaysia perlukan perubahan??

Anda rasa pendapat anda boleh mengubahnya??


Sudah tentu boleh!

Contest ini dianjurkan oleh DiGi dengan kerjasama Nuffnang. Untuk menjadikan Malaysia lebih membangun dan maju ke hadapan, marilah ramai-ramai menghantarkan MMS anda ke 016 6029 788.



Caranya mudah saja:


1. Snap apa-apa saja gambar yang anda rasa boleh membuatkan Malaysia lagi bagus, maju dan apa-apa saja lah. Lepas tu jangan lupa letak caption anda!


2. Kongsi gambar anda beserta caption yang cam best tu dengan MMS ke 016 6029 788 beserta dengan nama anda dan lokasi. Contoh, Nur Afeeqa, JB


3. Dah siap! Sekarang anda dalam proses untuk Menang hadiah-hadiah yang hebat.




Gambar kat atas nie di Snap di kawasan depan kedai Seven Elevan dekat kolej aku. Kenapa aku cakap international student punya kerja? Sebab malam tu memang aku nampak dorang lepak ramai-ramai sambil minum. Esok paginya aku tengok. . . . hamboi-hamboi. . . sesedap rasa saja nak letak botol harimau dia merata-rata. Ini boleh membuatkan parents untuk new students yang sedang membuat tinjaun di kolej aku nie fikir social life kat kolej aku nie teruk. Aku rasa kawasan private college yang lain pun mesti macam nie juga kan. Mungkin. Aku teka saja. oh! dorang suka drift kat selekoh jalan belakang blok hostel aku nie juga.


Ok. Nie hadiah-hadiah yang hebat tu.

Prizes

Nuffnangers Pride Category

Grand Prize – RM3000 CASH
Consolation Prizes – iPod Shuffles x4

*Only eligible for Nuffnang bloggers who blog about it and on DiGi network

Early Bird Specials Category

A pair of GSC Movie Passes x100

*Only eligible for Nuffnang bloggers who blog about it, on any mobile network

Public Category

LG Cookie mobile touch phone x8

*Open to all DiGi users only


pirzes


Speak UP Now!!!

Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari laman web Nuffnang ini.

June 15, 2009

Happy 20th Birthday Chort.



Selamat Hari Lahir yang ke-20 Chort.
Moga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.
Semoga DIA memberikan kebahagiaan yang berkekalan pada mu.


Maafkan aku sebab tak wish tepat pukul 12 malam. Maafkan aku juga sebab tak dapat nak meraikannya dengan kau. Maafkan aku sebab tak dapat penuhi impian kau untuk sambut birthday dengan aku. Tapi Naem pun sudah memadai untuk menggantikan aku kan?



Chort,

Mungkin kita berdua mengong dalam meluahkan perasaan secara terus-terang. Kita cuma luahkan dalam ym je. Kita sama-sama ego. Dan aku lebih ego dari kau bila aku langsung tak nak bagitahu kau apa yang aku tak senang dengan kau. Ya, hubungan kita tidak seperti dulu. Rumah kita dah kembali pada mulanya dulu semasa ada senior yang lain.



Chort,

Aku salah. Aku minta maaf. Aku bukan sengaja tak nak luahkan rasa tu kat kau. Cuma aku fikir, bila kau dah berumur 20 tahun, mungkin itu masa yang sesuai. Tapi, bila tiba hari ini, aku rasakan itu semua tak perlu. Kau dah matang. Kau pun dah macam kakak aku. Aku rasa lagi bagus untuk aku lupakan semuanya.


Akhir sekali, maafkan aku sebab pura-pura seperti tidak mengetahui bahawa hari ini hari lahir kau. Aku sedih sebab aku tak dapat wish depan-depan kau dan tak dapat hug kau. Sekali lagi, maafkan aku Chort.


luahan rasa oleh:

wiwie

Tag 5

Heyyo! Ini tag dari Zurina.

