March 24, 2013

sikap dan situasi


setiap hari, setiap masa & di mana-mana sahaja, kita akan berdepan dengan situasi yang berbeza.
bagaimana kita mahu situasi itu berakhir, ianya bergantung kepada sikap kita sendiri.
jika kita mahukan pengakhiran yang baik, mulakan dengan sikap yang baik.
dan jika kita ingin mencetuskan suasana yang tegang, itu tak payah di ajar. setan kiri kanan banyak yang boleh membantu.

berlembut.
itu sifat yang sedang aku pupuk dalam diri.
memberikan sikap yang berlainan dalam situasi yang berlainan, itu bukan hipokrit.
dan ianya tidak merugikan.
trust me!

p/s: e-mail me for some advice. lalala~

March 23, 2013

Tuhan masih mendengar

dalam setiap sujud, 
aku sentiasa berdoa,
"ampunkan dosa ku, permudahkan lah urusan ku".

dalam setiap tadahan tangan,
aku sentiasa berdoa,
"kau tunjukkan lah aku kebenarannya".

dan Tuhan mendengar.

kebenaran, sudah ada di depan mata.

"apa yang patut aku lakukan?"

selepas Maghrib semalam.
sebelum tidur semalam.
sebentar tadi apabila terjaga dari tidur.
selepas mengerjakan solat Isyaq.

dan sekarang,

aku masih berfikir, "apa yang patut aku lakukan?"

March 04, 2013

Universal Studios Singapore

isnin minggu lepas, 25 Februari 2013, kitorang pergi memenatkan diri di Universal Studio Singapore.
yup! penat tapi best.

bersiap seawal 7 pagi. tunggu Ucu sampai. isi borang white card untuk 10 orang. lepas tu sarapan dulu dekat Man Janggut. dari planned gerak dari JB jam 7.30am sudahnya jam 10am baru bergerak.

kitorang lalu Second Link untuk ke Singapore. dari JB, follow signboard Tuas. kot. Second Link memang tak banyak kenderaan. tapi tol dia lagi mahal berbanding ikut laluan masuk dekat Bandar tu.


masa ni cuak betul sebab adik/kakak Kastam singapore cakap passport Ainul expired. masing-masing macam hahhhh???!!!! ayah dah bising cakap, "tak checked betul-betul ke sebelum ni??".
rupa-rupanya, dia cuma remind, passport dah nak expired.
3 BULAN SEBELUM EXPIRED KENA RENEW.
tapi kalau dalam bulan tu tak ada nak keluar ke mana-mana, tak payah renew.


terasa kesegarannya. seronok!


hari macam mendungkan? cuak ke rasa dalam hati ni.


ayah rasa kagum dengan censored parking dekat Resort World ni. tak silap aku, aku pernah nampak parking macam ni dekat BB. dan kalau tak silap, masa rancangan realiti Nestle Kit Kat kot, pasal idea-idea yang bernas ada seorang peserta yang bagi idea sistem parking macam ni.


nampak tak betapa seriousnya aku checked passport masing-masing. Ucu cakap, 
"wie, ko jangan sampai hilang white card tu. nanti tak boleh balik".
so, aku pun dengan rasa takutnya, setiap kali keluar masuk passport dalam beg mesti aku check setiap 1 passport tu ada tak white card tu.


gambar pertama dengan Atam dekat USS dan beberapa tahun ini. Blur! ini budak kan, merajuk sebelum pergi USS. sebabnyaaaaaaaaa, dia kasi itu Perdana accident buat kali ke-dua. terbaik lah Atam. salute! haha. ayah ibu bising, tu yang merajuk tu. terus malam tu, mengadu dekat aku sampai pukul 2.30am! aku dari mengantuk giler, sampai jadi tak boleh tidur. lepas tu dia boleh pulak tidur dulu. zzzzzzzz~

anak gi Silipo! <---- versi Ainul + Apip

pertama kali Apip cakap Singapore ialah Silipo.


sesiapa saja lah, kalau datang sini, gambar depan globe Universal mesti wajib ada kan? nah! amek ni satu.



Apip, Ainul & Qalesya masuk percuma. check dekat website USS untuk info lebih lanjut.


masuk je pintu pelepasan USS, ambil lah map dia. mana tahu takut sesat ke kan. berguna juga untuk tick permainan mana yang korang dah main. tapi kitorang tak tengok map. tak menyempatlah nak tengok map. Apip & Ainul dah berebut-rebut map sampai terkoyak.


tempat pertama yang semua orang boleh masuk kecuali Qalesya. aku suka sangat tempat ni walaupun ianya lebih kepada permainan untuk budak-budak. sebabnya ialah aku bayangkan, bestnya lah kalau........


aku pun boleh berdiri atas timbunan spaghetti macam ni, dalam realiti. haha! kurangkan tengok kartun wie.


