November 03, 2011

maaf

selepas 45minit berjalan dari Jusco Tebrau City sampai lah ke rumah aku, ini yang aku dapat.




terima kasih Rai & Aizat. lain kali hp tu guna dengan betul walaupun dalam panggung wayang. penat tawuuu. dah la stress dekat tempat kerja. tambah pulak nak dekat 1 jam aku tunggu korang kat Jusco. ahhhh stresss! haha. lepas ni kalau korang buat lagi, tak main lah donut donut ni. Domino's terussss. zassssss! haha. *evil*

p/s: korang takut ayah marah sebenarnya kan? hihihi.

October 03, 2011

Ibu bakal kembali bertugas

sejak sabtu pagi, aku dah kena cover duty suri rumah yang selalu ibu buat. ini kerana, ibu membawa rombongan Puan Hamidah & Encik Sarkan ke Kedah sempena majlin convocation Cik Azira. tapi ibu tak reti drive, ibu hanya penumpang. so, Ayah & Rai, pandu cermat jiwa selamat ya.

duty yang aku cover ialah, beli atau masak sarapan, basuh baju, sidai baju, cuci pinggan, beli lauk, masak tengahari, kemas rumah, cuci pinggan lagi, siram pokok buna & cuci kereta (add on). cuma satu je yang aku tak buat, baring waktu malam tengok cerita Anugerah. tak pun, Puteri yang tertukar dekat channel achetebe (kot).

Aizat: Wie, kau hantar car wash ke kereta ni?
Aku: tolong sikittt. aku yang basuh tau.

tak sia-sia aku terbongkok tertonggeng basuh kereta, ada juga orang perasan perubahan kereta itu. maaf anak jiran kalau akak tertonggeng depan hang. sapa suruh hang dok selit muka hang dekat jaring besi pemisah rumah kita tu. hehe. tak pa la dik, bak kata budak-budak la ni, belanjaaa. hihihi.

isnin pagi lagi satu hal, malam semalam semangat set jam 5.30 pagi. tapi tersadar sendiri jam 6.30 pagi. kenapa alarm tak bunyi? tak puas hati. check balik alarm hp. cis! patut la. aku set jam 5.30 pagi, tarikh 9 Oktober 2011. dengan sepantas kilat tanpa terkulat-kulat, bangun cari baju sekolah adham, iron, cari pulak baju sekolah agama, iron. pagi tu memang dah macam tarzan sikit, dari atas jerit suruh Adham bangun.
sediakan pula sarapan untuk dia. aku buatkan susu. lepas dah siap susu nya, baru aku terperasankan gambar dekat tin susu tu. Dutchlady 1 2 3. ahh ! lantak kau la dik. kau pun perangai lebih kurang macam Rafif juga, tak salah minum susu dia. hehe. Apipppp, Ateh minum susu Apip. 

kesimpulannya di sini, aku bukan nak merungut. cuma baru lah aku tau rasa penatnya menjadi seorang suri rumah, lagi-lagi mereka yang bekerja. nasib baik bila aku dah ada anak nanti, aku tak payah kerja. syukur syukur. kihkihkihkih.

ok. terima kasih kepada Ira, kerana sudi temankan aku kat rumah, teman pergi Econsave, tolong-tolong masak, cuci kereta, sampai berdarah-darah ko jari dia. hihi. nasib baik kitorang tak jadi Raja Bersiung. terima kasih juga pada Aizat, sebab sudi menghantar Adham pergi sekolah, Aizam yang sidai baju dekat dalam bakul je, dalam mesin basuh hampeh tak di sidainya, dan Adham!!!!!!!! yang hanya basuh 4/7 dari cawan yang dia longgokkan dekat computer & tidur mati gilerrrrrr sampai Ira & aku terperangkap dekat luar rumah hampir satu jam! puas la Ira & aku membaling purse kitorang, buku, hanger, selipar, tapi tak sedar jugak. jiran sebelah sampai keluar dengar aku jerit, kau yang tidur 3 langkah dari sliding boleh tak dengar? aishhh! aishhh!! 

sudah. tiba masanya untuk masak makan malam. menu seperti biasa, spaghetti goreng tanpa minyak.

