July 30, 2009

"dia kawan awak?".."dia bukan kawan saya, tapi sahabat saya"


kawan itu ada, tapi tak selalu di sisi bila kita memerlukan mereka. tapi sahabat sentiasa di samping kita ketika susah dan senang. kawan memang ramai, tapi sahabat sejati sangatlah susah nak cari. sahabat kita tau kondisi perasaan hati dan jantung kita dan impaknya, dia sekali akan join buat muka seperti kita.


entri ini untuk 'kawan' yang bila mana kalau aku yang kena, aku terus tak mengaku dia kawan aku. benda ini jadi depan mata aku dan aku sendiri perhatikan mereka. masa kita belajar nie, memang kita banyak persaingan. ada yang pandai dari kita, tapi ada juga yang kurang pandai dari kita. kalau kita satu group assigment atau presentation dengan orang yang bijak, mungkin kita akan rasa bersyukur sebab budak pandai tu akan fikir semuanya untuk kita. kita cuma tambah sikit-sikit je. hurmm. tapi senior yang satu course dengan kita lebih banyak idea. pergi lah tanya! *heeee.

bila tiba hari presentation.


mungkin korang tak tahu nak present apa sebab korang tak datang masa diberikan tajuk. apa salahnya hari tu juga korang sama-sama prepare apa yang patut nak di cakapkan dekat depan tu. ok. sorang kawan dah pergi tulis isi-isinya di depan. dah kira 1 kerja dah tu. lepas tu budak nie suruh kawan dia present. dengan bangganya kawan dia tak nak pergi present. siap keluar class terus. bukan sekejap, tapi sampai member dia habis present, habis class dia langsung tak ada dalam class nak bagi support ke hapa. dah pergi klcc agaknya. nasib baik rakan-rakan dalam class bagi tepukan yang gemuruh untuk naikkan semangat kawan yang present tadi tu.

aku sendiri tak tahu apa sebabnya. mungkin kawan dia yang menghilangkan diri tu tak paham satu habuk apa pun pasal benda yang di presentkan tu. hello awak! kawan awak nie pun baru belajar pasal topik tu masa dia present tau. faktor lain mungkin sebab dia tak fasih berbahasa inggeris. hello awak! lidah kita memang di lahirkan sebagai lidah melayu. tak salah kalau kita tak berapa pandai sangat dengan bahasa asing tu. straight aku cakap dekat sahabat aku, "kalau aku kena macam tu, terus aku tak mengaku dia kawan. dan jangan nak duduk sebelah aku lagi!".


tapi kawan dia cool. masa present tu pun banyak kali tarik nafas. mungkin nafas nervous dan marah dengan kawan dia tu. tak apa lah, hari nie awak present dekat depan. esok lusa dah tak kena lagi dah. kita tunggu je turn kawan awak tu present ye. kawan awak yang stay luar tu je, dia tak dapat ilmu. dia dapat angin yang mungkin bercampur dengan angin yang orang lain lepas kan. hahaha! kembong la perot. mereka yang banyak bawa aku makan angin sampai kembong adalah couple di atas. Naime & Chorte.

marah aku bersebab.


aku tak suka jenis kawan yang macam tu sebab itu baru masalah kecik, tapi dia langsung tak tolong. habis kalau kita adalah masalah besar yang mungkin melibatkan nyawa contohnya, siapa kawan kita yang at least sanggup hulurkan bahu untuk kita menangis nanti? siapa? sedangkan hal kecik dia dah melarikan diri, apatah lagi hal besar. sebesar gajah mungkin. nasib aku baik, sebab ada kawan yang boleh kasi pinjam tudung time class agama. hehe.


walau pun sahabat aku di kolej nie ketinggian mereka mungkin sikit lagi mahu cecah telinga aku, tapi aku tak rasa yang aku akan membuli mereka. buli manja tu selalu lah! *heeee. aku tak akan lari kan diri dari masalah yang kita lalui. kalau korang sakit, aku tak akan cakap "eeeeyuuww!!", kan Pnut? kalau korang nak beralih arah pada kehidupan yang lebih sehat, aku sentiasa support, oke Linda? cuma satu je, masalah kira-kira korang selesaikan sendiri ye? terima kasih.

sekarang nie mungkin aku tak sesehat dulu. satu penyakit keturunan dah ada dalam badan aku. banyak benda dalam kehidupan aku yang perlu aku kawal sekarang nie. walau aku lebih muda dari korang, sakit dulu dari korang, tapi kesan penuaan korang lalui dulu ye? :)

akhir kata dari aku, hargailah kawan anda sebelum terlambat.

i ♥ my friends.