kalau nak merasakan sendiri scenes ribut petir, api, tingkap rumah hang tercabut, lepas tu tiba-tiba kapal sesat masuk rumah hang, boleh lah masuk sini. seronok! tapi Ainul takut lah. siapa berdiri barisan depan, confirm kena percikan air. mandiiii~


bila anak-anak, adik-beradik yang lain dah kahwin, dah nampak dah bayangan siapa je yang tinggal dekat rumah tu nanti kan? hehe. jangan ada peneman lagi sorang sudah. zzzzz~


Transformers The Ride!

tempat ni memang wajib masuk. beratur lama pun berbaloi lah orang kata. dapat duduk depan sekali lagi seronok! disebabkan tempat ni best giler bagi aku, dengan senang hati bila aku keluar je, terus melabur duit dekat kedai dia. syiokkkk!


sementara tunggu rai & abang mie masuk dalam Transformer The Ride, Atam & aku jalan-jalan sekejap. lepas tu ternampak orang ramai berkumpul, bising-bising. datang dekat, selit-selit sikit. sangat enjoy tonton gelagat dorang ni. pandai buat lawak. pandai menghiburkan pengunjung. dan talented lah senang cerita. 

ini ialah show yang tak patut korang tak tengok masa datang USS. wajib tonton yer! aku lupa nama tempat ni, tapi agak-agak nampak carpet hitam, nampak bangunan seperti di atas, tengok dekat depan bangunan tu, ada tulis showtime dia. cekidautttt!


CYLON!

bila aku dah dapat rasa kejap lagi aku nak cerita pasal Cylon ni je, satu badan rasa tak sedap dah. dah rasa pening-pening. loya-loya. roller coaster dengan kaki yang berjuntaiiiii. oh! maiiiii........

2, 3 kali aku tarik tangan Rai supaya fikir panjang sebelum main benda alah ni.

Atam, Abang Mie & Adham dah masuk dulu dah. Ayah tak main sebab takut darah tinggi naik balik.

depan pintu masuk......

"betul ni Rai kau nak main?"
"betul lah Wie. jom la cuba sebelum kau kahwin"

ok. sebelum aku kahwin. kalau selamat lepas aku main benda alah ni, boleh lah aku kahwin. kalau tak????

benda alah ni pusing sekejap jek. 19 saat! tapi, aku rasa aku buka mata 1 saat jek. masa mula-mula naik. bila dah start turunnnnnn, terus tak buka-buka mata aku. sampai aku rasa pejam mata dah nampak warna merah jek. dah la tak ada tempat pemegang. siot! dalam hati, "kalau kejap lagi mata aku tak terbuka, maknanya memang dah tercampak lah aku agaknya".

tapi aku betul-betul tension dengan ayat sebelum berlepas untuk main benda alah ni. "GET BACK ALIVE".
grrrrrrrr~


Ainul marah & menangis bila dia tak dapat main. sebab Ainul pendek, banyak benda dia tak boleh joint. yang boleh main pon, benda alah pusing memusing ni. 2x dia main.

"nak ati! nak ati!"

kali ke-2 main dengan ayah. dapat tempat yang pusing dia tak berhenti-henti. terus pening kepala ayah.


burung dinosaur terbang. ni pun dia nak main ati. tapi tak ada siapa nak teman. semua dah pening. so apa lagi, melalak lah dia. T___T


nasib baik yang ni tak minta ati. mungkin sebab dah kenyang agaknya.

makan dekat dalam ni kena hati-hati. mostly, tak halal. Ucu kata, yang restoran Malaysian food pun ada orang Melayu yang pernah masuk situ cakap diorang still ragu-ragu.

masa nak cari makan, kitorang duduk dekat satu restoran. pelayan dia datang & cakap, dekat sini boleh minum je kalau nak, sebab dia ada jual pork & lard. nasib baik pelayan tu jujur kan? so, dia tunjukkan kitorang restoran yang halal.


Goldilocks ni halal food restaurant. ada tanda halal dekat pintu. lagi pun Ainul adalah duta untuk Goldilocks. tengok rambut Ainul dengan Kakak Goldi tu, rambut sama je macam "just curly fries". uhuk! uhuk! terbatuk terus Ainul. sorry lah dik non, mengata depan-depan. hehe.


Chicken Done "Just Right", or "Just Burnt?" aku pun tak tahu daaaaaar. sebab dah lapar, bedal jek la.


tapi chicken burger dia sedap. ayam tak terhangus. sayur berlambak! lebih tebal dari kepingan ayam. tapi aku suka. budak jantan je buang sayur semua. ayah pun tak terlarat nak habiskan semua sayur yang di ketepikan oleh mereka.

jangan lupa ok. setiap kali keluar duit dekat sini, fikir, kalau rakyat Malaysia kena darab dengan RM2.50 . sebab Ucu kata, ada tourism yang dia bawa kata, "sama je ek harga makan sini dengan Malaysia. murah jek". memang nampak murah sebab makan fast food untuk satu keluarga biasanya akan habis RM60-RM80. dekat Singapore pun sama. tapi SGD60-80. haaaaaa.


panjang giler barisan untuk bergambar dengan Panda yang comei giler ni! tapi tak dan lah aku nak beratur. masuk Universal Store lagi bagus. mengabihkan SGD40 yang ada. haha! dapat lah 4 barang. jadi lah. jangan membazir yer anak-anak.



pandai Ainul nak teruskan hidup dekat USS. 