September 28, 2011

satu bulan

betul. hubungan ini masih baru.
tapi sudah banyak perancangan yang di buat.
sekali lagi, aku mengambil risiko dalam cinta jarak jauh.
tak susah untuk bertahan.
asalkan diri masing-masing jujur & tahu status diri mereka.

insyaAllah.


hi Om! xoxo :D

September 03, 2011

dalam hati ada taman, katanya.



sekarang, hati ni rasa semakin ceria. hari-hari senyum. orang kata, dalam hati ada taman. tak pun, butterflies in my stomach. tapi rasanya ketupat, nasi impit, kuih muih je yang banyak dalam perut ni. heee.

nama dia Norman. berumur 23 tahun dan merupakan seorang nelayan yang berjaya. hehe. tang nelayan tu tipu. dia seorang yang sporting, gonjeng ( ibu den yang kata ), pemalu, open minded, dan suka bergurau. sumpah, aku baru saja kenal dia. tak sampai sebulan. tapi dia selalu buat aku ketawa. dan aku pula, paling suka tengok senyuman dia.


taraaaa!!! iklan Colgate sekejap. hehe.

insyaAllah, insyaAllah, insyaAllah. kalau ada rezeki dan jodoh, makan spaghetti bolognese lah saudara-mara , rakan taulan, guru-guru, dan jiran tetangga aku. haha. kompem ibu aku tak bagi korang makan spaghetti. nasi minyak nak tak?

nah. dengar lah lagu raya yang aku rasa, sesuai untuk aku dan si dia. cewah ! bak kata adik aku, raya tahun ni aku berdua. :)

akhir kata, selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin. tak sabar rasanya nak makan nasi ayam penyet yang ucu den buat esok.

August 21, 2011

Info kemasyarakatan untuk warga Johor (kes penipuan)

ayah aku memang suka bantu orang susah.
kalau jumpa orang kudung kaki dekat pasar malam ke, orang yang datang dekat meja makan cakap kena strok sebelah tangan ke, mesti ayah aku hulurkan duit. tak banyak tapi sikit tu ada lah kan.
baru-baru ni, ayah sanggup beli telefon bimbit Nokia N series (kot). orang Indo datang dekat Petronas. cakap terdesak nak balik kampung, tak ada duit. cakap tu telefon bimbit ori. plastik pun belum buka lagi.
nak jual RM700. nasib ayah aku cerdik, nego sampai dapat RM300. balik rumah, tengok tengok, tu telefon bimbit China. dasar penipu.
sekarang, cerita dua tiga tahun yang lepas. ada seorang bapak orang yang badannya besar tinggi, datang rumah. cakap gitu gini. bla bla bla. kes kali ni, nak balik Kedah. tak ada duit. ayah aku dengan lembut hati, nak tolong hantar dia balik dekat Cottage Hotel Johor Jaya, yang dia laki bini dan anak beranak tinggal.
hati aku memang rasa tak sedap. aku memang tak percaya orang macam ni. masa nak hantar dia ke Hotel, aku cakap dengan ayah aku nak ikut. si lelaki ni cakap, "huh! dah agak dah" .
so what? aku nak ikut ayah aku, bukan ayah kau.
bla bla bla. ayah aku siap belikan lagi tiket dorang anak beranak balik Kedah. ok. tamat episod tu.

baru je beberapa hari ni, ayah solat dekat Masjid Kampung Melayu. ayah dengar orang buat pengumuman untuk bantuan pada saudara baru yang susah ni, dan tidak cukup duit untuk pulang ke kampung. masa tu ayah tengah ambil wuduq,  jadi tak dapat la bertemu saudara baru tu, katanya lah kan.
lepas solat, si lelaki dan anak nya duduk di tengah-tengah keliling orang yang datang menghulurkan bantuan.
ayah pun datang dengan niat untuk menghulurkan sedikit bantuan. sekali, bila terpandangkan saudara baru yang kesian tu??!!! 

