March 28, 2010

sorry sayang

kakak i hadiahkan Larrie dekat i sempena hari lahir i yang ke 20 tahun. terima kasih kakak ku. tahun ni tak nak mahal-mahal, nak kasut Everlast je. hehe.

yang ni tak ada siapa bagi. beli sendiri ye. oh may, this year i dah tak beli selipar baru sebab ibu dah sound asyik beli selipar je. tapi raya cina tuari i ada beli selipar satu. hehe. selipar jepun Voir je. kira halal je la ea ibu? tahun lepas memang i addict gila dengan selipar. pantang ada selipar baru keluar, i nak beli. tapi cuma dekat satu kedai tu je la i addict dengan selipar-selipar diorang.

sekarang ni, addict dengan komik & buku. sebab selipar dah tak boleh beli. i baru je beli buku online. maybe next week dapat lah kot.


kasut paling veteran. since i form 5 dia dah berkhidmat untuk i. sekarang i dah nak grad from LUC. haaa. berapa tahun dah tu? ayah belikan kasut ni masa i terpilih untuk mewakili Johor Bahru bagi sukan netball peringkat MSSJ. terima kasih ayah.

kasut-kasut & selipar-selipar ni i baru je ada masa nak basuh tengahari tadi. tu pun masa nak tunggu ice dalam freezer tu cair. sorry sayang. semester kali ni i jarang bersihkan you all. nak kata busy, tak ada lah sangat. cuma masa mencemburui kita.

♥ you all. jangan main kotor selalu ye.

*thankz kak wa sebab tolong kemaskan ice box & dapur.

March 26, 2010

youth club - 014

DSCN6420

ok. hari ni baru dapat nombor hotlink i. youth club saja. murah dan jimat. terima kasih Pnut sebab belikan nombor ni. bukan setakat nombor, tapi dengan li-ion battery dan casing hp.

tapi nombor ni tak best, sebab mula dengan 014. ada sesiapa nak nombor nie?

lalala.

March 25, 2010

mana pergi bawang i?

sebenarnya, masa i baru-baru naik sem, i memang rasa pelik. rasa barang i dekat dapur makin berkurang. penutup bekas air masak i patah. siap letak dekat luar lagi padahal bekas air tu selalu dalam ice box.

i buat dono.

tadi i pergi dapur untuk isi air dalam tupperware. i toleh tempat i selalu letak barang, tengok bawang besar i tak ada. dah mencari ni setiap pelusuk. tak ada juga. mana pergi?

sebelum ni memang i perasan ada orang alihkan plastik bawang i. i letak balik dekat tempat i. lepas tu hari ni terus tak ada. tsssskk!

i tau i jarang masak. orang pun tak akan fikir tu bawang i. tapi kalau rasa bukan diri sendiri punya, kenapa pakai? kalau nak pakai pun, tanya la dulu. bawang tu i beli pakai duit tau. bukan pakai daun. kalau pakai daun, jiran sebelah nak pakai bawang pun i boleh bagi percuma.

bukan tu aje. sem lepas i ada beli chicken stock cube size besar pun i rasa ada orang pakai. sampai tinggal berapa je dalam tu. terima kasih sebab pakai. i dah beli chicken stock granules. kalau itu pun dah berkurang, alamatnya semua makanan letak dalam bilik la ya.

maka, terhasil lah, bilik ku dapur ku. :)

testing – Windows Live Writer

bla bla bla.

DSCN4654

March 24, 2010

kitaran makanan i


sekarang ni, kitaran makanan i agak kelam kabut dan pelik. i pun jadi pelik walaupun dah biasa. mungkin sebab bila orang tanya dah makan belum, and i explain, dorang pelik. lepas tu terus i pelik. eh? pelik sungguh la. ini semua gara-gara rambang mata tengok makanan dekat pasar malam. mungkin itu pasar malam yang pertama bagi i untuk semestar baru ni.

kitaran makanan i:

1. hari rabu (pasar malam) - i beli mee jawa dekat kakak sweet. dulu muka kakak ni garang. lepas dah ngam ngam choii, sengih aje kejenye. hehe.

