July 02, 2009

JPJ? Fuhhh!

ok. mari mulakan awal Julai dengan cerita gembira. well, aku telah mengharungi lagi satu fasa dalam kehidupan yang memerlukan ujian. dan Alhamdulillah, aku berjaya dengan jayanya. gituuu. haha!

sekarang nie tak adalah otak aku sesak-sesak nak fikir pasal test JPJ sedangkan orang lain semua otak rilex saja masa cuti semestar.



seawal 0830am, aku dah berada di perkarangan Pusat Latihan Memandu Intensif di Taman Desa Rahmat. dah ramai dah orang yang tunggu dekat depan office. turn aku memang pagi. tapi bila dah bagi nombor bagai, kena buat senaman pagi dengan beralih tempat duduk satu-satu ikut angka giliran, sign sana sini, pukul 10 lebih rasanya baru turn aku di uji. aku kena kereta B, terkenal dengan JPJ muda yang bengis, tapi handsome sikit.

masa menunggu nie memang peluh nervous plus panas dah boleh penuh satu cawan. aku terpaksa di uji dengan JPJ nie bilamana orang JPJ yang kawan makcik aku tak ada datang pun. aku dapat laluan B. agaknya hari nie huruf B amat sesuai dengan aku. mentang-mentang tengah ada selsema babi, dan aku pun tengah selsema time nie, tapi tak tahu la selsema apa kan, takut nak pergi check sebab virus tu dah ada dekat JB.

jalan B.

walaupun laluan nie baru 4 kali cikgu memandu aku bawa, aku memang dari mula harap dapat jalan nie. walaupun kena lalu depan sekolah yang waktu pagi tu memang sesak, aku tak kesah. nasib baik memang aku dah biasa dengan jalan sesak depan sekolah. ehem! kantoi drive tak ada lesen kan? ihi. nasib laaaa.

test bahagian dalam.

lagi la cuak. ramai penonton yang duduk tengok kita drive. lagi memalukan bila ketua driving school aku jerit "STOP! tarik handbrake. keluar." budak 1st and 2nd je dah tak lepas. huhu. permulaan yang tak bagus. nervous gila la orang cakap. tapi ketua driving school aku ada bagi petua untuk hilangkan nervous. angkat tangan dengan, lepas tu korek hidung. dia kata kalau kita buat something, nanti kita akan lupa pasal test and nervous tu akan hilang. mungkin. huhu.

damn!

untuk ujian dalaman nie, aku dapat kereta yang teruk bagi aku. asyik mengaum je. aku tak tahu apa yang tak kenanya dengan kancil tu. dan dan terus jari harimau, bukan kancil lagi dah. untuk bukit, tayar aku sipi-sipi je masuk. terus angkat tangan, aku malas nak try lagi selagi sebab kalau tak masuk terus failed. parking ok aja. 3 penjuru pula, alhamdulillah. kereta aku tak kebelakang.

finally.

semuanya dah settle. lepas keluar dari kereta harimau yang macam sauna tu, aku rasa beban nie dah kurang. cop dengan JPJ, "anda Lulus". lepas tu ayah pick up and terus balik rumah. bial dah sampai rumah, dan dan ibu ajak pergi Giant Plentong. on! kalau polis tahan dan tanya lesen mana, aku dah sediakan dialog. jawab je, "ermm. saya baru je lepas JPJ cik. tunggu lagi seminggu saya kasi encik tengok." *buat muka tak bersalah.


*sebenarnya, masa baru je masuk kereta, then nak letak sling beg dekat belakang, tali sling beg tu tekena kepala JPJ tu. haha! "maaf cik". dalam hati, "damn! elak gagal je". tapi nasib aku lepas, 17 markah.

4 comments:

Mr. Saint said...

hahaha. dat futnot is da lawak ever.
nasib la diew kasi lulos.

kalo x ape la jadi dekat student tuh x pown dekat tali sling bag tuh..

miahahahahahha....

Afeeqa said...

hehhe. taw xpe. ble dh lulus tuh, mmg rs syukur giler. :)

klo dye mrh mst sling bag tuh dye campak luar kan? ihii.

Izzudeenz said...

bro berapa harga untuk manual ?

Izzudeenz said...

bro manual berapa harga ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...