1 . Apakah benda terakhir yang kamu beli dengan wang sendiri ?
topup Celcom RM10

2 . Apakah bende paling penting dlm hidup kamu ?
duit

3 . Dimanakah tempat impian perkahwinan kamu ?
rumah sude. yang penting jimat! haha.

4 . Berapa lama hubungan kamu berkekalan ?
paling lama masa sekolah teknik, 1 tahun ++

5 . Adakah anda sedang dilamun cinta ?
setiap masa, saat dan detik.

6 . Dimanakah restoran terakhir kamu makan malam ?
kalau makan malam, dekat D'nice. kalau lunch tadi, dekat Restoran Ros 911. hehe.

7 . Namakan buku terakhir yang kamu beli ?
komik Gempak Starz, Kemasyhuran Putera Di Balik Tabir.

8 . Apakah nama penuh kamu ?
Nur Afeeqa bte Ramlee.

9 . Kamu lebih senang dengan ayah atau mak ?
bila bab cinta dengan ibu, tang nak ngendeng beli barang dengan ayah. hihi.

10 . Namakan seseorang yang ingin kamu jumpa dalam hidup kamu buat pertama kalinya ?
Syarul Ezani bin Mohamed Ezzuddeen.

11 . Sebutkan 8 nama sahabat yang paling rapat dengan kamu .
Secara jujurnya..
1. Mohd Faizal
2. Raihana
3. Khaifa Ifwa
4. Ekram
5. Arina Atiqah
6. Zurina Kaltum
7. Nurshafiena
8. Wan Fazlinda

12 . Adakah kamu mencuci pakaian sendiri ?
tak la, pembantu rumah yang basuhkan <-----tipu je. basuh sendiri la.

13 . Tempat yang paling seronok yang kamu mahu pergi ?
semua tempat jadi seronok bila complete satu family pergi.

14 . Butirkan 5 perkara tentang orang yang tag kamu .
- dia pandai.
- dia putih + gebu.
- dia rendah. haha!
- rumah dia dekat je dari rumah aku.
- dia suka lepak kat toilet. ;p

15 . 8 perkara yang amat saya gilai ?
- muzik + movie.
- makanan.
- baju baby.
- kereta.
- camera.
- selipar.
- sport.
- tengok tv channel masak-masak. <----tengok je ok.

16 . Pelukan atau ciuman ?
dua-dua nak.

17 . 8 perkataan yang sering diucapkan ?
-haaa?
-panteq!
-ko nie kan. . .
- yewla-yewla.
- side kick baru taw.
-lapar laa. . .
- kau ngantuk tak?
- eh! kau. . . .

18 . 8 buah buku yang paling baru di baca ?
- Note-note Common Law + buku rujukan sekali.
- note-note Management Accounting.
- KAMI.
- novel Ahadiat Akashah.
- komik Gempak Starz

19 . 8 lagu yang saya boleh dengar berulang kali ?
- Nabila Huda (x-ray)
- Rossa (hey-ladies)
- Melly goeslow (bagaikan langit)
-Akim (bengang)
- MUH (putihnya lukisan)
- Nora (persimpangan dilema)
- Aizat (sahabat)
- Semua lagu Dato' Siti Nurhaliza

20 . Mari men ' TAG ' 8 orang lain .
- Yana
- Pnut
- Fared
-Edan Coba
- Abg topeq
- Tiqa
- Hajar
- Syiera

June 13, 2009

Sabtu.



Nie video eating competition yang aku 'termasuk'.


Linda,

"wie, linda balik rumah akak taw, abah dah balik, boleh ea?"
"ok linda"


Pnut,

"aku dekat seremban nie, dekat rumah aku."
"oh. ok ok."


Huhu. Semua berada disamping keluarga. Aku? Dah lama dah tak balik JB. Aku balik JB pun tunggu lepas habis exam. Tapi rai dengan ibu ada mesej, kira ok la tuh kan. Rai mesej bagitahu yang dia tak tahu nak masak apa, bila aku bagi idea terus dia chow. Hihi. Ibu kalau mesej tak ada benda lain nak tanya, mesti pasal percintaan aku. Doctor Love gitu..