" akak, saya nak mee jawa satu ! hehe. "
" satu je? "
" hari ni saya sorang je kak. "
" hahahahaha!! " <---- akak tu ketawa besar. mesti dia fikir bukan-bukan ni. hehe. notty tau.

jalan-jalan, ambil bau, ambil asap. jalan-jalan lagi, uhuk! uhuk! terbatuk. toleh belakang. nigel lalu sebelah rupanya. bau ketiak memang tip top! ngeeee~

sampai dekat mee kuali besar, kakak tu masak kuew teow goreng round 2. special untuk wani. selera membuak-buak. sebab kalau beli sekarang, mesti sedap makan panas-panas. selama ni dapat makan bila dah sejuk. bila buka bungkusan mee tu, jadi bentuk kon sudah. grrrr~ ok. beli. dah plan mee jawa makan esok.

2. khamis - i makan mee jawa semalam untuk lunch. tapi tengahari tadi i dah beli nasi beryani & kuih karipap besar yang orang pakistan buat kot. hold dulu nasi & karipap ni.

3. khamis (dinner) - nasi beryani.

4. jumaat - kuih karipap BESAR. ehem! rm2 satu.


ok. itu cerita last week. this week, benda yang sama akan berulang. tadi beli 2 jenis makanan dekat pasar malam. as usual, 1 untuk malam nie, lagi 1 untuk esok. ni semua gara-gara esok tak ada class. ada lawatan apa tah. kelas di tangguhkan. if tak ada kelas, memang i malas keluar nak cari makan.

almaklum lah, rumah ku syurga ku.

March 23, 2010

Linton University College











saya akan grad sebagai pelajar Linton University College. terima kasih. :)

gambar YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin tu adalah gambar sehabis baik yang saya boleh snap. terpaksa berebut dengan nigel tuuu. naik krem kaki sebab jinjit nak kasi lepas ketinggian dorang.

cis ! saya pendek rupanya. :(

* sebelum event ni tadi kak lin, pnut & me berbual dengan rector college, Dr. Kamis Awang. siap gelak-gelak tuuu. woot~ woot~

March 21, 2010

sedih - happy - tips untuk dapat duit dari parents !

ayah, ibu & rafif de big eyes

jumaat- i rasa sedih sangat. sebab ibu ayah ada dekat subang, so i nak sangat diorang drop by sekejap jenguk i dekat hostel. hantar KFC ke. sebab 1 hari tu i cuma makan roti canai je. i siap pesan dengan kakak i, suruh diorang datang. i tak mengharap. tapi menunggu juga la. dah malam sangat, langsung tak ada pape. call pun tak. sedih sedih sedih. dulu, masa i baru kolej, bukan main. hari-hari call. sekarangggggggg. tsssk~

hehe. bergurau je la, omma. baru-baru masuk kolej, i budak-budak lagi. umur pun belas-belas. mesti la ibu risau. sekarang dah tua bangka. dah boleh kahwin dah pun.

sabtu- sedih berbaur-baur. rasa sunyi je hidup. tempat mengadu dah la tak ada. hidup single memang macam tu. oh! ye. banyak benda single dalam hidup i sekarang ni.

SINGLE.
SINGLE room.
SINGLE mother. hahaha!

tapi, i rilex. happy saja.

perlahan je i dengar suara rafif menangis. si purple dah rosak. bunyi vibrate lagi kuat dari bunyi ringtone.

" wie. haaa. tidur lagi ea? hehe. "
" hehe. biasa. bla bla bla "
" sorry la. semalam tak dapat datang sebab dah lambat. bla bla bla. lagi pun cik taib ada sekali. bla bla bla. "
" tak pe bu. ibu kat mana? "
" tengah teman ayah kau joging nie. tapi hujan kat sini. ibu tunggu dalam kereta. wie, bla bla bla "

zzzzz. seterusnya perbualan dah masuk part perisik upahan. macam biasa. ibu selalu ragu-ragu dengan orang yang deal business dengan ayah. kata hati isteri jangan diabaikan ok, sebab instinct perempuan ni kuat.

ibu dah call. i dah rasa happy.

vibrate. vibrate. ada mesej.