#PrayForLahadDatu












February 25, 2013

Atok: High Blood Pressure


kalaulah nanti aku sudah tua.
kalaulah nanti aku sendiri sudah tiada upaya.
kalaulah nanti aku sendiri kesakitan.

adakah aku masih mampu mengurangkan beban sang kekasih?

...

Alhamdulillah. Atok dah boleh keluar hospital time aku datang melawat.
masa datang, atok tengah tidur.
atok tersedar. nampak aku.

atok: "eh?! siapa ni?
aku: "ni wiwie, tok." :)
atok: "owhhh. hehe"

atok berborak dengan nenek. tak lama lepas tu, atok tanya aku lagi.

atok: "siapa ni?"
aku: "atok, ni wiwie lah. haha." 
nenek: "wiwie lah abahhh"
atok: "Allah. cucu sendiri pun dah tak kenal. hehehe" . ketawa sambil pandang jiran katil sebelah.

Atok admitted ke HSA sebab darah tinggi yang terlalu tinggi. sampai kaki tangan kebas. tak rasa apa.
dorang kata, dah kena stroke sebelah badan. nasib baik tengok keadaan atok sekarang tak teruk macam orang stroke yang pernah aku jumpa.

doktor pelik, sebab ubat darah tinggi yang atok makan tak berkesan. tak buat darah atok turun pun.
lepas ni, atok kena banyakkan exercise. masa dekat hospital atok ketuk tangan sampai melecet sebab dia kata dia tak rasa. 

wie harap ingatan atok pulih seperti sediakala nanti.
InsyaAllah. jangan skip makan ubat lagi ye tok.

...

situasi 1: di wad kecemasan

ucu: "abah, macam mana tangannya? dah ok dah?"
atok: "dah ok dah ni. dah boleh angkat.", sambil mengangkat kedua-dua belah tangan ke atas semasa baring.

lepas tu, atok masukkan tangan ke dalam selimut sebab sejuk. tinjau-tinjau sekeliling.
lepas tu, atok keluarkan tangan dari dalam selimut.

atok: "ni tangan siapa ni?"
ucu: "laaa. tangan abah laaa"
atok: "oh! iye. hehe", masukkan balik tangan dalam selimut.


situasi 2: di kaunter pendaftaran

staff: "Kidon bin Karjo"
ucu: "ye saya"
staff: "apa hubungan awak ye?"
ucu: "saya anak dia"
staff: "owh. bapak awak ni lelaki ke?"
ucu: "aii cik, dah nama pun bapak, mesti lah lelaki"



February 18, 2013

badi mayat


beberapa minggu yang lepas. tak ingat bila. mungkin sebulan lepas, kot. ok, minggu dah bertukar menjadi bulan. ayah ada demam. lama. bila dalam seminggu demam tak baik, ibu ajak ayah pergi klinik. rupa-rupanya darah ayah naik, ke tingkat 2. ada ke darah tinggi bertingkat-tingkat? tak ada kot. aku je yang reka. kalau ada, maafkan saya. tak tahu pula sampai tingkat mana darah tu naik. dah lama sebenarnya ayah tak kena darah tinggi. nampak sangat tekanan ayah dah banyak sekarang ni. 

lepas makan ubat yang doktor bagi, kecuali ubat darah tinggi, ayah masih tak rasa sedap badan. ayah tak nak makan ubat darah tinggi klinik punya sebab takut lagi teruk katanya. so, ayah gantikan dengan makan buah belimbing. YA! BUAH BELIMBING PENAWAR UNTUK KURANGKAN DARAH TINGGI. pernah ayah rasa nak pergi main badminton walaupun tengah rasa sakit, kononnya nak melawan. giler! memang tak bagi lah. sebab seingat aku, doktor pernah pesan, kalau darah tengah naik, jangan main badminton, sebab bila terjatuh masa bermain nanti susah.

jalan terakhir, pergi berurut. lepas tu, baru lah dapat tahu yang ayah terkena badi mayat. lepas je berurut, malam tu ayah terus rasa segar nak main badminton. Alhamdulillah. nasib baik cepat tahu puncanya, kalau tak, boleh merana, murung, sampai tinggal kulit dengan tulang je ibu kata.

