May 04, 2011

expose mistik - amalan surah 3 Qul


lenguh. satu badan rasa sengal-sengal.
penat.
kerja sekarang memang banyak pakai tenaga. barang berkotak-kotak, berbundle-bundle, berkilo-kilo.
orang aspect, badan besar, mesti larat angkat benda berat-berat.
aku manusia juga. kalau dah 6 hari seminggu angkat barang berat-berat?
penat tahu.

siang tadi, aku pergi rumah makcik aku. niat hati memang nak berurut.
urut tangan kanan saja. sebab memang tangan kanan yang sakit sangat.
ya! sakit. sangat sakit.

aku selalu tengok orang berubat. mereka akan menangis. dan kadang kala aku tertanya, kenapa mereka menangis? sakit sangatkah?
tadi, aku dapat merasakan perasaan tu. memang sakit. 
tapi secara tak semena, aku rasa hiba. rasa sedih. rasa macam nak menangis saja masa tu.

dalam hati, kau dah kenapa wie? sakit sikit macam ni dah nak nangis. tahan lah sikit.
tapi serious, air mata aku memang dah bergenang masa tu.

tiba-tiba, makcik aku tanya, 
sakit? ada benda tumpang ni. ( sekarang anjing tengah menyalak yer. jiran! jangan bela anjing lah )
dah naik bersarang dekat tangan kau. dah nak dekat 2 tahun.

hah?! terkujat. biar betik.

makcik aku kata, yang sedih tadi bukan aku, tapi benda tu. dah lama dalam tangan aku, sebab tu dia sedih bila nak keluar. jadi, aku kena berurut selama 3 kali lepas ni.

malam tadi, makcik aku datang lagi. nak urutkan aku satu badan. ( terima kasih Moksu! *peluk ketat-ketat* )
sekarang badan aku rasa dah lega. rasa mengantuk je sekarang ni.
tapi tangan aku macam rajin semacam untuk menaip. mungkin sebab syaiton yang dalam tangan aku dah keluar, sebab tu terus jadi rajin jari-jari aku ni.
aku rasa, syaiton dalam tangan aku sebelum ni buta IT, sebab tu dia malas nak layan benda-benda sosial ini semua.
sebab tu bila on FB, aku belek sikit-sikit, off. on Twitter, baca timeline, off. on blog, tengok dashboard, off!
sekarang, aku rasa macam rajin-rajin ayam sikit lah buat entri ni. ( mata je berayun )

sakit aku sudah hilang. Alhamdulillah.
insyaAllah, aku akan mula kuatkan iman aku dan cukupkan amalan.
sakit tahu bila benda tu nak keluar. sampaikan aku pegang tangan ucu aku bila dia urut bahagian bahu aku.

ustaz dalam Expose Mistik ada beritahu, amalkan surah 3 Qul tiga kali di waktu pagi, dan tiga kali di waktu petang. insyaAllah, benda-benda halus ini akan takut untuk mendekati kita.
mencegah lagi bagus dari mengubati. 

1 comment:

No One said...

kalau nak lebih info psl gangguan ni...bagus tengok http://junied-rahsianampakjin.blogspot.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...