* aku sedang meneka sama ada mereka juga menganggap aku seperti sahabat atau tidak. :-?
** nie baru sahabat di kolej, sahabat masa sekolah lain kali punya story. :)

July 29, 2009

Aku mahu anak.

bila aku sorang-sorang dekat rumah, mesti aku fikir, " kan best kalau ada anak ". mungkin sepasang! lelaki perempuan. umur antara 2 hingga 3 tahun. wah! bahagia hidup. melayan kerenah dorang yang nak itu ini. menangis sebab rebutkan permainan. lepas kenyang terus tidur.

nampak macam leceh. tapi hidup aku tak kan sunyi bila ada dorang sebab time tu mulut dorang adalah sangat kepoh. pelat pula tu! dorang pula mesti follow ke mana saja aku pergi. so, setiap masa aku rasa ada teman di sisi.

aku pernah fikir. nanti bila aku dah kerja, dan kalau mampu, aku nak ambil anak angkat. itu pun kalau aku lambat kahwin. *boleh sayang? sebabnya aku suka budak kecik. nanti kalau aku ada anak, nak bawa dorang pergi shopping. baju pula semua kecik-kecik. comel je. senang nak lipat.

hurmm. umur aku 20 pun belum masuk lagi. dah nak fikir pasal anak bagai. ups! oh! ibu! anak ibu nie dah matang sebenarnya. haha! walaupun masa cuti tuari terserempak dengan ex-cikgu aku, then dia cakap aku nie memang nampak manja sikit kalau nak di bandingkan dengan kakak aku. oh! cikgu ku sayang. saya dah boleh jadi mama pada anak kakak saya tau.

anak kakak aku? oh God! dah tak payah nak ambil anak angkat. aku sebenarnya bakal jadi mama pada anak kakak aku. pssst! jangan panggil makcik tau sayang, tak class gitu! haha! nanti kalau kita pergi shopping, kita jalan kat depan, biar mummy dengan daddy jalan berdua kat belakang.

masa aku tengah fikir-fikir pasal anak, tiba-tiba Tesco bagi mesej harga barang dia. yang buat aku gelak sebab ada senarai harga pampers! macam tahu-tahu je.

* pengsan agaknya ayah aku dengar kalau aku nak anak sekarang nie.

July 28, 2009

Tag 6

RULES:


1. Put your iTunes, Windows Media Player, etc. on shuffle.
2. For each question, press the next button to get your answer.
3. YOU MUST WRITE THAT SONG NAME DOWN NO MATTER HOW SILLY IT SOUNDS.
4. Tag 10 friends.
5. Everyone tagged has to do the same thing.
6. Have Fun!


IF SOMEONE SAYS 'ARE YOU OKAY' YOU SAY?
I remember - mocca


HOW WOULD YOU DESCRIBE YOURSELF?
sahabat - aizat


WHAT DO YOU LIKE IN A GUY/GIRL?

x-ray - nabila huda

( sebab tu aku pilih bf aku nie. haha! )

HOW DO YOU FEEL TODAY?
hey ladies - rossa

(today is ladies day for watching movie.)


WHAT IS YOUR LIFE'S PURPOSE?
love bug - jonas brothers

( wow! )

WHAT'S YOUR MOTTO?
if i were a boy - beyonce

(mahu rasa juga kalau boleh)

WHAT DO YOUR FRIENDS THINK OF YOU?
kantoi - zee avi

(korang kot yang kantoi nanti.)