"ah! dia ni rupanya". terus ayah tak jadi nak hulur. lagi pun, ramai yang tengah bantu dia. orang di Masjid yang menghulur itu mungkin tertipu dengan helah dia, tapi InsyaAllah akan mendapat pahala. si lelaki yang kesian ini??? harap tidak bertambah lagi sebakul la dosanya. buat dekat masjid pula tu. dasar kamu.

pengajarannya di sini, lelaki sepatutnya dengar suara hati wanita. tak kira lah wanita itu si isteri atau pun si anak. instinct si perempuan kuat tau.

harap tak ada lagi orang yang tertipu dengan helah keluarga yang malang ni. aku tak ada gambar mereka, tapi mungkin boleh memberikan bayangan jenis orangnya. orangnya tinggi, besar, bermisai, berkulit gelap & tak kacak. dan anggota lainnya ialah seorang isteri dan dua orang anak.

jangan ambil mudah dengan hal-hal macam ni. dari menderma dekat orang tepi-tepi jalanan, lebih baik dermakan ke rumah anak-anak yatim atau rumah orang-orang tua yang kita sudah sedia maklum mereka lebih memerlukan bantuan dari kita.

August 18, 2011

kuih muih

aku rasa diri aku sangat sibuk sekarang.
sampaikan nak curi masa untuk hapdet blog pun dah tak sempat.
masa semakin cepat berlalu. berlalu ke masa itu? tidak mungkin masa berjalan bukan?
sudah lah. dah nak tiba hari raya, pasaraya banyak masuk barang untuk pelanggan-pelanggannya masak dengan sedap.
tapi jenis makanan apa yang aku dapat di Bazar Ramadhan?
"ish! kerasnya kuih keria ni."
"mak aihhh. tak ada rasa langsung bakso ni."
tak apalah, ayah aku kata, "diorang puasa wie" .
kalau gitu, aku pun boleh jual kuih baling ke dinding, dinding retak, dekat Bazar Ramadhan.
nak beli? seringgit 2 biji. dua ringgit, 5 biji. kuih muih sekarang. harga mahal, kuantiti sikit, rasa tak ada.
ahhh! aku masih kempunan nak makan karipap Mat Nor dekat Air Tawar 5. walaupun karipap tak ada rupa sebab handmade, tapi dia jual kuih dengan harga seringgit 7 biji!
Majulah Mat Nor untuk kuih muih!!!!!!

August 08, 2011

Casio Poptone



ini mungkin hadiah untuk diri sendiri selepas 2 bulan bekerja dengan bersungguh-sungguh. haha. dan lebih tepat lagi, untuk menggantikan jam kesayangan aku yang sudah hilang. lagi satu hadiah untuk diri sendiri, kemungkinan besar ialah 2 buah buku. tapi mungkin lambat sedikit. lokasi jualan buku itu hanya ada di Kuala Lumpur.

kalau di ikutkan umur, sepatutnya aku perlu memakai jam jenis stainless steel bukan?

August 01, 2011

5 dekad



pertama kali saya nampak dan kenal jejaka ini, ketika saya baru di lahirkan. 21 tahun 10 bulan yang lepas. kulit masih tegang. panas dalam badan masih kuat membara. sebab ketika itu, dia mungkin berumur 26 tahun. dia Ayah saya. ya! masa itu penglihatan masih kabur. tapi dia cakap, "ini Ayah. fifi, ini Ayah." cerdik dan pandai tak aku bila mana baru berusia satu hari sudah faham maksud kata-kata ayah aku itu? Astaga. bulan puasa ni. tak baik menipu. itu semua rekaan semata.

dan hari ini, 1 August 2011 bersamaan 1 Ramadhan 1432 Hijrah, usianya genap mencecah 50 tahun.
yeayyyy!!! tahniah Ayah, tahniah. hehe.

wie doakan semoga Ayah panjang umur, di permudahkan segala galanya di dunia & di akhirat, dan di murahkan rezeki supaya kita sama-sama dapat merasa rezeki ayah itu. hehe. dan yang penting, sentiasa nampak muda. hehe. muka muda, tangan memang dah nampak kedut sikit lah. tak dapeq den nak nolong. hehe.

akhir sekali, terima lah lagu birthday dari anak mu, Wiwie.


