February 25, 2013

Atok: High Blood Pressure


kalaulah nanti aku sudah tua.
kalaulah nanti aku sendiri sudah tiada upaya.
kalaulah nanti aku sendiri kesakitan.

adakah aku masih mampu mengurangkan beban sang kekasih?

...

Alhamdulillah. Atok dah boleh keluar hospital time aku datang melawat.
masa datang, atok tengah tidur.
atok tersedar. nampak aku.

atok: "eh?! siapa ni?
aku: "ni wiwie, tok." :)
atok: "owhhh. hehe"

atok berborak dengan nenek. tak lama lepas tu, atok tanya aku lagi.

atok: "siapa ni?"
aku: "atok, ni wiwie lah. haha." 
nenek: "wiwie lah abahhh"
atok: "Allah. cucu sendiri pun dah tak kenal. hehehe" . ketawa sambil pandang jiran katil sebelah.

Atok admitted ke HSA sebab darah tinggi yang terlalu tinggi. sampai kaki tangan kebas. tak rasa apa.
dorang kata, dah kena stroke sebelah badan. nasib baik tengok keadaan atok sekarang tak teruk macam orang stroke yang pernah aku jumpa.

doktor pelik, sebab ubat darah tinggi yang atok makan tak berkesan. tak buat darah atok turun pun.
lepas ni, atok kena banyakkan exercise. masa dekat hospital atok ketuk tangan sampai melecet sebab dia kata dia tak rasa. 

wie harap ingatan atok pulih seperti sediakala nanti.
InsyaAllah. jangan skip makan ubat lagi ye tok.

...

situasi 1: di wad kecemasan

ucu: "abah, macam mana tangannya? dah ok dah?"
atok: "dah ok dah ni. dah boleh angkat.", sambil mengangkat kedua-dua belah tangan ke atas semasa baring.

lepas tu, atok masukkan tangan ke dalam selimut sebab sejuk. tinjau-tinjau sekeliling.
lepas tu, atok keluarkan tangan dari dalam selimut.

atok: "ni tangan siapa ni?"
ucu: "laaa. tangan abah laaa"
atok: "oh! iye. hehe", masukkan balik tangan dalam selimut.


situasi 2: di kaunter pendaftaran

staff: "Kidon bin Karjo"
ucu: "ye saya"
staff: "apa hubungan awak ye?"
ucu: "saya anak dia"
staff: "owh. bapak awak ni lelaki ke?"
ucu: "aii cik, dah nama pun bapak, mesti lah lelaki"



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...