October 03, 2011

Ibu bakal kembali bertugas

sejak sabtu pagi, aku dah kena cover duty suri rumah yang selalu ibu buat. ini kerana, ibu membawa rombongan Puan Hamidah & Encik Sarkan ke Kedah sempena majlin convocation Cik Azira. tapi ibu tak reti drive, ibu hanya penumpang. so, Ayah & Rai, pandu cermat jiwa selamat ya.

duty yang aku cover ialah, beli atau masak sarapan, basuh baju, sidai baju, cuci pinggan, beli lauk, masak tengahari, kemas rumah, cuci pinggan lagi, siram pokok buna & cuci kereta (add on). cuma satu je yang aku tak buat, baring waktu malam tengok cerita Anugerah. tak pun, Puteri yang tertukar dekat channel achetebe (kot).

Aizat: Wie, kau hantar car wash ke kereta ni?
Aku: tolong sikittt. aku yang basuh tau.

tak sia-sia aku terbongkok tertonggeng basuh kereta, ada juga orang perasan perubahan kereta itu. maaf anak jiran kalau akak tertonggeng depan hang. sapa suruh hang dok selit muka hang dekat jaring besi pemisah rumah kita tu. hehe. tak pa la dik, bak kata budak-budak la ni, belanjaaa. hihihi.

isnin pagi lagi satu hal, malam semalam semangat set jam 5.30 pagi. tapi tersadar sendiri jam 6.30 pagi. kenapa alarm tak bunyi? tak puas hati. check balik alarm hp. cis! patut la. aku set jam 5.30 pagi, tarikh 9 Oktober 2011. dengan sepantas kilat tanpa terkulat-kulat, bangun cari baju sekolah adham, iron, cari pulak baju sekolah agama, iron. pagi tu memang dah macam tarzan sikit, dari atas jerit suruh Adham bangun.
sediakan pula sarapan untuk dia. aku buatkan susu. lepas dah siap susu nya, baru aku terperasankan gambar dekat tin susu tu. Dutchlady 1 2 3. ahh ! lantak kau la dik. kau pun perangai lebih kurang macam Rafif juga, tak salah minum susu dia. hehe. Apipppp, Ateh minum susu Apip. 

kesimpulannya di sini, aku bukan nak merungut. cuma baru lah aku tau rasa penatnya menjadi seorang suri rumah, lagi-lagi mereka yang bekerja. nasib baik bila aku dah ada anak nanti, aku tak payah kerja. syukur syukur. kihkihkihkih.

ok. terima kasih kepada Ira, kerana sudi temankan aku kat rumah, teman pergi Econsave, tolong-tolong masak, cuci kereta, sampai berdarah-darah ko jari dia. hihi. nasib baik kitorang tak jadi Raja Bersiung. terima kasih juga pada Aizat, sebab sudi menghantar Adham pergi sekolah, Aizam yang sidai baju dekat dalam bakul je, dalam mesin basuh hampeh tak di sidainya, dan Adham!!!!!!!! yang hanya basuh 4/7 dari cawan yang dia longgokkan dekat computer & tidur mati gilerrrrrr sampai Ira & aku terperangkap dekat luar rumah hampir satu jam! puas la Ira & aku membaling purse kitorang, buku, hanger, selipar, tapi tak sedar jugak. jiran sebelah sampai keluar dengar aku jerit, kau yang tidur 3 langkah dari sliding boleh tak dengar? aishhh! aishhh!! 

sudah. tiba masanya untuk masak makan malam. menu seperti biasa, spaghetti goreng tanpa minyak.

3 comments:

Afeeqa said...
This comment has been removed by the author.
zeta said...

wah..bagusla jd kakak cenggitu..bertanggungjawab.. :)

♥e'in♥ said...

rajin siot! hahai!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...