Tajuk: Stabil
Puisi dan Catatan: Fared Ayam
Harga: RM10
Helaian: 40 muka surat
Tempahan online: zulhabri@gmail.com
ini buku pertama yang aku beli secara online. boleh di katakan juga buku puisi pertama menjadi koleksi aku. dari mana aku menemui buku ini? apabila aku menjengah ke blog Zahiril Adzim. semua info boleh di dapati di side bar sebelah kiri. dengan hanya mempunyai 40 helaian muka surat, mungkin kita boleh habis membacanya dalam masa entah berapa minit sahaja.
tapi itu tidak penting. yang penting, bagaimana kita menghayati setiap puisi dan catatan oleh penulis itu sendiri?
Motivasi Pagi (buat tuan-tuan melayu)
salah satu tajuk kecil yang terkandung di dalam buku ini. aku bersependapat dengan penulis mengenai sikap sesetengah Melayu yang tidak sedar diri. "menumpang" tetapi gayanya tidak ubah seperti pemilik restoran itu. lelaki misteri di dalam Motivasi Pagi ini tidak ubah wataknya seperti pembantu restoran mamak, seorang wanita warga Indonesia yang memarahi tauke restoran merangkap sumber kewangan dia disebabkan kesalahan yang di lakukan oleh wanita itu sendiri.
aku juga meminati bait-bait kata di dalam Keceper (kecewa percintaan).
Mana cinta yang dulu aku agungkan
Mana rasa yang dulu aku rasakan
Mana jiwa yang dulu aku dewakan
Mana kudrat yang dulu aku lontarkan
Segalanya hanya tinggal kenangan
Segalanya sudah jadi pengalaman
Segalanya telah jadi pengajaran
Segalanya jadi kabur
Segalanya telah lebur
Segalanya terkubur hancur
- Fared Ayam
kalau baju boleh jadi "preloved item", buku pun boleh kan? :) makanya, ini adalah koleksi yang bermakna bagi aku.
p/s: jika kamu sudah memiliki buku ini, pastikan di susun di tempat yang mudah di cari atau kamu pasti akan mengambil masa yang lama untuk menjumpainya semula.
2 comments:
awesome !
buku nie mmg awesome kan? :)
Post a Comment