July 20, 2011

Best Western Premier: Incheon Airport Hotel



selepas 6 jam di dalam pesawat, perut confirm terasa lapar. lapar sangat! alhamdulillah, walaupun kami tiba di hotel jam 10:30pm (waktu Korea), mereka sudah siap sedia menyediakan dinner untuk kami. mesti mengantuk diorang tunggu kan? heee.

 dinner bersama pelayang dari Indonesia & Singapura.


starter untuk dinner ialah satu pinggan sayur. tapi, aku hanya makan kobis je. sayur yang macam taugeh tu PAHIT! so, ayah yang habiskan. hihi. next plate is my favorite food eva! berserta nasi, kimchi, ginger bread, ikan bilis goreng, cendawan rebus black pepper & sup daging (NON Halal). start dari malam tu, pelayang Malaysia telah dikategorikan sebagai Vegetarian.

ya! we're vegetarian but we eat seafood - Encik Anuar .  :)

 seperti yang saya katakan di facebook, nombor 4 adalah nombor yang kurang baik.

 i ♥ Kang Hodong!!!


nampak simple bukan? tapi percayalah yang hotel ini adalah perfect! bilik segi empat tepat ini di isi dengan satu katil, satu meja pendek, wardrobe. tiada sofa. terasa seperti orang melayu dahulu kala, bersila di lantai saja. 





terbalik ke aku pakai selipar? haha!


akhir sekali. selamat pagi! dah tak cukup masa untuk menaip lebih panjang mengenai hotel ini. tapi, aku sangat syorkan untuk korang stay dekat hotel ini yang hanya 5-10minit dari Incheon International Airport. dan dan dan, pramugari pramugara dari pelbagai Airlines banyak stay hotel ni. hehe. cuci mata la makkkk!
oh handsomenya~ waaa, nampak gagah.

ok. Assalamualaikum. 

saya sudah mula ganti puasa. :)

July 10, 2011

R.I.P si Ungu


aku sayang sangat si Ungu ni. sebabnya, dia cam best. dan yang paling mahal, di sebabkan dua awan itu.
dua awan itu lah yang selalu mengingatkan aku pada 4 sahabat aku, Chort (pink), Pnut, Linda & Kak Lin (putih). awan putih tu bagi aku sebagai tanda kami sebagai ahli Cloud Girls (cewah!) semasa pertandingan Sunsilk Blog 2 Paghiss. dan yang pink, sebagai tanda aku mencopet awan pink housemate aku dengan tak malunya. hehe.


banyak kenangan aku dengan si Ungu. kalau nak di ceritakan, memang tak perlu. tunggu je aku bukukan ceritanya. tajuk, Aku & si Ungu. lebih kurang setahun juga aku & Ungu berpisah gara-gara si penyeluk saku. aishhh.

baru je beberapa minit aku shared gambar si Ungu yang baru terbelah dekat facebook, sekarang dia dah terputus. cara-caranya, kena tanya pada yang pakar, iaitu ibu saya. hehe.

beberapa minit yang lepas,

ibu: ini ke hp ko yang dah rosak tu?
aku: ha'ah bu.
ibu: dah teruk sangat dah ni. boleh pasang balik ke ni ek? kalau betulkan mahal tak?
aku: tak boleh kot bu. dah patah terus ni. kalau betulkan baik beli yang baru.
ibu: haaa beli lah baru.
aku: tapi wie tengok dekat kedai macam dah tak ada je.

sambil borak-borak, ibu pun cuba lah membelek-belek hp aku dengan kaedah cuba jaya untuk mencantumkan hp tu semula.

pintal, pintal, pusing, pusing,

aku: eh. ibu nak putuskan hp wie ke?
ibu: eh. tak lah.

plap! <--- ok, bunyi tak serupa.

ibu & aku: HA! HA! HA! HA! HA!

ok. dah putus. dalam kes ini kita boleh kategorikan ibu sebagai Mona Fendi 2. hehe. abang bergurau yer buu. :D


6 Jun 2008 - 10 July 2011 . 



semua yang hidup, akan mati. tapi, si Ungu banyak nyawa. mati je charged, mati je charged, mati je charged, dan akhirnya, mati terus dan tak boleh charged. dan, si Ungu sudah selamat di kebumikan di dalam kotaknya. dari mana kamu datang, di situ lah kamu di kembalikan.


p/s: gambar kelam menggambarkan hati yang kelam. :)

July 03, 2011

JB ke KLIA ke Incheon


hello ! 30 March 2011 yang lalu ( 3 bulan lepas punya cerita ), aku dapat peluang untuk ke negara yang sangat sangatttt aku mahu kunjungi bersama-sama dengan pelayang dari Malaysia ke SOUTH KOREA!!
woot~ woot~ chuballl !!!

ini cerita sepanjang perjalanan.

lepas subuh, Aizat & Izzat bersengkang mata menghantar En. Anuar, Kak Long, Ayah & aku ke KLIA.


kalau korang semua pernah pergi ke Festival Layang-Layang Sedunia di Pasir Gudang, korang mesti tau layang-layang jenis apa yang mereka mainkan. ini bermakna, kami akan menaikkan layang-layang yang besar! dan itu, adalah pengalaman pertama aku.


tiket di tempah sebulan lebih awal. ayah belanja. trimas ayah ! saranghae~ ♥ hehe.