Tak ada benda nak buat. No lunch sebab kedai kat dalam semua tak buka. Kalau ada pun lambat. Makanya, aku tidur saja tengahari tu dengan perut yang lapar. Qada' tidur pun ya. Bangun tengok dah petang. Perut lapar. Goreng ayam je la. Segera punya je.



*masa makan, perut aku cuma boleh masuk separuh je nasi lemak. sekali nama aku bertuah kena masuk eating competition, hamek kau habiskan satu bungkus nasi lemak. =(

June 12, 2009

Aktiviti ketika musim panas



Heee. Lencun bukan sebab kencing malam ye. Lencun sebab aku gatal pergi mandi sungai. Hujung minggu yang sangat membosankan dan panas, aku, Saadah & Kak Wa plan pergi mandi-manda. So, dorang decide nak pergi mandi dekat Sungai Tekala. Tekala nie dekat Hulu Langat. Jalan nak masuk pergi tempat nie memang sunyi. Masa pergi tu memang aku tak rasa sebab aku tidur. Buka mata je tengok dah sampai. Syukur! Syukur!





Aku pulang dengan darah beku di jari. Kaki jalan dalam sungai agak macam baby, so ada tergelincir sikit, kena pula dekat batu tajam. Sedaaaaaap!


Last snap! Selamat tinggal Sungai Tekala.


*nak masuk bayar RM1.

**perasan ada budak lelaki hala camera phone dia dekat kitorang. bukan nak kata perasan, tapi dah memang 'terperasan' flash camera dia menuju ke kitorang. haha! tak teror lah lu mat.

***aku ada sindrom masuk kereta terus tidur.



Darah beku tak hilang lagi, tapi dah pergi terjah sungai lain pula. Tak tahu la sungai ke apa, tapi nama dia Jeram Toi (AF6). Hahaha! Plan asal, lepas mandi terus pergi class MA tapi sebab gerak lambat, wajib terus membuang masa merendamkan diri dalam air yang sangat sejuk.



Nak pergi Jeram Toi nie kena naik bukit turun bukit. Terletak dalam kawasan kampung rasanya. Tapi hutan pun ada gak. Sunyi. Seram pun ada juga, kalau malam lah kot.


oh! Walaupun dalam hutan, line DiGi ada ok. Sila lihat, ada 2 orang maskot DiGi temankan aku pergi Jeram Toi nie. Heeeee. *line DiGi tak ada pun sebenarnya.


Air terjun nie sangat deras. Kalau seluar korang longgar, memang tadah nasib untuk seluar tercabut je la.


oh! Astro tu sangat best. Macam-macam ada. Rancangan Astro dapat hokey dalam hutan nie.


DiGi Malaysia

DiGi Afrika. Sebab baju dia dah bertukar menjadi hitam. Baru aku tahu Jeram Toi nie dekat Afrika. Hihi. Jangan marah ye mumy and dady.


Time nie maskot DiGi berebut-berebut nak menghulurkan talian yang bagus untuk aku.


Masih boleh tahan. Aku masih boleh maintain cool.


Bila bersama kekasih, anda tidak akan berasa sejuk. Bila anda berseorangan, anda akan menjadi seperti aku. Sangat sejuk hokey!




Hobi dorang memang membuli aku hokey.


Pnut sarung baju bf dia, sebab baju dia jarang. Wuuuuuu! Seksi-seksi. Haha!


Budak kecik. Tak syok tengok.


Budak besar. Waaaah! cuci mata aku. hahaha!


