April 10, 2014

cara berkesan untuk menjadikan anak-anak rajin mengemas

haaaaa..... panjang tajuknya tu.
makan sekejap. lapar sangat.

.

.

selepas 2 jam......



Rafif - 5 tahun. Ainul - 3 tahun. Qalesya - 2 tahun.


ketiga-tiga mereka bukan anak aku. ainul, adik bongsu, rafif & qalesya anak saudara aku. namanya pun budak, barang mainan dorang tak pernahnya tak berselerak seluruh sudut rumah. sekarang ni memang sakit pinggang kalau nak membongkok. jadi, ada satu cara macam mana kita nak suruh dorang kemas sendiri barang-barang dorang tu.


Menyapu
sekarang ni, aku tak boleh marah-marah. nanti darah naik pulak. jadi, kita kena cakap lembut-lembut dengan dorang tapi dengan cara yang berkesan lah. contohnya, bila aku nak start menyapu, aku akan jerit dari dapur bagi warning dekat dorang.

"okkkkk!!! sekarang Nana nak menyapuuuuu. kemas mainan masing-masing cepatttt!!! tak simpan Nana buang nantiiii!!!"

dorang pun jerit ahhhhhhh!!!! lepas tu cepat-cepat memasing kutip mainan memasing.

tengah menyapu tu, kalau jumpa barang....

"color pencil sape ni? Nana buang eaaa??" .... zuuppp!! ada budak capai. simpan.
"kereta sape ni? Nana buang eaaa??".... zuuppp!! ada budak capai. simpan.
"puting sape ni? Nana buang eaaa??"..... zuuppp!! ada budak capai. simpan.

bla bla bla..... Nana buang, Nana buang...... terus clear lantai tak ada barang lagi. senang aku nak menyapu.

sampai ainul & rafif jadi mat tiarap masuk bawah kerusi bawah meja capai mainan & cawan yang bersepah. lepas tu, aku tengok si ainul angkat kerusi kayu mini pergi simpan dekat tempat biasa yang ibu simpan. aku tak suruh pun. bagus pulak makcik sorang ni. 

qalesya buat apa??? dia tu kalau nampak botol campak dekat sinki. botol makcik dia ke, abang dia ke, nampak kosong je dia letak dekat sinki. start qalesya mula paham apa yang aku cakapkan, aku mula ajar dia letak botol dekat dapur bila habis menyusu. ni bila dah tinggi sikit, dah sampai nak campak botol ke sinki, dia campak je la. janji ada dekat sinki. tak ada lah nanti lepas sebulan baruuuuu jumpa botol susunya bawah kerusi la, bawah katil la, dalam speaker laa.. eh?! dalam speaker botol susu tak muat. tapi kalau kunci hilang, jam hilang, keropok lekor tinggal sikit walaupun baru beli, haaaa boleh check dalam lubang speaker.

lepas tu kalau nak mop lantai, halau dorang keluar. nanti lantai licin, sorang-sorang benjol kepala nanti. halau bukan sebarang halau, halau suruh susun selipar kasut dekat luar.

Rafif : "banyaknyeee Nana???"
Nana : "eh! mestilah. pergi cepat"


haaaa. padan muka korang. hari-hari tengok Upin Ipin kan, nah Kak Ros versi Nana dah muncul dalam realiti hidup korang. hahahaha!!!


bagus dorang susun selipar. semuanya matching. rafif susun, qalesya sarung kasut/selipar kasi test. lepas rafif marah, terus dia blah dengan muka tak bersalah dia tu. 

lepas dorang dah siap kemas, bagi lah pujian sikit. 

"Good job! Good job! pandainyeeeee korang susun selipo!"

haaaa. lepas tu nanti kembang la bontot dorang. sengih sampai nampak gigi yang dalam ambang kejatuhan sikit hari lagi tu.

masa kecik ni biar dia rajin bila kita suruh, nanti In shaa Allah bila besar dah terbiasa. jangan masa kecik tak di ajar pandai sendiri, mak pak rasa kagum. tapi bila dah besar, hampeh ya amat. nasi pun nak orang cedokkan. nak je aku kunyahkan sekali nasi tu. nak cuba Tat?


HAHAHAHAHA!!!


January 08, 2014

2014

Assalamualaikum.

selamat tahun baru 2014. selepas 9 bulan blog ini terbiar, baru kali ini berkesempatan untuk menghapdetnye.
tahun lepas sangat hectic bagi aku. pelbagai dugaan, masalah dan rintangan berkaitan perkahwinan. dan alhamdulillah, aku selamat di ijab kabulkan dengan pilihan hati aku, Norman. mana nak sangka, dapat berkahwin dengan suami nama artis. HAHA! nama je lah. tapi suara dia ala-ala Norman KRU. sedap. mak suka. hahahahaha!!!


terima kasih kepada semua yang banyak membantu & menjayakan majlis kami. keluarga, adik-beradik, sepupu sepapat, saudara-mara, jiran tetangga, tok kadi yang nikahkan dengan cepat sekali sampai tak sempat nak merasa sedih lepas sah bergelar isteri (hahahaha!!), dan yang paling banyak berkorban sangat-sangat, ibu & ayah. terima kasih ibu & ayah kerana berkorban masa, duit & tenaga bagi merealisasikan idea dari wiwie yang dari mana entah datangnya. heeee.


sekali lafaz. sah! sah!


terima kasih kakak ku yang seorang kerana melayan kerenah aku untuk idea kad kahwin. kad kahwin je pong. simple je pong. tapi sampai kena buat 3-4x design.


tema rustic. terima kasih Jendela Impian Mempelai. suka sangat pelamin ni.


ok. itu saja lah gambar kahwin yang ada. itu pun cuma ambil dari mana-mana tempat yang dah di post. gambar kahwin semua dalam pendrive. sampai sekarang tak tengok lagi pon. elakkan gambar habis rosak je dalam pendrive tu.

btw, terima kasih juga untuk staff-staff ART UDSB yang membantu packed kan goodies, percikkan api & asap masa acara potong kek. waaaaaaa~ mak sukaaaa!!!!

lepas kahwin pindah Kuantan. sekarang JB balik semula.

ok. itu saja. ini entri tak tahu la pasal tahun baru ke pasal kahwin. haha. lantaklah. busy ni. (sangat~).

bye!


oh ye! azam tahun baru ni ialah .............. (niat dalam hati)
dah tercapai baru bagitahu.


bye lagi!





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...