Air Asia.


selama berada lebih kurang 6 jam di atas udara, Maid Maiden Wednesday yang menemani aku.


 Korea Immigration. 2 kali orang tu tengok aku. siap tanya nama penuh lagi. mungkin sebab gambar dalam passport aku sangat buruk. ye. buruk gila!


kami satu flight dengan pelayang dari Indonesia, Ibu Endang & Abang Chulla.


di jemput oleh orang kuat Korean Kite Association, kot. kurang pasti sebab mereka tak boleh berbahasa English.


bergambar sebentar sementara menunggu ketibaan bus hotel yang kami akan menginap.


aku rasa, cuaca malam tu mungkin 3 darjah Celcius. Kak Long dengan sporting je melayan aku yang cuba untuk snap kepulan asap yang keluar dari mulut. hehe. nampak la sikit kannn. 

  our bodyguard. hehe.




apabila pelayang bertemu pelayang. gamat!

 4: bad luck number

kami sampai di Best Western Premier Incheon Airport Hotel jam 9:30 malam waktu Malaysia. semua pelayang berkumpul di sini dan akan menuju ke Uiseong beramai-ramai pada keesokan harinya. 


 dinner pada jam 10 malam waktu Malaysia bersama pelayang dari Indonesia & Singapura.


bila berada di negara bukan Islam, kami yang Islam terus menjadi vegetarian. dinner vege spaghetti yang cuma ada cendawan dan sayur pahit di atasnya, kimchi, garlic bread & nasi melekat.
di meja makan ni, aku jadi confuse. sebab aku tengok, ada yang selamba makan daging. dalam hati, halal agaknya. aku baru nak merasa, dan ayah aku berdehem, "ehem!" dan buat isyarat mata supaya jangan makan.

perut kenyang. 


aku rasa rancangan yang ada di Korea ni banyak gila! kalah Astro. haha! seronok kot.



ok. sampai di sini saja. tiada yang menarik pada hari pertama tiba di Korea. tapi menjadi bertambah seronok pada keesokan harinya. lagi-lagi bila dapat kawan baru! hehe.


bersambung . .


June 27, 2011

yang di ketahui Tuhan

assalamualaikum.

baru sejam yang lepas, kawan aku, mencurahkan rasa pada aku.
rasa serabut yang melanda jiwa.
pasal report, study, life, money. 
aku faham apa yang dia rasa.
sebab aku pun kadang-kadang rasa macam tu juga.
hidup ni, kalau jiwa tak kental, dah lama jadi penghuni hospital Tampoi.
lagi-lagi bila kau dah berdepan dengan masalah sedia ada, dan,
untuk menyedapkan kehidupan sehari-hari,
orang sekeliling menjadi penambah perisa untuk menjadikan hidup ini lebih mencabar.
"wow! i sukakan cabaran. baru hidup tak bosan."
ya. kalau dah hari-hari macam tu, bertubi-tubi, tak ke palat namanya tu?

kawan,
aku tahu hidup ini susah.
tapi, jangan sesekali mengalah.
Tuhan Maha Mengetahui.
dan Dia tahu apa yang di rancangkan-Nya untuk kita.

berdoa-lah .

June 02, 2011

Ainul Madiha


sila beri salam pada Ainul Madiha binti Ramlee yang telah selamat di lahirkan di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru pada 27 Mei 2011, jam 9 pagi.

setiap teman, jiran tetangga atau sanak saudara yang berkunjung di hospital atau di rumah, pasti akan menanyakan apa cer bersalin kali ini. betul tak? ini ceritanya . . .

dah dua kali ibu sakit teruk, dah dua kali ibu ulang-alik check dekat HSI, bukaan ibu masih 2cm. ke esokkan harinya, ibu kata dah keluar lendir baby. terus masing-masing suruh ibu pergi je HSA. tapi ibu tak terus pergi HSA, tapi pergi teman ayah pergi Pasir Gudang dulu, sebab ada kerja. bila sampai HSA, ibu kena tahan wad. ok la. tak risau mana pun sebab iya lah, anak ke-6 ni kot. mesti ibu dah pro.