ibu kata, mungkin ayah terkilan & sedih sebab tak dapat jumpa Uncle Yin sebelum arwah meninggal. arwah Uncle Yin pernah called ibu 2-3hari sebelum dia meninggal sebab dia cakap dia nak jumpa ayah. suara biasa jek, ceria. walaupun time tu Uncle ada dekat hospital. tapi sebab ayah sibuk, ayah tak dapat jenguk Uncle sampailah Uncle pergi. aku sendiri dah lama tak jumpa Uncle Yin lepas kitorang pindah rumah & ayah bekerja sendiri. apa yang aku ingat pasal Uncle Yin, Uncle terror main bowling! :) selang seminggu lepas tu kalau tak silap, seorang lagi bekas kawan sekerja ayah meninggal. Uncle Zul Bahrin. tak dapat nak melawat sebab tak tahu mana dia tinggal sekarang.

lepas tu, aku macam pernah terdengar perbualan ibu & ayah. dengar seakan-akan ayah rasa, macam waktu untuk dia pun dah dekat. iya lah, dalam masa lebih kurang 2 minggu, 2 orang kawan ayah, yang umurnya tidak jauh beza sudah pergi menghadap Ilahi. memang, aku pun pernah fikir macam tu bila ada antara rakan sebaya aku yang meninggal. ingat mati itukan pahala? tapi please ayah, jangan fikir macam tu ok?

ayah & ibu,
insyaAllah. jika diizinkan Allah, Dia akan pinjamkan ayah & ibu untuk kami adik-beradik lebih lama, sehingga ayah & ibu dapat melihat kesemua cucu daripada anak-anak ayah & ibu. mungkin anak Ainul pun ayah & ibu sempat tengok. insyaAllah. cicit sekali kalau boleh. :)

wie tak tahu macam mana nak balas jasa & budi ayah & ibu. terlalu banyak. kalau disimpan semua itu dalam bank, confirm dah jadi billionaire. dapat layanan istimewa dari pihak bank. tak adalah macam tadi, nak keluarkan duit sendiri pun kena tunggu sampai 1jam! 

berdoa kepada-Nya, adalah jalan yang terbaik untuk membalas jasa ayah & ibu.
i love u, ayah.
i love u, ibu.

February 04, 2013

Abang Mie 30th Birthday




semalam petang, kononnya Rai nak cari hadiah dekat Jusco Tebrau. tapi dari traffic light JJ, dah nampak jammed giler pintu masuk Jusco. pusing. pergi The Store. pun ramai juga. jiran aku nak raya kan, memang la macam tu.

Rai nak belikan belt sebagai hadiah untuk Abang Mie.

Rai: "Dik, ada design lain tak?"
SM: "Tak ada kak. Ini aje"
Rai: "Ada yang nampak style muda sikit tak dik?"

hamboiiii~ muda lagi seh abang ipar aku. HAHA!

happy 30th birthday Abang Mie. semoga panjang umur & dimurahkan rezeki.
amin.



January 29, 2013

Reunion SMTTP 05/06 (2013) : Pelangi Balau Resort

cerita reunion.
BEST! seronok giler! bila ada dengan mereka semua, hilang terus ingatan aku pada perihal hari sebelum reunion. organizernya, Faridah dari kelas BB. bukan BB cream, tapi Binaan Bangunan. dan sekarang membina karier sebagai graphic designer.

bila Faridah dah buat event ni dekat FB, wan & aku bincang, nak pergi ke tak? kau pergi aku pergi. wan pergi fydo pergi. siapa berani, dia click dulu. aku click going, baru wan click going, di ikuti pula dengan kegoingan fydo. hehe.
maka, pada 26 Januari 2013, kami bertiga sampailah ke Pelangi Balau Resort jam 6.15pm.
sampai-sampai je, dah menggilakan diri layan wan & fydo snap gambar aku dengan tahi kucing. suka kan korang? hehe.


lepas tu, jumpa gegirls. salam, cium-cium sikit. lama benor tak jumpa. mereka semua masih belum berkahwin. tapi sudah ada yang menjadi tunangan orang. sayang, Nad tak dapat join lama sebab mak dia demam. next time yer Nad. :)


toilet PBR. ok. bersih. dalam bilik cuma ada 1 katil, 1 sofa, tv (ada Astro), ada gerobok, ada lain-lain tapi TAK ADA PETI SEJUK. service, kurang memuaskan. sampai-sampai je petang tu, member cakap ada problem masa nak check-in. bilik full. macam mana tah boleh full sedangkan dah booking. dah dorang main tarik-tarik bilik. tak bagus lah macam ni. kena kitorang yang dekat, ok lah kalau tak ada bilik. boleh balik ke kan, walaupun still tak puas hati nanti. pada orang yang luar JB? haaaa. ok, enaf pasal check-in. yang penting Faridah yang cool dah menguruskannya. kena aku, memang habis lah. hehe.

