selamat ulang tahun kelahiran yang ke-22.
maaf. sebab tiada lagi text Happy Birthday untuk kamu akan masuk ke dalam inbox telefon bimbit kamu.
tiada hadiah.
tetapi, doa ku selalu mengiringi kamu.
dan aku pasti, Tuhan selalu merahmati diri mu.
semasa engkau di lahirkan, usia ku sekitar 3 bulan di dalam kandungan ibu.
memang aku tidak melihat kelahiran engkau di dunia ini.
tetapi, aku melihat pemergian engkau meninggalkan dunia ini.
alangkah bertuahnya aku kerana mengenali diri mu.
aku pasti, engkau lebih selesa di alam yang lain itu kan?
kerana dunia sekarang ini penuh dengan onak duri dan ranjau.
sekali lagi, Selamat Ulang Tahun Kelahiran. :)
1 comment:
:( sedih kan Anna.
Post a Comment