" ayah masukkan 100 nanti "

happy! happy! happy!

yeayyyy ! bertambah happy. as a student yang duit MARA nya kemungkinan besar akan stop next month, dapat duit dari parents tu lebih happy dari segalanya. hahahaha ! nak tau tips nak dapatkan duit tanpa bagitau parents you all??

macam ni. call adik you all or kakak ke bila tau dorang ada dengan parents.

" weh atam ! kau buat ape? "
" aku tengah tengok abang mie main game. "
" aku boring ar. "
" tsskk. kau boring kau call aku. "
" ye la ! weh, datang la kolej aku. bagi aku duit ke. hehe. "
" ceh kau. aku mana ada duit. "
" hehe. abang bergurau. "

ok dah. cukup la perbualan selama 1 minit tu. esok parents you all akan bank in duit.

ok? selamat mencuba ! fighting !

March 19, 2010

Legenda college = budak liar



Legenda College = budak liar. dengar macam sinonim.

itu pendapat orang ramai. tapi kan, ada awak perhatikan budak-budak dari Poli, U, or college lain?

awak yang belajar dekat Poli or dekat U tu, tak ada masalah sosial ke? baik sangat ke budak-budak dekat situ? video "sosial" atau "liar" dekat youtube, student mana paling ramai?



awak tau ke life kami macam mana dekat kolej ni? pernah datang sini? pernah bergaul dengan budak-budak kolej ni?

yang buruk semuanya kena dekat budak kolej kan? sampai je berita tu dekat telinga korang. nampak je salah kitorang.

tapi awak tak nampak budak-budak kolej ni menjadi bilal setiap kali masuk waktu solat, pergi ke surau, atau dulunya berasak menaiki bus semata untuk ke masjid berdekatan bagi menunaikan sembahyang Jumaat, dari yang free hair terus memakai tudung, membuat solat hajat untuk kecemerlangan dalam peperiksaan & macam-macam lagi lah.

memang ada antara mereka yang agak social terlebih. tapi itu hidup mereka. masing-masing dah besar. saya tak kesah if makcik pakcik yang membangkitkan isu ini. tapi ini, awak? orang yang bukan saya baru kenal. remaja pula tu. bukan awak pun 2x5 je ke dengan remaja-remaja yang lain? atau sebenarnya awak memberi maksud liar tu untuk diri awak?

ops! sorry. awak tak boleh tau banyak tentang kami. sebab kami "private".

kepochi!

March 17, 2010

kak long & abang khai engagement

ini baju ke-dua yang di jahit oleh moksu i. baju 1st, hampeh. jahitan tak kemas dan ada terkoyak lagi. beli kain je dah beratus. tempah buat lagi. lepas dia dah buat, siap letak label kedai dia lagi padahal jahit tak senonoh. publish dekat sini kunk, terus tak ada orang nak tempah dekat u tau nyonya.


chef hari tu ialah pak long sendiri & nenek. assistant chef pula makcik-makcik yang datang. masa kakak i kahwin, pak long la yang masak. expert in nasi ayam. :)


mak andam ni kata dia pakai kebaya masa dia muda-muda. kira badan masih maintain la accept one thing, katanya. hehe.
dalam kereta kak long padam gincu tu. sebab gincunya macam tak rata & pecah-pecah. i tak berapa minat make up yang mak andam ni buat. eye shadow orange blend dengan colour ape tah. lepas tu bawah mata pakai colour biru. gincu pink. dia kata kalau make up orang bertunang ni suam-suam je, tapi colour yang dia pakaiiiiiiii. harammmmm. tak suka i.

iera (adik kak long), me, & izzati (anak moksu)

mak ngah, mak uda (ibu i), & moksu.


"i'm Khai fiancee!" . kak long i Rosma. hehe.