esoknya, jam 7 pagi, Aizam kejut aku, cakap nak pinjam hp aku. ada hal. dia kata ibu kena operate. aku dalam mamai-mamai, bagi lah hp. lepas dah pejam mata balik, haaa?! operate???! terus bangun, jumpa adik-beradik aku semua. ibu di jadualkan masuk bilik bedah jam 10 pagi. tapi, jam 9 pagi, Rai called cakap ibu dah bersalin.

sampai hospital, rasa sedih tengok keadaan ibu. tak boleh gerak. asyik rasa nak muntah. bila nak muntah, perut ibu bergelodak. aku tak pernah tengok keadaan ibu macam ni. masa ibu nak muntah, aku tadahkan plastik dekat mulut ibu. bila dah keluar sikit, aku fikir ibu dah selesai muntah. bila aku toleh ibu lagi sekali, ibu termuntah. meleleh muntah dari mulut ke bahu ibu. sedih. masa tu, nak angkat tangan pun tak larat, ini kan pula ibu nak angkat badan bila rasa nak muntah tu. hurmm.

sebenarnya, masa bukaan dah mencecah 5cm, nurse dah pecahkan air ketoban. bila dah buka 6cm, dia stop. langsung tak buka-buka. sebab tu Doktor kata kena cesar. ibu kata, dia rasa sakit sangat sebab nurse dah pecahkan air ketoban. jadi, ibu kena tanggung sakit bawah dan sakit selepas cesar. tu yang ibu tak tahan.

sekarang ibu dah sihat ! sikit lah. kalau berjalan tu masih 1km/jam. hehe. semua ibu bersalin macam tu kan? sebab tu orang dekat Klinik Kesihatan HSI tengok aku pelik. jalan laju beno, pegang baby satu tangan je pulak tu. haha! sebab aku bukan ibu kepada baby girl ini.

hai ! saya Afeeqa, kakak kepada Ainul Madiha. beza umur kami 22 tahun. ayah kata, masa pertama kali tengok Ainul, ayah terperanjat, "eh! wiwie?" . haha! terkenan ko dengan muka aku ni dik oiiiii.

May 18, 2011

Wordless Wednesday #4



May 04, 2011

expose mistik - amalan surah 3 Qul


lenguh. satu badan rasa sengal-sengal.
penat.
kerja sekarang memang banyak pakai tenaga. barang berkotak-kotak, berbundle-bundle, berkilo-kilo.
orang aspect, badan besar, mesti larat angkat benda berat-berat.
aku manusia juga. kalau dah 6 hari seminggu angkat barang berat-berat?
penat tahu.

siang tadi, aku pergi rumah makcik aku. niat hati memang nak berurut.
urut tangan kanan saja. sebab memang tangan kanan yang sakit sangat.
ya! sakit. sangat sakit.

aku selalu tengok orang berubat. mereka akan menangis. dan kadang kala aku tertanya, kenapa mereka menangis? sakit sangatkah?
tadi, aku dapat merasakan perasaan tu. memang sakit. 
tapi secara tak semena, aku rasa hiba. rasa sedih. rasa macam nak menangis saja masa tu.

dalam hati, kau dah kenapa wie? sakit sikit macam ni dah nak nangis. tahan lah sikit.
tapi serious, air mata aku memang dah bergenang masa tu.

tiba-tiba, makcik aku tanya, 
sakit? ada benda tumpang ni. ( sekarang anjing tengah menyalak yer. jiran! jangan bela anjing lah )
dah naik bersarang dekat tangan kau. dah nak dekat 2 tahun.

hah?! terkujat. biar betik.

makcik aku kata, yang sedih tadi bukan aku, tapi benda tu. dah lama dalam tangan aku, sebab tu dia sedih bila nak keluar. jadi, aku kena berurut selama 3 kali lepas ni.