Nampak tak budak berdua nie. Aku amat tak percaya dengan mereka. Tiba-tiba datang then nak lepak dekat tempat batu yang kitorang letak baramg kitorang. Sampai nak baring-baring lagi. Sebelum apa-apa terjadi, aku terus bangun pergi tempat yang kitorang letak barang tu. Tangan aku memang ada batu 3 segi sebab tadi main-main dengan batu tu. Dalam hati aku, kalau kau capai barang kitorang, kepala kau darah kena batu aku nie, aku tak peduli. Walau pun ilmu taekwando aku cuma paras tendang sisi je lepas tu terus tak sambung-sambung belajar lagi, aku tetap akan mempertahankan diri aku.


Family nie masih sanggup mendaki tangga untuk mendapatkan sumber air yang segar. Kami enggak sanggup! Udah capeq!


oh! Kemalangan tidak berbau (malang tak berbau lar). Mumy adalah peserta yang pertama kecundang di Jeram Toi ini apabila dia dengan bijaknya memijak batu yang sudah jelas curamnya. Sakit mumy tak lama, sebab dady kan ada. Hihi. Diikuti dengan anak solehah, Along telah melakukan kesilapan yang sama dengan memijak batu yang sama juga dengan adegan yang memilukan telah terjadi ke atas punggungnya dan berdarah di tangan. 2x hokeh Along aku nie gedebak gedebuk dengan batu tu, Sebab tu lah dia muram. Terus dia tak nak mandi. Kesiannn. Aku pula cuma kulit terkopek sikit je sebab tergeser dengan batu.


*masuk dalam kereta, semua tidur. terpaksa la dady drive sorang-sorang.

**bila kami berempat, watak kami berubah. Wan (dady), Pnut ( mumy), Linda (along), Aku (adik).

***entri nie dah lama dalam draft. baru sekarang sempat post.

Room service.

Room service! Knock! Knock! Knock!

Eeeyuw! Siapa lah gerangan manusia yang amat ganas tidur atas katil nie? oh! dia tak ganas, cuma cadar tu yang kecik sikit, sebab tu dia mudah tercabut.


Wajib ada ye benda-benda di bawah katil. Kalau tidak ianya tidak sempurna. Kebiasaannya semua makanan yang sudah habis, sedang-sedang nak habis atau air yang dielakkan daripada tersepak.


Di sudut yang lain, snacks dari hamper yang kitorang menang quiz Marketing Intelligence amat la tak dihiraukan. Ater kitorang sibuk menyiapkan assignment Management Accounting. Kalau mama tawu mesti dia kecewa sebab penat-penat dia pack hamper tu, kitorang buka terus tolak ke tepi je semua snacks tu. Heeeee.


Bawah meja pula, serpihan-serpihan belon yang sudah meletup kelihatan belum bersapu. Pepsi Twist yang Wan beli masa birthday Linda baru habis malam tadi. Dalam cawan tu masih tinggal lagi sikit. Mungkin Pnut sayang nak habiskan sebab bf dia yang beli air tu kan. Hehe.


oh! Sahabat aku berdua nie memang suka sedekah makanan pada semut. Mereka amat bermurah hati untuk menyumbang makanan kepada si semut 'api'. Kalau semut biasa aku ok la lagi. Tapi belum sempat semut membuka selera dengan lolipop yang dapat dari hamper juga nie, aku dah angkut letak dalam ice-box.


Lagi satu sudut yang perlu di tinjau apabila ingin mengemas bilik. Jendela yang mengadap blok pelajar Nigel juga tempat istimewa untuk meletakkan sesuatu barang. Biasanya air tin, botol KungFu Panda kesayangan aku & cawan-cawan. Setakat nie belum try letak pinggan lagi. Heeee.


Waaaaaa! aku baru perasan yang dalam box cenderahati masa class party tu cuma tinggal gula-gula sebiji je. Bubblegum yang dalam kotak, harga cuma 10 sen (harga dulu la. sekarang tak tahu.) tu pun dah kena rembat. Dah lama tak makan plus jumpa bubblegum tu kat mana-mana kedai. So, niat hati baru nak try menikmati rasa bubblegum perisa anggur tu masih macam dulu lagi atau tak. Suspek utama dalam kes ini, Linda!!!!