WHAT DO YOUR PARENTS THINK OF YOU?
resah - nitrus

(memang tengah resah pun nie.)

WHAT DO YOU THINK ABOUT VERY OFTEN?
i think i'm in love - mocca

(tu perkara wajib. hehe.)

WHAT DO YOU THINK OF YOUR BEST FRIEND?
bitter heart - zee avi


WHAT IS YOUR LIFE STORY?
milk in a bottle - meet uncle hussein

(teringat zaman minum milo dalam botol. best!)


WHAT DO YOU WANT TO BE WHEN YOU GROW UP?
you are not alone - michael jackson

(i wanna have a big happy family)


WHAT DO YOU THINK WHEN YOU SEE THE PERSON YOU LIKE?
therru no uta - (cartoon sound track)

(maksud dia, aku nak muntah. :P )

WHAT WILL YOU DANCE TO AT YOUR WEDDING?

pergi - aizat

(blah dulu la jawabnya. haha!)

WHAT WILL THEY PLAY AT YOUR FUNERAL?
kau aku - aizat

(tu maknanya kubur lain-lain)


WHAT IS YOUR HOBBY/INTEREST?

putihnya lukisan - meet uncle hussein

(kalau potret tu, muka ella je yang jadi)

WHAT IS YOUR BIGGEST FEAR?
bengang - akim af7

(betul3! :P )

WHAT IS YOUR BIGGEST SECRET?
sahabat - aizat

(it's true)

WHAT DO YOU WANT RIGHT NOW?

i am me once more - zee avi

WHAT DO YOU THINK OF YOUR FRIENDS?

kekasih yang tak di anggap - kertas

(haha! ngek!)

WHAT WILL YOU POST THIS AS?
i'm yours - jason mraz

(haha! great!)

*nak tag *

pnut

yana

hajar

khairul

kak putri

tiqa

syiera

qodoq

izwan omar

nysa

July 26, 2009

Tiada ganti bagi dirinya.

pernah korang tengok dalam filem lain, orang bergayut dekat telefon sambil baring atas lantai? berkemban dalam rumah sambil main kejar-kejar? tak ada. tapi dalam Sepet? iainya melambangkan cara kita yang sebenar.

cerita nie juga mengingatkan aku cinta sewaktu sekolah rendah, jiran yang kepoh, suka jaga tepi kain orang lain dan budak kecik yang iri hati dengan kita. yang paling best, sofa kena tarik. macam yang selalu 'court maut' buat. *heeee.

aku suka scene masa dekat hospital. aku cuba bayangkan betapa paniknya aku kalau ayah sakit. dan kita akan tahu kenapa lelaki suka stay hospital lama-lama. *heeee.

talentime. movie ini, aku belum tengok. sama seperti Rabun. Mualaf pun tak dapat tengok sebab dia cuma tayangkan di singapore.

Yasmin Ahmad, pengarah berbakat yang bukan memfilemkan cerita yang tiada erti. kita boleh membilang dengan jari movie arahan beliau, tapi makna dalam penceritaan beliau? sangat bermakna oke.

dia lain. dia kreatif. dia istimewa.

tapi dia sudah pergi. Allah lebih sayangkan dia. tapi lepas dia pergi, banyak cerita yang keluar pasal dia. dan aku ada buka satu blog nie, cakap pasal Yasmin Ahmad nie khunsa, dan ada sorang anony nie bagi komen tak nak macam gampang pula kan. hey anony, kau tak ada hak nak tentukan seksaan orang lain dalam kubur tau. Mungkin betul dia khunsa sebab dari biodata yang aku baca dekat blog Edan, dia dulu belajar di Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Bahru @ englisg college (EC). disebabkan ayah aku dulu ex-student EC dan beza umur mereka cuma 3 tahun, aku terus tanya dekat ayah sama ada ayah kenal dia ke tak. ayah cakap, mungkin kenal. dia memang lembut sikit. tapi dia tukar jantina dengan cara yang betul. tak payah la nak berbangkitkan semula hal nie. korang yang mengata, lagi yang menuduh dia bukan-bukan, dosa korang la yang makin bertambah.

choiiiii la!


