January 28, 2011

Kota Pontianak

masa aku masuk bilik ibu & ayah, aku ternampak benda ni atas meja solek. 




woo! kota pontianak?! aku belek benda alah ni, mana lah tau kalau-kalau ada pontianak jadi simbol benda alah ni ke. tadi tak ada. sebab kalau ada, ibu kata dia tak akan letak dalam bilik dia.

monumen di atas merupakan Tugu Khatulistiwa yang di bangunkan pada tempat yang tepat di lalui garis lintang khatulistiwa itu. 

di namakan Kota Pontianak kerana ianya di lalui sungai yang terpanjang di Indonesia iaitu Sungai Kapuas yang dikatakan banyak pontianak. itu cerita dongeng mereka, katanya lah.

masa aku nak Google gambar Kota Pontianak, aku rasa takut. sebab aku takut gambar Pontianak yang keluar dulu. siap tutup muka ni. nasib aku baik, sebab banyak gambar Tugu Khatulistiwa. untuk page yang ke berapa tah, nasib aku tak baik. sebab gambar Pontianak dah keluar. aishhh.

semua info di atas aku dapat dari Wikipedia. aishhh.
wikit! wikit! aishhh.

*masih menyesal sebab ternampak gambar pontianak.

January 25, 2011

Canon EOS 60D

Atam baru je dapat dslr idamannya. so, di bawah ni contoh hasil godamannya tak kira waktu pagi, petang & malam.


 pagi.

 petang.

malam.

ok Atam, sila mendalami dslr anda itu. kalau Atam dah pro, bermakna gambar dalam blog aku pun nanti nampak-lah meriah sikit.

:)

January 23, 2011

ustaz pun makan duit haram

bismillah.
aku ada adik lelaki berumur 19 tahun, tahun ini. tak sambung belajar lagi disebabkan komitmennya bermain bola sepak untuk satu team bola sepak di JB ni.
semalam team dia ada friendly dengan KL team. kalah, 6-0. wow ! syabas team KL.
tapi itu bukan isunya. isunya bermula pada pukul 2am semalam, bilamana aku turun ke hall untuk mendengar cerita yang ibu ayah aku sembangkan dengan adik aku.

elaun. dalam dunia ni dah tak ada kerja percuma. cuma hamba abdi je yang buat kerja percuma.
aku rasa, dah lebih sebulan adik aku main bola dengan team dia. so, semalam merupakan first allowance yang dia dapat hasil daripada latihan bola sepak dia tu.
RM200. RM200 untuk sebulan dan lebih. wat de????
orang lain, paling minimum dapat RM600.
tau tak couch dia cakap apa??
"cukup tak RM200 nie? saya bukanlah nak makan duit awak. kita bayar ikut prestasi. bla bla bla."
you are nuts! old man.

nak cakap panjang pun malas. nanti entri ni dah boleh di buku kan pula.
cuma aku nak orang luar tau dan paham.
tapi sampai sekarang aku masih tak mempunyai ayat yang sesuai untuk menggambarkan contoh yang sangat simple untuk kes adik aku ni.

"bayar gaji pekerja anda dengan gaji yang sepatutnya dia dapat. jangan bagi gaji mereka berdasarkan status ayah mereka. sebabnya senang je, mereka kerja dengan anda, bukan ayah mereka."

ya ustaz! apa hukum makan duit orang lain ek? anda mesti lebih arif kan? sebab duit tu dah banyak mengalir dalam darah daging anak bini ustaz.

maaf. aku bukan nak menuding jari. songlap ada di mana. kejadian depan mata, mustahil lah tak nampak.

January 22, 2011

benda/perkara bahaya bagi kanak-kanak di shopping complex


khamis lepas, family aku pergi JJ Tebrau sebab nak beli barang untuk adik-adik aku. budak seusia Rafif memang lah suka kalau kita lepaskan dia berjalan sendiri dekat dalam shopping complex tu. tapi mereka boleh terdedah kepada benda/perkara bahaya yang sangat popular seperti kena culik dan kaki tersepit dekat escalator.


lagi satu benda/perkara yang berbahaya untuk mereka ialah cermin transparent. hari tu, Rafif tengok-tengok kedai Crocs yang bertentangan dengan kedai Harris ni dari luar, sebab kedai Crocs pun guna cermin transparent macam Harris juga. kasut warna-warni, mesti lah budak kecik suka kan. tiba-tiba, aku dengar bunyi "dong.." sah, Rafif langgar cermin tu. dia tak nangis, maybe sebab masa tu dia jalan je masa langgar cermin tu, aku pun buat tak tau je lah. lepas tu, aku tengok dia ke depan sikit, lari laju-lajuuuuuu " dongggg ! ". haaa. amek kau. terus pegang dahi budak. melalak tak sudah lepas tu.

cermin transparent macam ni memang bahaya. bukan untuk budak-budak je, orang dewasa pun kadang-kadang boleh tak perasan.

