April 23, 2012

bakal pengantin

jam 2 petang, hari ahad, ibu ajak pergi Melaka. 
jalan-jalan. 
bosan katanya & berhasrat untuk melihat Aizat main bola dekat Kompeks Rakan Muda. hampeh. kalah 2-1. 
alang-alang pergi Melaka, aku bawa bungkusan yang dah lama giler nak bagi dekat Chort. 
dah setahun dah. kalau makanan, tentu dah jadi kimchi yang sedap, sebab makin lama di perap makin sedap. hihi. maafkan saya Chort. 
sebulan 4 hari dari sekarang, Chort bakal menjadi pengantin.
yeyyy! pang kom pang kom pang kom pang.



Gambar 1


Gambar 2

gambar memang tak salah. memang terbukti dah kebahagian kitorang dalam gambar tu. haha. bam bam. ada kitorang kesah? huh. kesah la jugak. T_T





Dialog dalam van bersama Rai
wiwie: kau tengok ni rai. nama kawan aku Abdul Rahman, tapi family dia panggil Naim.
rai: samalah macam adik. nama Ainul Madiha tapi panggil Izara Aisyah.
wiwie: (tenung makrifat dekat rai) HAHAHAHAHA!!!!
rai: HAHAHAHAHA!!!

April 16, 2012

kenapa wiwie sayangkan om

menaip lagi senang dari meluahkan/memberitahu dalam telefon (well, kitorang jauh so jarang jumpa & luah depan-depan). protected entry. insan yang bernama Norman bin Mahayum sahaja yang boleh baca. kepada En. Norman bin Mahayum, jika awak sudah menjumpai entri ini di Google, sila tanya saya passwordnya.


p/s: orang tengah bercinta ayat memang cheesy sikit. tidak sesuai di baca oleh pembaca berumur 23tahun ke bawah & 24tahun ke atas. hanya yang lahir pada 18 Jun 1988 & 20 Oct 1989 sahaja yang dibenarkan untuk membaca.


bai !


ini tunang saya masa muda belia dan . . . . agak kurus. hehe.

April 10, 2012

Terharu

hari ini, 2 benda buat aku terharu.
pertama, Cikgu Faezah, cikgu Sekolah Rendah Taman Desa Jaya, masih ingat yang aku anak murid dia.
mananya tak terharu, sebab cikgu sekolah menengah yang dah turun takhta menjadi cikgu sekolah rendah pun tak ingat aku ni bekas anak murid dia masa kami terserempak masa hantar adik aku ke sekolah.
kedua, Abang Fahrul yang pernah bekerja di MPH dulu, call dan mahukan alamat rumah untuk hantar kad kahwin. mananya tak terharu, kenal dalam sebulan, keep-in-touch jarang-jarang dalam FB, tapi still jemput pakai kad. kawan sekolah jauh& dekat ado jemput pakai kad? nan ado! pakai FB je adalah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...