BBQ di malam hari. makan dalam gelap, kucing leset-leset lagi menambahkan kesedapan ayam ini. tapi paling sedap, bila kena suap. kihkihkih. thanks fydo & wan kerana rajin menyuap saya. hihihi.



makan.



dalam bulatan. berkongsi cerita & perkembangan hidup yang selama ini kita tak tahu.


pagi di hari ke-2. cuaca yang baik. patutlah kena kejut sampai nak kena pijak sebab ajak pergi tepi laut & mandi kolam. hehe.



sarapan pagi. tak ada apa yang menarik. nak tunggu roti bakar pun jenuh nak tunggu. makanan cepat habis, tapi dorang lambat topup makanan. ini pun salah satu service yang tidak memuaskan.


bergambar antara rela & panas. boleh gitu? hehe.


habis saja operasi di tepi laut, kita ke tepi kolam pula. 

  
antara lelaki yang celik mata paling awal.


berenang, selam, terjun, main polo air konon-kononnya, Sejuk sempat jugak train Suzy, haha. jam 10.30am, naik bilik siap-siap. 11am masing-masing dah siap berkemas.


last picture. lepas tu kami pergi lunch di Bandar Penawar & tonton Juvana di Heritage Mall. of fine, bagi perempuan, part ibu siapa tah meninggal dalam cerita Juvana tu memang sedih okeh. korang diam-diam sudah lah. haha. lepas ni tak nak tengok wayang cerita sedih lagi dengan diorang. cerita hantu lagi lah perlu di elakkan. haha.

bagi aku, reunion ni aktiviti yang bagus & boleh mengeratkan lagi hubungan kita. berkumpul, bergelak, berkongsi cerita. seronok. korang semua dah macam adik-beradik aku. mungkin masa sekolah, ada yang terasa seperti ada jurang antara pelajar teknik & vocay. tapi sekarang, semua dah matang bukan? bagi aku, kita semua sama. korang tetap member-member otak giler yang pernah aku ada. 

so, untuk......
Wan - aku doakan kau cepat dapat jodoh. bergayut jangan lama-lama sangat. tidur yang cukup itu penting. LOL

Fydo - tak sabar aku nak tengok kau kahwin dengan adik aku. eh?! HAHA!. lepas tu ikut aku pindah Kuantan okeh! hehe.

Alin - semenjak dua menjak ni, kita asyik terserempak & berjumpa lak. ada jodoh ke kita ni? HAHA! cepat kahwin Lin. lepas ni reunion perut pulak. hihi.

Fazreen - lepas ni balik lambat sikit taw time reunion.

Faridah - thanks buat event ni. lepas ni jangan serik utnuk buat lagi ok. cepat habiskan study tu. :)

Ain - hang ni memang ringan tulang. untung siapa dapat. hehe.

Ika - macam mana balik tengah-tengah malam tuari? ada nampak apa-apa tak? hihihi

Nad - kita dapat jumpa berapa minit je kan? lepas ni kita akan make sure bagi informasi yang tepat ye Nad.

Jo - nanti bagi alamat tempat kau jual tudung. boleh pergi usha-usha nanti. :)

Hamster - jangan lupa pergi belajar berenang. hehe.

Waha - woit! kau dah jadi friend aku kot kat FB, memandai je cakap aku tak accept ea. grrrrr

Nuar - sorry Nuar! aku boleh terlupa sejenak pula nama kau. sekarang ni, aku akan ingat sampai bila-bila. hehe.

Redha - selamat tak cara aku memandu? lepas ni kalau aku drive, kau boleh tidur dengan aman ok. :)

Unie - sedap tidur sampai ternganga mulut kau kan? macam penat noh bakar ayam yang kurang masak tu. hihi.

Sejuk - tak sangka kau punya hati yang mulia, walaupun! mulut kau tu asyik bising jek. hehe. lain kali kalau aku menangis dalam panggung, kau diam-diam je ok. hehe.

Nazirul, Kuyu, Awal, Zaki, Haziq, Syuk - Hi ! kita tak banyak berborak kan?

Kobis & Farah - cepat-cepat kahwin! nice to meet u, Farah. :)

Rais & Aisyah - yakin pada kebolehan diri sendiri ye Rais. kalau kuat berusaha, pasti akan berjaya. fighting! nice to meet u too, Aisyah. cepat-cepat kahwin juga korang berdua! :)

ada nama yang aku tertinggal ke? harap-harap tak ada.
aku minta maaf, selama kita berkawan ni, aku ada menyakitkan hati korang atau menyinggung perasaan korang. kalau masa sekolah dulu aku buat muka ketat kat korang, bukan maknanya aku sombong, aku ni pemalu orangnya. wakakakaka!! ok fine.

Redha kata, aku dah tak banyak cakap. diam jek. well Redha, aku tengah practice nak jadi isteri orang ni. LOL. ada kena mengena ke??????


bye bye korang! 
jumpa lagi 4 bulan++ dari sekarang.

erk.