January 17, 2011

kecik & hijau

benda tu ada, tapi kita tak nampak.
bila tiba masa giliran purse/wallet kita akan menjadi sasaran, kita sendiri tak tahu.
sekarang ni, aku selalu check purse aku. takut-takut duit RM10 aku hilang.
susah-lah kalau ada"budak kecik" macam ni.
hati tak tenang. duit pun tak tenang.
macam mana ni tuan empunya "budak kecik". perut tak cukup boncit lagi kah?

January 11, 2011

cinta sempurna


sejak akhir-akhir ni, aku tak suka kalau orang bercakap pasal umur. bukan tak suka sangat la, tapi kurang selesa. sebabnya, daripada umur, orang akan membangkitkan hal cinta yang menjurus kepada perihal kahwin.

tipulah kalau aku cakap aku tak nak kahwin. tapi belum sampai masanya, aku nak buat macam mana. memang aku tak follow ibu & kakak aku yang berkahwin semasa umur mereka 20/21 tahun. sebab aku tak seperti mereka, hot muffin.

ibu dan ayah ada suruh aku cari pakwe, tapi jawapan aku selalunya "malas", "tak kuasa". memang takkan lah kan aku pergi cari lelaki. kalau aku nak usha pun, mungkin lelaki lembut. tu je yang aku berani usha.

aku rasa takut nak kahwin pun ada juga. takut-takut aku tersalah pilih. aku mahukan keluarga yang bahagia dengan memiliki seorang suami yang boleh mengimamkan aku, seorang suami yang matang dan tahu tanggungjawabnya, dan tahu apa itu erti sebuah keluarga.

susahlah nak cakap hal kahwin ni. itu semua bukan aku yang aturkan, itu semua rencana Tuhan.

January 03, 2011

Diari Mat Despatch oleh Bahruddin Bekri



Tajuk: Diari Mat Despatch
Penulis: Bahruddin Bekri
Harga: RM9.90
Helaian: 156 muka surat
Kategori: Bacaan kanak-kanak


kalau dahulu buku Stabil ialah buku online pertama aku, kali ini Diari Mat Despatch ialah buku bacaan kanak-kanak aku yang pertama. lepas aku ternampak gambar buku ni yang kak hidd post gambarnya di FB, terus aku rasa teruja nak dapatkan buku ni.

ayat yang sempoi, mudah di fahami dan boleh menghilangkan stress ! itulah yang aku boleh perkatakan mengenai buku ini. pada awalnya, kawan aku memang pelik kenapa aku ketawa-ketawa bila baca buku ni. tapi bila diorang pinjam buku aku, diorang pula yang naik syok. siap berebut-rebut giliran membaca. sekarang ni, diorang dah ada buku ni, sendiri. so tak payah nak berebut-rebut lagi.

bila korang habis membaca buku ni, mesti korang akan terikut dengan cara "BMT" iaitu Bahasa Melayu Tinggi yang di tekankan di dalam buku ni. dapat cerita, dapat ilmu.

contoh ayat BMT.


dengan idea kulit buku yang buku menarik & unik, pasti ramai yang akan jatuh hati. buku ni display under bacaan kanak-kanak area Mutiara Minda kalau korang nak dapatkannya di MPH.

lepas ni aku nak cari sambungan cerita ni, Diari Mat Despatch: Lelaki Baik yang telah di terbitkan pada 20 Dec 2010. harga sama.

January 02, 2011

tahun baru, buku baru


tak jauh pun tengok bunga api, belakang rumah saja. :)

selamat tahun baru. aku nak mulakan tahun baru ini dengan buka buku baru. jadi, aku dah decide nak delete semua entri yang dah tak lagi dalam hidup aku. keputusan muktamad.

semoga tahun baru ini lebih banyak keberkatan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...