January 03, 2011

Diari Mat Despatch oleh Bahruddin Bekri



Tajuk: Diari Mat Despatch
Penulis: Bahruddin Bekri
Harga: RM9.90
Helaian: 156 muka surat
Kategori: Bacaan kanak-kanak


kalau dahulu buku Stabil ialah buku online pertama aku, kali ini Diari Mat Despatch ialah buku bacaan kanak-kanak aku yang pertama. lepas aku ternampak gambar buku ni yang kak hidd post gambarnya di FB, terus aku rasa teruja nak dapatkan buku ni.

ayat yang sempoi, mudah di fahami dan boleh menghilangkan stress ! itulah yang aku boleh perkatakan mengenai buku ini. pada awalnya, kawan aku memang pelik kenapa aku ketawa-ketawa bila baca buku ni. tapi bila diorang pinjam buku aku, diorang pula yang naik syok. siap berebut-rebut giliran membaca. sekarang ni, diorang dah ada buku ni, sendiri. so tak payah nak berebut-rebut lagi.

bila korang habis membaca buku ni, mesti korang akan terikut dengan cara "BMT" iaitu Bahasa Melayu Tinggi yang di tekankan di dalam buku ni. dapat cerita, dapat ilmu.

contoh ayat BMT.


dengan idea kulit buku yang buku menarik & unik, pasti ramai yang akan jatuh hati. buku ni display under bacaan kanak-kanak area Mutiara Minda kalau korang nak dapatkannya di MPH.

lepas ni aku nak cari sambungan cerita ni, Diari Mat Despatch: Lelaki Baik yang telah di terbitkan pada 20 Dec 2010. harga sama.

8 comments:

nazihahisa said...

ouh ingat rekaan semata2 buku tu. mmg wujud?

Afeeqa said...

wujud nazihah. try la cari. :)

susudalambotol said...

Hahahaha. Syok kan buku tuh.

Afeeqa said...

hehe. syok ! sekarang tengah tunggu buku ke-dua dia. :D

Midi said...

mungkin kita punya minat yg sama.. jom singgah! kat sini.. http://pantheramidi.blogspot.com/2011/01/kerana-bukunya.html

Afeeqa said...

oh ya ! memang pun. tapi awk lagi peminat tegar si dia. :)

addicted love said...

wie, anna ske gile buku tuh ~ klaka gle kot.....

addicted love said...

wie , anna ske buku tuh ~ besh and simple...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...