hello ! 30 March 2011 yang lalu ( 3 bulan lepas punya cerita ), aku dapat peluang untuk ke negara yang sangat sangatttt aku mahu kunjungi bersama-sama dengan pelayang dari Malaysia ke SOUTH KOREA!!
woot~ woot~ chuballl !!!
ini cerita sepanjang perjalanan.
lepas subuh, Aizat & Izzat bersengkang mata menghantar En. Anuar, Kak Long, Ayah & aku ke KLIA.
kalau korang semua pernah pergi ke Festival Layang-Layang Sedunia di Pasir Gudang, korang mesti tau layang-layang jenis apa yang mereka mainkan. ini bermakna, kami akan menaikkan layang-layang yang besar! dan itu, adalah pengalaman pertama aku.
tiket di tempah sebulan lebih awal. ayah belanja. trimas ayah ! saranghae~ ♥ hehe.
Air Asia.
selama berada lebih kurang 6 jam di atas udara, Maid Maiden Wednesday yang menemani aku.
Korea Immigration. 2 kali orang tu tengok aku. siap tanya nama penuh lagi. mungkin sebab gambar dalam passport aku sangat buruk. ye. buruk gila!
kami satu flight dengan pelayang dari Indonesia, Ibu Endang & Abang Chulla.
di jemput oleh orang kuat Korean Kite Association, kot. kurang pasti sebab mereka tak boleh berbahasa English.
bergambar sebentar sementara menunggu ketibaan bus hotel yang kami akan menginap.
aku rasa, cuaca malam tu mungkin 3 darjah Celcius. Kak Long dengan sporting je melayan aku yang cuba untuk snap kepulan asap yang keluar dari mulut. hehe. nampak la sikit kannn.
our bodyguard. hehe.
apabila pelayang bertemu pelayang. gamat!
4: bad luck number
kami sampai di Best Western Premier Incheon Airport Hotel jam 9:30 malam waktu Malaysia. semua pelayang berkumpul di sini dan akan menuju ke Uiseong beramai-ramai pada keesokan harinya.
dinner pada jam 10 malam waktu Malaysia bersama pelayang dari Indonesia & Singapura.
bila berada di negara bukan Islam, kami yang Islam terus menjadi vegetarian. dinner vege spaghetti yang cuma ada cendawan dan sayur pahit di atasnya, kimchi, garlic bread & nasi melekat.
di meja makan ni, aku jadi confuse. sebab aku tengok, ada yang selamba makan daging. dalam hati, halal agaknya. aku baru nak merasa, dan ayah aku berdehem, "ehem!" dan buat isyarat mata supaya jangan makan.
perut kenyang.
aku rasa rancangan yang ada di Korea ni banyak gila! kalah Astro. haha! seronok kot.
ok. sampai di sini saja. tiada yang menarik pada hari pertama tiba di Korea. tapi menjadi bertambah seronok pada keesokan harinya. lagi-lagi bila dapat kawan baru! hehe.
bersambung . .
No comments:
Post a Comment