June 02, 2011

Ainul Madiha


sila beri salam pada Ainul Madiha binti Ramlee yang telah selamat di lahirkan di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru pada 27 Mei 2011, jam 9 pagi.

setiap teman, jiran tetangga atau sanak saudara yang berkunjung di hospital atau di rumah, pasti akan menanyakan apa cer bersalin kali ini. betul tak? ini ceritanya . . .

dah dua kali ibu sakit teruk, dah dua kali ibu ulang-alik check dekat HSI, bukaan ibu masih 2cm. ke esokkan harinya, ibu kata dah keluar lendir baby. terus masing-masing suruh ibu pergi je HSA. tapi ibu tak terus pergi HSA, tapi pergi teman ayah pergi Pasir Gudang dulu, sebab ada kerja. bila sampai HSA, ibu kena tahan wad. ok la. tak risau mana pun sebab iya lah, anak ke-6 ni kot. mesti ibu dah pro.


esoknya, jam 7 pagi, Aizam kejut aku, cakap nak pinjam hp aku. ada hal. dia kata ibu kena operate. aku dalam mamai-mamai, bagi lah hp. lepas dah pejam mata balik, haaa?! operate???! terus bangun, jumpa adik-beradik aku semua. ibu di jadualkan masuk bilik bedah jam 10 pagi. tapi, jam 9 pagi, Rai called cakap ibu dah bersalin.

sampai hospital, rasa sedih tengok keadaan ibu. tak boleh gerak. asyik rasa nak muntah. bila nak muntah, perut ibu bergelodak. aku tak pernah tengok keadaan ibu macam ni. masa ibu nak muntah, aku tadahkan plastik dekat mulut ibu. bila dah keluar sikit, aku fikir ibu dah selesai muntah. bila aku toleh ibu lagi sekali, ibu termuntah. meleleh muntah dari mulut ke bahu ibu. sedih. masa tu, nak angkat tangan pun tak larat, ini kan pula ibu nak angkat badan bila rasa nak muntah tu. hurmm.

sebenarnya, masa bukaan dah mencecah 5cm, nurse dah pecahkan air ketoban. bila dah buka 6cm, dia stop. langsung tak buka-buka. sebab tu Doktor kata kena cesar. ibu kata, dia rasa sakit sangat sebab nurse dah pecahkan air ketoban. jadi, ibu kena tanggung sakit bawah dan sakit selepas cesar. tu yang ibu tak tahan.

sekarang ibu dah sihat ! sikit lah. kalau berjalan tu masih 1km/jam. hehe. semua ibu bersalin macam tu kan? sebab tu orang dekat Klinik Kesihatan HSI tengok aku pelik. jalan laju beno, pegang baby satu tangan je pulak tu. haha! sebab aku bukan ibu kepada baby girl ini.

hai ! saya Afeeqa, kakak kepada Ainul Madiha. beza umur kami 22 tahun. ayah kata, masa pertama kali tengok Ainul, ayah terperanjat, "eh! wiwie?" . haha! terkenan ko dengan muka aku ni dik oiiiii.

5 comments:

Cik Siti Hajar said...

wiwie... congratss~~~


sonok ye dpt adik baru...

~LoVE PiNk~ said...

aloo tomei...
thniah2 dapat adik baru...:)
wie bile lak??opsss

Afeeqa said...

hajar: tysm hajar. seronok sgt. tp bila menangis tu yg x tahan. hehe.

ekyn: trimas ekyn. wiwie? opsss! panas tu. tggu lah lg 6-10tahun lg yer. hahaha!

~LoVE PiNk~ said...

hik3,ok2 akan ku tunggu walaupon hampir jggot...:p

Nurfilzahnurfya said...

eh kau dapat adik baru ? cumel la! tahniah wie

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...