malam tadi, makcik aku datang lagi. nak urutkan aku satu badan. ( terima kasih Moksu! *peluk ketat-ketat* )
sekarang badan aku rasa dah lega. rasa mengantuk je sekarang ni.
tapi tangan aku macam rajin semacam untuk menaip. mungkin sebab syaiton yang dalam tangan aku dah keluar, sebab tu terus jadi rajin jari-jari aku ni.
aku rasa, syaiton dalam tangan aku sebelum ni buta IT, sebab tu dia malas nak layan benda-benda sosial ini semua.
sebab tu bila on FB, aku belek sikit-sikit, off. on Twitter, baca timeline, off. on blog, tengok dashboard, off!
sekarang, aku rasa macam rajin-rajin ayam sikit lah buat entri ni. ( mata je berayun )

sakit aku sudah hilang. Alhamdulillah.
insyaAllah, aku akan mula kuatkan iman aku dan cukupkan amalan.
sakit tahu bila benda tu nak keluar. sampaikan aku pegang tangan ucu aku bila dia urut bahagian bahu aku.

ustaz dalam Expose Mistik ada beritahu, amalkan surah 3 Qul tiga kali di waktu pagi, dan tiga kali di waktu petang. insyaAllah, benda-benda halus ini akan takut untuk mendekati kita.
mencegah lagi bagus dari mengubati. 

April 28, 2011

intro


Hi my MMF ! 
awal bulan April tuari, tuan kamu sudah mencipta satu lagi sejarah dalam hidup dia. rasa bangga tak?
:)

saya wakil Malaysia.
pembantu saja. tak expert mana pun.
cerita kemudian. walaupun akan menjadi cerita basi, tapi masih mahu mencoretkan di dalam MMF.

ermm. bila lah boleh pakai baju tebal-tebal lagi?
tempat kerja sekarang panas gila. pakai baju asyik nak sengseng je lengan baju yang dah pendek tu.

p/s: Tyha, terima kasih sebab datang jumpa kita tadi. susah-susah aje jumpa kita yang busuk ni. ( tempat kerja i panas! ) 

ehem! neraka lagi panas wieeee~ ( sebelum orang lain ingatkan, baik aku ingatkan diri sendiri dulu )

Assalamualaikum!

April 14, 2011

tertangguh

bismillah.
Hari ke-2 bekerja. Agak letih. Tiada cuti untuk minggu ni. So, proses mengedarkan ole-ole pun tergendala. Pos Malaysia setiap masa ramai je pelanggannya.
Screen laptop rosak tiba-tiba. Tiada pesalah yang di tangkap. So, peristiwa di South Korea akan tertangguh untuk di update di blog dan facebook.

Itu saja.
I love you. I love you. ( vote R2 )

April 10, 2011

happy birthday


selamat ulang tahun kelahiran yang ke-22.
maaf. sebab tiada lagi text Happy Birthday untuk kamu akan masuk ke dalam inbox telefon bimbit kamu.
tiada hadiah.
tetapi, doa ku selalu mengiringi kamu.
dan aku pasti, Tuhan selalu merahmati diri mu.

semasa engkau di lahirkan, usia ku sekitar 3 bulan di dalam kandungan ibu.
memang aku tidak melihat kelahiran engkau di dunia ini.
tetapi, aku melihat pemergian engkau meninggalkan dunia ini.
alangkah bertuahnya aku kerana mengenali diri mu.
aku pasti, engkau lebih selesa di alam yang lain itu kan?
kerana dunia sekarang ini penuh dengan onak duri dan ranjau.

sekali lagi, Selamat Ulang Tahun Kelahiran. :)

April 09, 2011

dugaan

pertengahan bulan March dan masuknya bulan April, merupakan bulan gelap untuk aku.
satu persatu masalah yang aku hadapi. 
daripada kehilangan orang tersayang, sampai lah barang kesayangan.
sampaikan air mata ni dah kering.
orang akan kata, itu dugaan.
jika aku tidak kuat, tidak mungkin DIA akan memberikan aku dugaan ini.
wallahualam.
sekarang, apa yang aku harapkan ialah sinar kebahagiaan akan datang dalam diri ini,
dan, akan kekal lama.
aku mahu ianya kekal lama.
please.