Settle semuanya, dengan rakusnya pergi dapur isi air panas dalam maggi nie. Perisa Ayam Cendawan yang kadang-kadang terasa macam gigit halia. Upss! Kalau lepas nie aku terkentut-kentut harap maaf ya teddy bear. Memang kau lah sasaran panahan pelepasan angin yang berkualiti itu. Hehe. Kita kan duduk berdua je dalam bilik nie, makanya, apa-apa pun hanya kau je yang tahu. Heeeee.


* ini semua situasi bilik selepas siap satu assignment.

**nasib baik ibu jenis tak layan internet. kalau dia jumpa blog aku dan baca entri nie, mesti dia rasa cam gampang je sebab aku rajin kemas bilik hostel dari kemas bilik dekat JB. Anak jantan ibu selalu buat sepah, tuh yang malas tuh.

***psssst! tadi kitorang submit assignment dengan tak menyempat nak mandi. hihi. tapi lalat tak ada follow ok.

June 10, 2009

Selamat Ulang Tahun yg ke-20, Bullat!!!

Mumy dan daddy sedang cari party cap untuk anak-anak mereka. Yeay!


Buka lampu.


Tutup lampu.


Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan Linda comel, Allah selamatkan kamu. . . . Yeaah! *clap2! Preeet! Preeeet! Preeet! Pom! Pang! Pom! ok, itu je sound yang ada pada malam 10 Jun 2009. Heeee. :)

Kitorang decide beli kek ice-cream coklat. Malam tu makan, malam tu juga habis. Hihi. Biasanya mesti kek tak habis makan kalau untuk 4 orang punya tekak. Tapi bila ada ice-cream. . . . tak sempat nak potong pakai pisau, terus sauk pakai sudu.

Linda tak kena baling tepung plus telur sebab buat dalam rumah aku kan. Nanti bersepah malas nak kemas. Makanya, kami cuma spray dia saja! Hehe. Tapi aku jadi mangsa spray oleh Pnut & Wan. Huhu. Habis rambut aku yang baru cuci nie. Tapi tak apa. Malam tadi memang syok!

Well, birthday girl memang tak akan terlepas dari kena prank. Prank for today, tiup lilin sampai semput! Haha! We used magic candle. Tiup! Tiup! Padam hidup balik, padam hidup balik. Orang semua dah gelak gila-gila nie, tapi dia tetap maintain kumpul angin dalam perut nak kasi padam gak. Dah lebih sepuluh kali kot dia cuba jaya. Bila kitorang buka kipas baru lilin tu padam tak hidup-hidup.


Saja je main lilin tu lagi. Sebenarnya masa nak cucuk semula lilin nie, aku tersalah cucuk. Aku pergi cucuk sumbu lilin tu kat kek. Heeee. Apa lagi, saya pun gelak besar dengan mereka.
*baca macam iklan pepsodent.



Nice face painting. Haha! Ups! Poster Siti. Hehe. Aku peminat tegar Siti. Macam Edan Coba. Hehe. Agnes dengan D saja je tampak sekali, malas nak potong.


Belon besar, belon kecik.

Penat tau ikat belon-belon nie semua. Tapi nasib baik aku tak payah guna angin aku sendiri untuk kasi angin masuk dalam ini belon. Nak tahu caranya???


Gunalah pam tilam angin aku nie!!! Hehe. Amat berguna untuk isi angin dekat belon ayng berkulit tebal. Belon kecik pun pakai pam juga, pam bola. Senang hidup kan? Hehe. Bijak! Bijak!
Oh! Ya! Memang aku berkhidmat untuk negara malam tu.





All the stuff yang lagi memeriahkan party malam tu. Belon asik pecah. Bingit wo telinga. Manyak kuat marr letupannya. Sampai terberak-berak cicak dalam bilik aku nie bila dengar belon meletup. Bilik aku disapu bersih oleh Linda lepas habis party. Sementara dia menyapu, kitorang terlentang kat hall. Penat marr.



