July 10, 2011

R.I.P si Ungu


aku sayang sangat si Ungu ni. sebabnya, dia cam best. dan yang paling mahal, di sebabkan dua awan itu.
dua awan itu lah yang selalu mengingatkan aku pada 4 sahabat aku, Chort (pink), Pnut, Linda & Kak Lin (putih). awan putih tu bagi aku sebagai tanda kami sebagai ahli Cloud Girls (cewah!) semasa pertandingan Sunsilk Blog 2 Paghiss. dan yang pink, sebagai tanda aku mencopet awan pink housemate aku dengan tak malunya. hehe.


banyak kenangan aku dengan si Ungu. kalau nak di ceritakan, memang tak perlu. tunggu je aku bukukan ceritanya. tajuk, Aku & si Ungu. lebih kurang setahun juga aku & Ungu berpisah gara-gara si penyeluk saku. aishhh.

baru je beberapa minit aku shared gambar si Ungu yang baru terbelah dekat facebook, sekarang dia dah terputus. cara-caranya, kena tanya pada yang pakar, iaitu ibu saya. hehe.

beberapa minit yang lepas,

ibu: ini ke hp ko yang dah rosak tu?
aku: ha'ah bu.
ibu: dah teruk sangat dah ni. boleh pasang balik ke ni ek? kalau betulkan mahal tak?
aku: tak boleh kot bu. dah patah terus ni. kalau betulkan baik beli yang baru.
ibu: haaa beli lah baru.
aku: tapi wie tengok dekat kedai macam dah tak ada je.

sambil borak-borak, ibu pun cuba lah membelek-belek hp aku dengan kaedah cuba jaya untuk mencantumkan hp tu semula.

pintal, pintal, pusing, pusing,

aku: eh. ibu nak putuskan hp wie ke?
ibu: eh. tak lah.

plap! <--- ok, bunyi tak serupa.

ibu & aku: HA! HA! HA! HA! HA!

ok. dah putus. dalam kes ini kita boleh kategorikan ibu sebagai Mona Fendi 2. hehe. abang bergurau yer buu. :D


6 Jun 2008 - 10 July 2011 . 



semua yang hidup, akan mati. tapi, si Ungu banyak nyawa. mati je charged, mati je charged, mati je charged, dan akhirnya, mati terus dan tak boleh charged. dan, si Ungu sudah selamat di kebumikan di dalam kotaknya. dari mana kamu datang, di situ lah kamu di kembalikan.


p/s: gambar kelam menggambarkan hati yang kelam. :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...