* Al-fatihah untuk Yasmin Ahmad. semoga rohnya aman sentiasa. aminnn.....
** tekejut dengan status mereka di FB yang mengatakan Yasmin Ahmad sudah meninggal dunia sedangkan masa tu dia baru di ICU.

July 25, 2009

Eeeeee!

aku benci!
aku geram!
aku sedih!

aku mahukan kehidupan zaman kanak-kanak aku semula!

i wish it's come true. . . . . . . .

July 22, 2009

Lalok.

badan rasa tak sihat lagi. tapi aku try je pergi class. bangun pagi tu jenguk fridge. minum susu sikit untuk alas perut. then, terperasan susu coklat yang aku beli sebelum balik cuti sem. aku bukak. cucuk straw.

rasa.

eh? asal rasa lain nie ek? * cakap dalam hati je. tengok expired date. 03-07-2009.bulan 7. ok lagi nie. sedut lagi. memang rasa lain. letak balik dalam fridge. nak kasi saadah rasa. petang tu. masa kat dapur bagitahu saadah pasal air tu.

"kau cuba rasa air nie. rasa dia lain macam. dia expired bulan 7 taw"....... * blur

hah? aku tengok balik tarikh expired dia.

"sekarang dah bulan 7. berapa hari bulan ek dah?"

kesimpulannya. . . . . aku sedut je air tu sampai habis baru buang. tipu je. saadah kata, nasib baik aku nie kurang sihat, so masih boleh dimaafkan lagi. *heeee.

* bila badan tak sihat, dengan otak aku sekali tak sihat.

July 21, 2009

Hari pertama.

aku batuk-batuk.
setiap kali batuk, dada dengan tekak mesti pedih.
setiap kali batuk juga aku pergi tandas untuk buang kahak.
dari warna hijau sampai la bertukar menjadi kuning.
eeeyuww!
geli-geli.

bangun pagi.
aku decide tak pergi class.
suara dah jadi kecik.
hari pertama untuk semestar kali nie.
aku harap lepas nie aku sehat.
supaya aku boleh datang class dengan gembira.


* jangan kamu cuba-cuba nak minum air paip!
** sedih betul sebab kena marah takut nak makan ubat batuk. -.-

July 20, 2009

Shout! Awards 2009



Henry &&& . . . . . *heeee






Joe Flizzow

Bunkface

Marion Caunter (Winner for Hot Chick Award) & Jien

Shafinaz Selamat & Paul Moss


Caprice


Upin & Ipin


couple? hahahaha!



Pop Shuvit





Marion, Jien & Sarah


Juliana Evans &&& . . . . . .

Rockstar Award - Bunkface

Ultimate Award - Bunkface

Saiful Apek & Nabil


Fresh TV Series Award - Ghost

Favourite Radio Show - Fly FM Pagi Show (Ben, Nadia & Phat Fabes)

Caprice & Rahim Maarof


Sazzy Falak & Yasmin Hani

Breakthrough Film Award - KAMI

One Buck Short



Favourite TV Program - Field Trip! USA

Shila

Nikki


Bunkface

One Nation Emcee


Best Onscreen Chemistry Award - Upin & Ipin

Afdlin Shauki & Chong Sisters

Stylo Award - Dynaz Mokhtar

aku suka mamat nie. cara dia perform rasa macam aku nak bergoyang sekali. haha! walaupun dia cuma penyanyi tambahan untuk Sean Kingston.

aku rasa dalam masa 10 20 tahun lagi, kalau Sean Kingston masih top, dia akan lebih kurus dari sekarang nie. peluh dia. . . . fuhhhh!



mereka yang berada di atas yang panas punggong nak menari sama.

itu saja untuk Shout! Awards 2009. pergi pun sebab dapat free ticket. memang banyak la dapat. tapi yang free standing punya. walaupun kena berdiri sampai 3 jam lebih dan lebih lagi, tapi puas dong! semua artis boleh tengok depan mata. yang the other side, too bad korang banyak dapat tengok punggong dorang je. hehehe!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...