kawan itu ada, tapi tak selalu di sisi bila kita memerlukan mereka. tapi sahabat sentiasa di samping kita ketika susah dan senang. kawan memang ramai, tapi sahabat sejati sangatlah susah nak cari. sahabat kita tau kondisi perasaan hati dan jantung kita dan impaknya, dia sekali akan join buat muka seperti kita.
entri ini untuk 'kawan' yang bila mana kalau aku yang kena, aku terus tak mengaku dia kawan aku. benda ini jadi depan mata aku dan aku sendiri perhatikan mereka. masa kita belajar nie, memang kita banyak persaingan. ada yang pandai dari kita, tapi ada juga yang kurang pandai dari kita. kalau kita satu group assigment atau presentation dengan orang yang bijak, mungkin kita akan rasa bersyukur sebab budak pandai tu akan fikir semuanya untuk kita. kita cuma tambah sikit-sikit je. hurmm. tapi senior yang satu course dengan kita lebih banyak idea. pergi lah tanya! *heeee.
bila tiba hari presentation.
mungkin korang tak tahu nak present apa sebab korang tak datang masa diberikan tajuk. apa salahnya hari tu juga korang sama-sama prepare apa yang patut nak di cakapkan dekat depan tu. ok. sorang kawan dah pergi tulis isi-isinya di depan. dah kira 1 kerja dah tu. lepas tu budak nie suruh kawan dia present. dengan bangganya kawan dia tak nak pergi present. siap keluar class terus. bukan sekejap, tapi sampai member dia habis present, habis class dia langsung tak ada dalam class nak bagi support ke hapa. dah pergi klcc agaknya. nasib baik rakan-rakan dalam class bagi tepukan yang gemuruh untuk naikkan semangat kawan yang present tadi tu.
aku sendiri tak tahu apa sebabnya. mungkin kawan dia yang menghilangkan diri tu tak paham satu habuk apa pun pasal benda yang di presentkan tu. hello awak! kawan awak nie pun baru belajar pasal topik tu masa dia present tau. faktor lain mungkin sebab dia tak fasih berbahasa inggeris. hello awak! lidah kita memang di lahirkan sebagai lidah melayu. tak salah kalau kita tak berapa pandai sangat dengan bahasa asing tu. straight aku cakap dekat sahabat aku, "kalau aku kena macam tu, terus aku tak mengaku dia kawan. dan jangan nak duduk sebelah aku lagi!".
tapi kawan dia cool. masa present tu pun banyak kali tarik nafas. mungkin nafas nervous dan marah dengan kawan dia tu. tak apa lah, hari nie awak present dekat depan. esok lusa dah tak kena lagi dah. kita tunggu je turn kawan awak tu present ye. kawan awak yang stay luar tu je, dia tak dapat ilmu. dia dapat angin yang mungkin bercampur dengan angin yang orang lain lepas kan. hahaha! kembong la perot. mereka yang banyak bawa aku makan angin sampai kembong adalah couple di atas. Naime & Chorte.
marah aku bersebab.
aku tak suka jenis kawan yang macam tu sebab itu baru masalah kecik, tapi dia langsung tak tolong. habis kalau kita adalah masalah besar yang mungkin melibatkan nyawa contohnya, siapa kawan kita yang at least sanggup hulurkan bahu untuk kita menangis nanti? siapa? sedangkan hal kecik dia dah melarikan diri, apatah lagi hal besar. sebesar gajah mungkin. nasib aku baik, sebab ada kawan yang boleh kasi pinjam tudung time class agama. hehe.
walau pun sahabat aku di kolej nie ketinggian mereka mungkin sikit lagi mahu cecah telinga aku, tapi aku tak rasa yang aku akan membuli mereka. buli manja tu selalu lah! *heeee. aku tak akan lari kan diri dari masalah yang kita lalui. kalau korang sakit, aku tak akan cakap "eeeeyuuww!!", kan Pnut? kalau korang nak beralih arah pada kehidupan yang lebih sehat, aku sentiasa support, oke Linda? cuma satu je, masalah kira-kira korang selesaikan sendiri ye? terima kasih.
sekarang nie mungkin aku tak sesehat dulu. satu penyakit keturunan dah ada dalam badan aku. banyak benda dalam kehidupan aku yang perlu aku kawal sekarang nie. walau aku lebih muda dari korang, sakit dulu dari korang, tapi kesan penuaan korang lalui dulu ye? :)
akhir kata dari aku, hargailah kawan anda sebelum terlambat.
i ♥ my friends.
* aku sedang meneka sama ada mereka juga menganggap aku seperti sahabat atau tidak. :-?
** nie baru sahabat di kolej, sahabat masa sekolah lain kali punya story. :)
8 comments:
hurm...mcm taw je kisah nie..
tp mmg btl..
rmi mengaku kwn..
tp x semua itu adalah sahabat!
kan? klo taw xpe. amek pengajaran dr situ ye. :)
kawan dah bertahun pulak tak semestinya kawan selamanya. bila berkawan, kita tanya balik pd diri. apa niat kita nak berkwn dgn org tu? :)
i love my bff coz friends comes and go. heee.
betol tuh kak. niat adk nk berkawan tuh ikhlas. xtaw pula mereka cmner.
i know u love ur bff so much! :)
ha..
kite ngk je la sape yg ley tahan ngn m***** cantek tuh..
kawan memang ramai..tp sahabat xjumpe lg..
hee..
patutnyer skrg nie dye perlu sedar kenapa org rmi xthn dgn dye kan?
1 hari nnt kamu akan punyai sahabat jugak. :)
yup..stuju tuh..
mmg ko xde ckp eeeyuwww pon wie...
tap ko ckp ala pienatt..
hmmm...
aq xlast kwn ngn kwn2 yg aq ad skang nie..
aq rse idup aq xleh tanpa kwn or eti kate len SAHABAT..
kawan mmg sng d cri..
org yg bru jmpe pon leh jd kn kwn..
tap kwn yg sejati, sahabat yg setia ssh sng besme..
ssh d cri..
yg byk anyelah kawan yg mkn kawan..
mcm sorg hamba ALLAH nie..
i think she's a good
but..
hmmm..
wow! inilah yg dinamakan, "dont make me speak in english!". haha! :P
Post a Comment