aku tak suka betul kalau pembantu jualan atau lebih dikenali sebagai 'salesgirl' promote barang. sebab, secara automatiknya mereka akan melakukan dosa kecil dengan mengatakan product lain itu tidak bagus. product dia saja yang paling bagus. tip top!
kalau iya pun nak promote produk kau, ceritakan apa kelebihan produk kau tu, bukti product tu berkesan. aku rasa mereka sendiri sedia maklum bahawa tindak balas product ke atas muka pengguna adalah berlainan. betul tak?
sebagai salah seorang loyal customer kepada product Temulawak, aku tidak termakan dengan kata-kata pahit pembantu jualan itu. buktinya, aku tetap tidak berputus asa mencari Temulawak Whitening Cream yang berharga RM6 yang harganya jauh berbeza dengan product yang katanya bagus berharga RM23. berat bersih kuantiti lebih kurang sama aku rasa.
ok, sudah tiba masanya untuk aku merendamkan diri di dalam kolam kanak-kanak. air mesti sejuk, sebab aku tadah air hujan. jiran-jiran, sila duduk diam-diam dalam rumah. terima kasih.
6 comments:
wah!
msti kamu chanteq kan???
x ada lah. biasa2 saje. :)
tah2 kamu lg cantik dari sy.
sy penah pakai temulawak. tp muka jadi teruk..
agaknye tak sesuai ngn kulit kot..
mungkin juga. atau, awk tersalah beli yg bukan ori punya.
whitening cream nie, awk bgs pki utk elak muka berbelang @ dh berbelang. berkesan! trust me. :)
kalo aku pakai, boleh putih macam kau tak wie? aku ngah cari cream muka yang ok ngan kulit aku.aku tak reti pilih, dan hasilnya, aku takde cream muka.haha..pegi keje muka suci murni stok br bgun tido
insyaAllah chort. aku memang dah lama pakai temulawak. ko try la dulu. kalau ada effect apa2, baru kau stop.
ok? :)
Post a Comment