December 30, 2010

1 Malaysia

aku tak suka tengok berita. kadang-kadang je tengok. orang boleh kata aku tak aware dengan apa yang terjadi dalam negara aku. bukan aku tak mahu ambil kesah hal ehwal semasa, tapi bila dah dengar cerita kurang enak, boleh jadi jiwa kacau !

kenapa kita tak nak menjadi negara pertama yang mempunyai berbilang kaum tetapi boleh hidup aman dan damai? kenapa kita semua tidak boleh bersatu padu? kenapa mesti nak memporak-perandakan negara ini?

pemimpin merupakan orang yang akan memimpin rakyat untuk mencapai wawasan negara. jika pemimpin tidak betul, rakyat boleh jadi huru-hara. rakyat yang boleh berfikiran positif, semestinya tidak akan mengikuti fikiran negatif pemimpin mereka.

sepatutnya isu begini tak perlu timbul. hidup bertoleransi itu kan lagi bagus. hati senang. mungkin entri ini berbaur politik. sampai bila-bila, saya sokong 1 Malaysia.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...