Mesej untuk Bullat dari Bobot dan Baby.


Bobot: happy beday linda..semoga pnjg um0 n mrh rzeki slalu..may ALLAH bless u k..b a more bullat...sweet 20 (copy je dari Facebook. hehe.)


Baby: Lat, selamat ulang tahun sayanggggg *lagu Imran Ajmain. Hihi. Untuk yang ke berapa kali entah wie wish nie. Apa-apa pun wie hope Linda sentiasa sihat dan kuat, murah rezeki, dipanjangkan umur, dijodohkan dengan '7 tahun' dan insyaALLAH di buka pintu hati untuk berhenti tuttttt ye Lat. Hehe.


*adegan kelakar adalah masa kelam kabut nak hidupkan lilin.

**tidur tilam angin yang lembik. sorang angkat kepala, semua terjaga. haha!

***mamat-mamat bertebeng tepi longkang dekat dengan burger belakang telah mendendangkan aku lagu Wira Wirawati semasa aku membuat lintas hormat secara langsung untuk ke kedai runcit belakang. terima kasih ye anak-anak.

June 04, 2009

Welcome Home W380i

Hp sony ericsson ini sudah pulang ke pangkuan Tuannya semula!!! ;)


Aku sangat gembira, sangat teruja dan sangat-sangat yang lain. Sangat rindu hokeh dengan hp nie. Nie lah hp yang aku review dari internet lepas tu tunggu sampai la dia keluar dekat pasaran. Masa beli dekat The Gardens, kedai sony ericsson tu tak ada hp nie yang colour purple punya. Tapi aku tetap nak colour purple juga, so orang tu kena pergi mana tah ambil colour purple punya.

Tapi malangnya, baru empat bulan aku pakai, hp nie dah kena curi masa aku tengah tunggu train dekat Mid Valley. Nasib aku sungguh baik sebab masa member aku try call number aku, polis yang angkat. Polis dah tangkap pencuri tu. Hal nie berlaku 19 oktober 2008. Jangan marah kalau aku benci 19 oktober sebab aku sangat benci dengan tarikh tu. 19 oktober tak akan wujud lagi dalam kamus hidup aku.

Kes hp aku nie dah jadi kes polis. Sangat penat aku tunggu kes nie selesai. Banyak kredit aku habis semata-mata call balai polis tiap-tiap bulan sampai lah polis yang handle aku nie tukar tempat bertugas. Masa tu aku dah rasa give up. Aku terus stop untuk call balai polis lagi.

21 Mei 2009, jam 2.35 petang. Hp nokia aku vibrate. Ada miscall dan mesej. Tengok miscall number tu, tak kenal. Aku buka mesej pula.

Nur afeeqa bt ramlee. Call smula. Mgenai h.phone sony ericson. Tq

Waaaaaaaaaaaaaah! Time tu memang aku tak tahu nak cakap macam mana. On the spot aku terus call polis tu balik. Alhamdulillah, sekarang hp tu dah berada di depan mata aku setiap masa. Paling bersyukur sebab hp tu still boleh diguna lagi. Orang kata kalau benda dah jadi bahan bukti polis memang dorang tak jaga elok-elok dan mungkin akan rosak. Tapi hp aku calar pun tak. Thankz ya Inspektor Zul sebab dah tunaikan janji supaya jaga hp saya elok-elok.

Dalam kes nie, Bob yang banyak membantu aku. Dia yang selalu ulang alik pergi balai semata-mata untuk follow up kes hp aku nie. Kalau dia tak sempat, dia akan suruh member dia yang pergi check kes aku nie. Bob juga yang ambilkan hp aku dekat Balai Polis Traves. Lepas tu baru lah hp tu sampai ke tangan aku masa aku datang KLCC tuari. TQ so much Bob. Jasa mu ku kenang sampai bila-bila.




*masa pergi KLCC, Sis Anne ada bagi barang. Ole-ole dari S'pore. Thankz ya Sis!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...