March 30, 2011

Sijag

Salam. Hi MMF.
masa ni mungkin aku masih lagi dalam perjalanan ke LCCT.
dan akan berangkat ke Seoul pada jam 1:45pm, InsyaAllah.
aku cuma akan berada di Seoul pada 30 March & 4 April sahaja.
hari lain, kami akan berada di lokasi festival layang-layang itu berlangsung.
aku sendiri tak pasti nama tempat tu.
yang pasti nanti kitorang akan tiba di Incheon International Airport.
doa kan ayah & aku selamat pergi dan pulang, alrasso?
dan yang tersangat penting, ermm . . . . . . supaya tak ada halangan untuk aku ke sana.
gamsahabnida.
sarangheyo ♥
*ah! 2 perkataan tu je yang aku faham. haha!*


p/s: tak tau lah ada ole-ole ke tak. sebab yang pergi ni ialah penganggur terhormat. haha!

*sijag = start, mula

Wordless Wednesday #3

March 29, 2011

susah susah

aku rasa, drama Melayu sekarang perlu lebihkan cerita berunsur, sebuah keluarga yang hidup senang, mempunyai anak yang pandai berdikari dan boleh mencari duit sendiri tanpa bergantung hidup dengan kesenangan yang dimiliki oleh keluarganya. 

dan kurang-kurangkan lah drama Melayu yang keluarga kaya memanjakan anak mereka, petik jari terus ada depan mata seperti,

si daddy: "baby, pejam mata. cuba tengok apa yang ada dekat luar tu"
si baby: "wahhh! suzuki swift!!! oh daddy, i love you soooooo much!"


sebab tak semua rakyat Malaysia pandai membezakan yang mana satu lakonan, yang mana satu realiti.
dunia nyata tak sesenang itu sayangggg. kalau kita hidup susah, berusaha lebih gigih untuk keluar dari kepompong kesusahan itu. jangan doq sedap mulut nganga, tunggu orang suapkan.

ah! sudah lah. hati aku tengah kecewa habis dah ni. 

March 25, 2011

stunt kite



petang hari ini bermula dengan Rafif yang mengetuk pintu bilik aku, suruh turun, sebab nak ajak main kite.


hari ni angin memang kuat gila. sampai pintu yang dah tertutup rapat pun boleh berbunyi macam ada orang yang ketuk. *kalau malam confirm takut* . so abang nak main stunt kite yang ayah beli masa pergi China tuari.




Rafif memang rajin tolong naikkan stunt kite ni. bersemangat waja.


tapi sekejap je. lepas tu terus pergi main taman, dan melihat perkembangan pokok-pokok yang ada dekat taman tu.



tak lama lepas tu, ibu bawa keluar layang-layang biasa sebabnya, stunt kita yang abang main tak boleh naik. siap tali putus lagi kooooo.


rafif: nana, jom la kita baring-baring dekat taman ni. baru lah bau-bau Hindustan.
nana: tengkorak ko!


nana: aii apip, mampu cangkung je ke? haha!
rafif: siot! tunggu la nanti.


akhirnya, stunt kite berada di udara juga.


dan turun mencari mangsa. 

stunt kite: maydey, maydey. sasaran di kenal pasti. seorang ibu yang memakai baju tidur.
ibu: rafiffff, lari!!!! selamatkan diri!!!

haha! sudah lah wiwie. ibu pun kau nak jadikan mangsa.


ok. rafif dah penat. ajak balik dan minta susu. nampak jari rafif tu? cuba teka tu simbol apa. cer teka cer teka cer teka. :)


anak cino: panas-panas macam ni nak main layang-layang. makan jajan bawah pokok lagi sedap. *cakap dalam hati*


keluar balik. bawa rafif main taman pulak. tapi sekejap je sebab ibu dah sakit-sakit badan.


rafif: nana! stay situ. jom lompat!
nana: eh! tak ready lagi lah.


rafif: haii nana. berat lah tu sampai tak terlompat. *sambil memandang sinis*
nana: saja nak kasi muka masuk frame. one more la kalau bran.


nana: hahhh, kenapa tak lompat? lambat masuk gear ke? *kan muka dah terkeluar dari frame*
rafif: ermm. haah kot. pampers dah berat lah nana. grrr


disebabkan rasa malu dan tak puas hati, rafif pergi semula ke "bonggol" untuk membuat latihan amali lompatan sampai berjaya.


masa untuk kemas balik stunt kita merah. nampak si kenit yang dah terteleng-teleng tu? motip utama nak buat main kayu kat tepi dinding tu. huh! memang tak dapat jepppp!

sekian saja entri mengenai stunt kite.
entri layang-layang BESAR, menyusul pada bulan hadapan.

annyeong! :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...