January 18, 2013

buku,cadar,bantal


lepas jumpa client dekat PG, singgah Pusat Bandar PG, round-round sementara tunggu ayah habis jumpa client di Taman Mawar. UO ada buat offer cadar & bantal. called ibu, tanya pendapat ibu samada nak beli atau tidak. ibu kata beli, sebab ibu pun nak juga. so aku borong 4 bantal, 1 cadar cotton & ehem! buku dekat atas tu. 

Norman kata, aku ni kan, . . . . . . haaa, rahsia. benda yang romantik tak boleh beritahu dekat sini. nanti ada orang geli nak baca. makanya, lebih baik aku menambahkan ilmu yang mungkin tiada untuk menjadi yang lebih baik. InsyaAllah.

January 16, 2013

agama dan bangsa

1 Malaysia!
PM pergi ceruk mana pun dalam Malaysia, akhir ucapan mesti akan di laungkan 1 Malaysia.
bagus laungan tu. cuma tak semua yang menghayatinya.

kita ambil contoh yang terdekat.
taman perumahan kita.
nak dekat lagi, kawasan perumahan aku.
setiap agama & bangsa mempunyai perayaan & kepercayaan mereka yang tersendiri.
bagi agama Islam, dalam 1 hari pasti akan ada 5 kali laungan azan yang berkumandang.
sekejap je, dalam 1-3minit. tapi apa yang bangsa lain complaint kan? BISING!
orang Islam yang rumahnya berdekatan dengan kuil atau temple, apa pula yang mereka rasa?
seperti yang keluarga aku rasakan, sebagai orang Islam, mencari rumah berdekatan dengan masjid atau surau lebih di utamakan.
tapi kalau kita tak mampu contohnya, memang rumah dekat-dekat kuil atau temple je yang murah untuk disewa atau dibeli. ok tak apa. tinggallah di situ. tapi, RESPECT rumah ibadah mereka.

aku sedih bila ada yang complaint dan hina agama Islam.
orang Islam kawasan perumahan aku, tak pernah pun complaint kepercayaan & adat agama lain.
sebagai contoh, waktu perayaan halau hantu kot, orang cina bakar kertas. lepas tu, mana perginya abu-abu & serpihan kertas tu beterbangan? rumah jiran-jiran. 
siapa jiran kamu? yang beragama Islam.
pernah tak dengar kami, orang Islam, tegur adat kamu, "aunty, nanti sapu ea lepas bakar. habis terbang kertas-kertas ini semua pergi rumah saya laa~"
tak pernah kan? sebab memang aku tak pernah nampak diorang bersihkan tempat yang dorang bakar kertas tepi jalan tu. sebab apa kitorang tak cakap macam tu? sebab, RESPECT.
dan aku terus fikir, mungkin cara mereka begitu. 

January 08, 2013

kerana prosperity burger

dah tertidur tadi.
dalam seminit.
bangun. paksa diri.
terngiang-ngiang ayat ISTIQAMAH.
buka gerobok, buka botol.
makan vitamin E.
minum teh herba.

sebenarnya aku paksa diri untuk masih berjaga.
mungkin, untuk satu jam lagi?
sebabnya, aku dah makan PROSPERITY! 1SET!
kentang je tak habis. sebab terbayangkan rambut Ainul.
rasa macam berdosa pada perut pula sekarang.
dengan tekak memang tak berdosa, dah rasa sedap dah.

pedasnya prosperity burger tadi.
ok. dah nak terlelap lagi.

jkhsdluyenkd

January 05, 2013

label baru. WEDDING

hari-hari aku fikir pasal hal-hal perkahwinan.
setiap masa, setiap minit.
masa buat kerja, dalam jamban, main-main dengan Qesya & Ainul, tup tup otak terus fikir pasal kahwin.
la ni, aku tengah fikir.
bilik aku nak cat warna apa?

January 03, 2013

Rafif dah masuk tadika


hari ini hari pertama Rafif masuk sekolah tadika.
pagi-pagi lagi dah bergaduh dengan ucu dia berebut pensil. seperti biasa, ucu menang.
Rafif masuk kelas tengahari, pukul 12:45pm.

sebelum pergi sekolah, ibu & aku ajar Rafif macam mana nak cakap dengan cikgu kalau nak buang air.

aku: "try Rafif macam mana nak cakap dengan cikgu. angkat tangan dulu, lepas tu cakap cikguuu . . . . "
rafif: *angkat tangan* "cikgu, Apip nak kencing"
ibu: "eh! jangan cakap nak kencing, cakap nak buang air kecil"
rafif: *sengih.*

disebabkan Adham masuk sekolah pun tengahari, so tadi Rai hantar dia pergi sekolah dulu. kecoh! takut noh masuk sekolah lambat. padahal ada budak yang berjalan kaki pergi sekolah, slow giler! macam malas je nak pergi sekolah. Adham awal-awal je semangatnya tuh. tengoklah beberapa bulan nanti, confirm banyak cuti sakit yang disengajakan. hehe.

