Heee. Lencun bukan sebab kencing malam ye. Lencun sebab aku gatal pergi mandi sungai. Hujung minggu yang sangat membosankan dan panas, aku, Saadah & Kak Wa plan pergi mandi-manda. So, dorang decide nak pergi mandi dekat Sungai Tekala. Tekala nie dekat Hulu Langat. Jalan nak masuk pergi tempat nie memang sunyi. Masa pergi tu memang aku tak rasa sebab aku tidur. Buka mata je tengok dah sampai. Syukur! Syukur!
Aku pulang dengan darah beku di jari. Kaki jalan dalam sungai agak macam baby, so ada tergelincir sikit, kena pula dekat batu tajam. Sedaaaaaap!
*nak masuk bayar RM1.
**perasan ada budak lelaki hala camera phone dia dekat kitorang. bukan nak kata perasan, tapi dah memang 'terperasan' flash camera dia menuju ke kitorang. haha! tak teror lah lu mat.
**perasan ada budak lelaki hala camera phone dia dekat kitorang. bukan nak kata perasan, tapi dah memang 'terperasan' flash camera dia menuju ke kitorang. haha! tak teror lah lu mat.
***aku ada sindrom masuk kereta terus tidur.
Darah beku tak hilang lagi, tapi dah pergi terjah sungai lain pula. Tak tahu la sungai ke apa, tapi nama dia Jeram Toi (AF6). Hahaha! Plan asal, lepas mandi terus pergi class MA tapi sebab gerak lambat, wajib terus membuang masa merendamkan diri dalam air yang sangat sejuk.
Nak pergi Jeram Toi nie kena naik bukit turun bukit. Terletak dalam kawasan kampung rasanya. Tapi hutan pun ada gak. Sunyi. Seram pun ada juga, kalau malam lah kot.
oh! Walaupun dalam hutan, line DiGi ada ok. Sila lihat, ada 2 orang maskot DiGi temankan aku pergi Jeram Toi nie. Heeeee. *line DiGi tak ada pun sebenarnya.
Air terjun nie sangat deras. Kalau seluar korang longgar, memang tadah nasib untuk seluar tercabut je la.
DiGi Afrika. Sebab baju dia dah bertukar menjadi hitam. Baru aku tahu Jeram Toi nie dekat Afrika. Hihi. Jangan marah ye mumy and dady.
Bila bersama kekasih, anda tidak akan berasa sejuk. Bila anda berseorangan, anda akan menjadi seperti aku. Sangat sejuk hokey!
Nampak tak budak berdua nie. Aku amat tak percaya dengan mereka. Tiba-tiba datang then nak lepak dekat tempat batu yang kitorang letak baramg kitorang. Sampai nak baring-baring lagi. Sebelum apa-apa terjadi, aku terus bangun pergi tempat yang kitorang letak barang tu. Tangan aku memang ada batu 3 segi sebab tadi main-main dengan batu tu. Dalam hati aku, kalau kau capai barang kitorang, kepala kau darah kena batu aku nie, aku tak peduli. Walau pun ilmu taekwando aku cuma paras tendang sisi je lepas tu terus tak sambung-sambung belajar lagi, aku tetap akan mempertahankan diri aku.
Family nie masih sanggup mendaki tangga untuk mendapatkan sumber air yang segar. Kami enggak sanggup! Udah capeq!
oh! Kemalangan tidak berbau (malang tak berbau lar). Mumy adalah peserta yang pertama kecundang di Jeram Toi ini apabila dia dengan bijaknya memijak batu yang sudah jelas curamnya. Sakit mumy tak lama, sebab dady kan ada. Hihi. Diikuti dengan anak solehah, Along telah melakukan kesilapan yang sama dengan memijak batu yang sama juga dengan adegan yang memilukan telah terjadi ke atas punggungnya dan berdarah di tangan. 2x hokeh Along aku nie gedebak gedebuk dengan batu tu, Sebab tu lah dia muram. Terus dia tak nak mandi. Kesiannn. Aku pula cuma kulit terkopek sikit je sebab tergeser dengan batu.
*masuk dalam kereta, semua tidur. terpaksa la dady drive sorang-sorang.
**bila kami berempat, watak kami berubah. Wan (dady), Pnut ( mumy), Linda (along), Aku (adik).
***entri nie dah lama dalam draft. baru sekarang sempat post.
*masuk dalam kereta, semua tidur. terpaksa la dady drive sorang-sorang.
**bila kami berempat, watak kami berubah. Wan (dady), Pnut ( mumy), Linda (along), Aku (adik).
***entri nie dah lama dalam draft. baru sekarang sempat post.
2 comments:
wahhh! best nya mandi air terjun! :)
best3! nnt jom kite g same2 plak ea sis. =)
Post a Comment