"i'm Hamidah husband!"

i rasa kak long i balas lebih dari mencukupi. sampaikan kek yang letak dekat rumah sedara pun boleh tak ingat. nasib baiklah sedara tu ingat. kalau sedara tu tak ingat, lepas dorang balik memang kekah lah kek tu jawabnya. haha.

hye abang khai ! awak nampak macho dengan batik Indo. pheewit!! hye kak long ! sorry tak perasan ada kat sebelah. hahahah.

i rasa dia boleh jadi sepupu yang 1 kepala. raya nanti boleh main tembak-tembak dekat reban ayam atok. kitorang nak rasa juga pistol polis Singapore macam mana. ;P

kak long ialah anak sulung pak long & mak long. cucu sulung dalam family Sarkah & Hamidah. so, majlis tunang pon besar besaran sikit. yang baju belang tu, bukan adik kak long. iera sorang je adik kak long. si baju belang ni adik i yang that day asyik mengadu sakit tengkuk je.

majlis pertunangan kak long berakhir dengan sempurna. abang khai pun macam tak nak balik je hari tu. hihihi. sabar ye abang khai. setahun je lagi. alright. sekarang nie turn i pula di soal dengan soalan typical nenek-nenek tersayang, "ekau bilo pula?" .

hehehe. ada lagi sorang gadis yang lebih tua dari i. so kita kasi dia jalan dulu la ea. tak baik langkah bendul ni. hahahah!

peace nenek-nenek. ♥ u. jangan asyik cakap nanti dah tak ada bila turn wie pula bertunang. sedih tau. :(

- 6 March 2010 -

March 16, 2010

Bukit Gambang Water Park

February 20 - semua orang perlu memakai baju Art UDSB or you will be lost ! hahaha.

picture time ! Oh my, Art UDSB already 12th years old??? i rasa masa berputar begitu pantas. i ingat lagi masa i darjah 3, cuma ada 3 @ 4 orang pekerja je time tu. itu pun include my uncle's & my dad.

hey kiddos ! it's time to wear swimming suittt!!!!

we wanna go tooooo . . . . . . .


Bukit Gambang Water Park!!!

masa uncle beli tiket i dah siap-siapp pakai sunburn. panas terik woo. tapi, for those yang takut mukanya sunburn, like my beloved daddy ni, u boleh bawah pondok. tapi pondok ni kena sewa. harga i tak tau sebab dah excited nak main air.

ok. dekat sini everything cashless. semua main scan aje. so, for us, tak semua wristband ada duit ye. time ni tangan ayah i sangat berharga sebab wristband dia ada rm100. haha ! so bila nak sewa boya, ayah i terpaksa lah kena ikut pergi counter. sampai ayah i cakap, "nah! potong tangan ayah ni" . hehe. :P

harga boya @ pelampung ni rm15. bila pulangkan balik pelampung ni dorang akan balikkan kita rm5. setiap nombor dekat pelampung tu akan di tulis dekat wristband kita.

coco beach ! Oh my, i ♥ it so damn much !!!

crowded habis. makin lama makin crowded and everyone waiting for the wave. sampai ada yang lemas ok. nasib baik i tak lemas. tapi nyaris-nyaris juga la. lemas pun tak apa kot, sebab lifeguard nya kan, ehem! . . . . . . . . . hehehehehe.

dekat coco beach ni ibarat 1 Malaysia. bila ombak datang, semua tarik pelampung satu sama lain. pada hal kitorang tak kenal pun & bangsa lain-lain. tapi india kurang sikit kat sini. majority melayu & cina.

penguin island. baru lepas kena air yang jatuh dari mulut si ikan piranha. ini pun syok juga. hahahaha! tiba-tiba lupa umur sendiri.

glacier river. kami adalah water train yang paling panjang. haha !



family raft ride. ini pun best. arghhhhhhhh!!! nak pergi sana lagiiiiiiii !!!!!!!!

actually banyak lagi tempat yang tak main. partner tak ada lah. kak zie & kak siti takut sikit. kalau lah ada kakak i, memang habis lah satu park nie kitorang main.

rai ! jom pergi Gambang ! nak ajak rafif main wave kat sini. hehe.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...