rafif: "Ateh! Ateh! Apip nak pergi sekolah jugak. ramai orang. orang cina."
ateh: *diam. tak layan*

okeh! selepas ituuuuu, terus menuju ke tadika Rafif.

rafif: "kita nak pergi mana ni mummy?"
rai: "kita nak pergi tadika Rafif lah"
rafif: "tadika?"
rai: "ha'ah lah. Rafif kena pergi sekolah hari ni, esok, dengan esok" *muka jawab dengan confident sambil tersengih mengih*
aku: "dia sekolah sampai hari apa?"
rai: "hari jumaat" 
aku: "hari ni hari khamis"
rai: "eh! lupa. aku ingat hari rabu. hehe"

memandu. memandu.
conversation panjang, macam jauh je tadika dengan sekolah menengah. hihi.

rafif: "kita nak pergi mana ni mummy?"
rai: "pergi tadika Apip la"
rafif: "rafif kena sekolah? tapi nanti mummy jangan tinggalkan Apip ea"
rai: "lahhh~ biar betul Apip"

terdiam sekejap. muka Rafif macam nak menangis.

aku: "yeayyyyy!!!! jom pergi sekolah!!!!" *dengan nada ala-ala best betul lah sekolah ni!*
rafif: "yeayyy!!" *terus happy balik*


bila dah boleh posing depan tadika, confirm dah ok lah tu.

dekat pagar tu Pengetua. Pengetua selalu pantau budak-budak dalam kelas dengan cctv yang ada dekat bilik dia. so, bila budak menangis ke hapew ke, dia akan pergi check terus.

sengih lagi. awkward je senyuman Rafif tu. haha! muka budak cina tu dah macam Lee Chong Wei lah pulak.

tadika ni nampak bright & colorful. seronok pulak aku tengok.

Rai hantar Rafif dekat tadika Wisely Kids Education. dekat area Ehsan Jaya juga. jiran aku pun hantar anak dia dekat tadika ni. bijak ok! jiran aku cakap, anak dia dah boleh buat perpecahan dah. guru-guru dekat sini semuanya terlatih. mengajar mengikut sistem Montessori kalau tak silap. kalau silap, lain hari aku betulkan. tadika ni juga ada cara macam mana nak handle kanak-kanak yang hyperactive & autism. setiap hari, guru-guru akan catitkan perkembangan murid di dalam kelas. so, dari situ ibu bapa tahu perkembangan anak mereka & juga sikap mereka.

Yuran pendahuluan: RM1290 (kot)
Yuran bulanan: RM300++
Uniform: 2set uniform formal. 1set baju sukan.
Buku & alatulis: disediakan.
Pengangkutan: disediakan (upon request)
Aktiviti: persembahan musical, holiday, sport days (kot)

itu je lah yang aku dengar semalam dari Rai. 


happy je Qesya walaupun terpaksa dikejutkan sebab nak hantar abangnya ke tadika.



January 02, 2013

2012. Tamat.











lama mengadap laptop. tak tahu nak taip apa.
rasa macam baru nak belajar berblog. mungkin terbawa-bawa mood back-to-school.
ya Allah! sumpah, bertapa aman & tenangnya rumah tanpa suara Adham main game pada waktu petang.
bukan petang je dia main game, tapi subuh, tengahari, petang, malam, tengah malam. haaa kau!
good luck adik sebab dah masuk alam 'kemenengahan'. hehe. i love u, itam. hahaha!

2012 dah habis.
1 tahun. 33 entri. tahniah! sebab memang itu azam 2012 aku. update sekurang yang boleh. #tipu
jadi, aku nak mulakan tahun 2013 dengan membongkar segala peristiwa pada tahun 2012.

#carigambar #carigambar

1) Rakan


rasa bersyukur sangat sebab tahun lepas dapat berkumpul & berjumpa lebih kerap dengan diorang. pergi sarapan, buka puasa, beraya, lepak-lepak luah perasaan. sebab masing-masing dah habis belajar. ada sekerat dua yang masih belajar lagi. harap-harap sempat lepak sebelum aku pula yang tak ada dekat JB. Zzzzzz.

aku rasa, diri aku macam dah berubah. aku akan keluar dengan orang yang aku rasa selesa bersama. maksudnya, ajak aku keluar memang untuk jumpa & berborak dengan aku. bukan sebab untuk di jadikan tunggul. fahamkan maksudnya?


2) Orang baru.



Qalesya Alia. lahir bulan Mei 2012. dan sekarang, Qesya dah boleh duduk, tapi bukan duduk sendiri la. berat bontot Qesya ni. hehe. hai Qesya! Nana will take care of you for the half year. InsyaAllah. be nice with me ok? sila lah kerap tidur. kihkihkih.


3) Birthday


Aizat (20), Nurul Izni (16) & Ainul (1)

nampak "standy" Ainul tu? abaikan si Epy. susah ok nak ambil gambar dia. sebab belum reti posing lagi. lepas tu tak boleh duduk diam lama sikit.

ni salah satu gambar di balik tabir pembikinan "standy" Ainul. masa kecik ni, buat mulut penyu tak ada lah nampak gusi. sekarang dah ada gigi, lagi lah cebiknya macam penyu, nak tunjuk semua 4-4 gigi yang dia ada. kalau gigi graham dah ada, lepas tu menangis macam tu juga, aku tak tahu lah nak bayangkan macam mana rupanya.

 Aizam (17)

ini girlfriend Aizam, Atika. aku tanya Aizam,
aku: "mana kau kenal dia?"
aizam: "dekat fb. kan aku dah tunjukkan dekat kau"
aku: "bila?"
aizam: "ada, yang aku suruh kau pilih tu."
aku: "oh! yeke?"

sebenarnya aku rasa terharu sekejap lepas tu, sebab tak sangka adik aku ikut opinion aku. yela, masa tunjuk dekat FB. ramai tau calon-calonnya. aku tak ada lah menilai lebih-lebih. cuma tengok gambar-gambar dalam FB, so, kita menilai ikut cara berpakaian dia lah. contohnya, "ini comel, tapi tak nak lah, seksi", "haa, ni ok juga ni". itu sahaja. hati budi, biarlah Aizam yang kenal lebih mendalam. asal dia happy, tak kacau hidup aku, haha! mak tak kesahhhhhhh.


Adham (12)

birthday Adham celebrate dekat McD je. dia seorang yang super fast food. tak payah nak makan lama-lama sangat, game dah menunggu di rumah. makanya, di pagi hari birthday dia, semua keluar sarapan dekat Mcd. tak semua kot. Aizat Aizam tak dok. membuta agaknya.

baru perasan Ainul pakai clip topi. hahaha!! tak sesuai dengan perangai tapiiiii hang comei lah dik!


4) Anai-anai

sebenarnya ibu dah tahu ada anai-anai dah dekat cabinet tv ni. tapi bila suatu hari tu, si Ainul & Apip berdua pergi duduk bersantai dekat cabinet tepi tu, haaaaaa ko! roboh terus. dah tak tahu nak buat apa. siling luar rumah pun dah kena makan anai-anai. ayah kata, biar dia roboh dulu. lepas tu terus pindah banglo kan ayah? HAHA! kaya lah sangat. 

enaf. so anai-anai. dah tahuun baru ni, silalah berazam untuk attack rumah orang lain pula. ok? deal?


5) Konvo


Adham dah habis darjah 6. Aizam dah habis SPM. sekarang ni, Adham seorang je yang masih bersekolah. size kasut Adham, aku boleh pakai howkehh! besar ok kaki dia. benda yang Adham perlu belajar sekarang ini ialah, belajar ikat tali kasut. kalau tidak, tali kasut yang aku ikat tu mesti tak terbuka simpulnya sampai hujung tahun. sebab aku dah setting ikat tali kasut longgar-longgar, senang nak pakai.


6) Kereta berhias

dah lama ART tak buat kereta berhias. masa dulu-dulu rajin juga diorang ambil job kereta berhias. theme flora & fauna best, buat dekat tempat sejuk. hihi. eh? ke masa tu ayah masih bekerja dengan orang ek? lantak lah. yang penting, kereta berhias untuk MPPG ni, awesome! sanggup kitorang adik beradik pergi Muar semata nak tengok kereta berhias ni. balik hari pula tu. lepas ni serik nak pergi jauh-jauh balik hari lagi.


7) Walimatul Urus

tahniah untuk kawan-kawan yang sudah mendirikan rumah tangga pada tahun ini. Chort & Naim (sorry gambar hilang. laptop rosak.), Abang Fahrul & isteri, Umi & suami, Pnut & suami, Yana & suami, Saadah & suami, dan yang lain-lain yang mungkin terlepas pandang. sebab sekarang masing-masing jemput pakai FB. mana lah nak terpandang event dekat tepi tu. macam cuak je nak attend. ikhlas ke tak ikhlas lah tu kan jemput ke majlis.

kepada yang dah pregnant, take care. semoga menjadi ibu yang baik. :)

baik lah. itu sahaja untuk tahun 2012.

harap-harap tahun 2013 tidak banyak memeningkan kepala. kalau tidak makin banyak rambut aku gugur.

marilah kita berbaik sesama kita. jangan ada iri hati. jangan ada rasa tidak puas hati. jangan ada black magic. eh? magicnyaaaaaa.


woohoo~ sekian, marilah kita bergayut.








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...