March 25, 2011

stunt kite



petang hari ini bermula dengan Rafif yang mengetuk pintu bilik aku, suruh turun, sebab nak ajak main kite.


hari ni angin memang kuat gila. sampai pintu yang dah tertutup rapat pun boleh berbunyi macam ada orang yang ketuk. *kalau malam confirm takut* . so abang nak main stunt kite yang ayah beli masa pergi China tuari.




Rafif memang rajin tolong naikkan stunt kite ni. bersemangat waja.


tapi sekejap je. lepas tu terus pergi main taman, dan melihat perkembangan pokok-pokok yang ada dekat taman tu.



tak lama lepas tu, ibu bawa keluar layang-layang biasa sebabnya, stunt kita yang abang main tak boleh naik. siap tali putus lagi kooooo.


rafif: nana, jom la kita baring-baring dekat taman ni. baru lah bau-bau Hindustan.
nana: tengkorak ko!


nana: aii apip, mampu cangkung je ke? haha!
rafif: siot! tunggu la nanti.


akhirnya, stunt kite berada di udara juga.


dan turun mencari mangsa. 

stunt kite: maydey, maydey. sasaran di kenal pasti. seorang ibu yang memakai baju tidur.
ibu: rafiffff, lari!!!! selamatkan diri!!!

haha! sudah lah wiwie. ibu pun kau nak jadikan mangsa.


ok. rafif dah penat. ajak balik dan minta susu. nampak jari rafif tu? cuba teka tu simbol apa. cer teka cer teka cer teka. :)


anak cino: panas-panas macam ni nak main layang-layang. makan jajan bawah pokok lagi sedap. *cakap dalam hati*


keluar balik. bawa rafif main taman pulak. tapi sekejap je sebab ibu dah sakit-sakit badan.


rafif: nana! stay situ. jom lompat!
nana: eh! tak ready lagi lah.


rafif: haii nana. berat lah tu sampai tak terlompat. *sambil memandang sinis*
nana: saja nak kasi muka masuk frame. one more la kalau bran.


nana: hahhh, kenapa tak lompat? lambat masuk gear ke? *kan muka dah terkeluar dari frame*
rafif: ermm. haah kot. pampers dah berat lah nana. grrr


disebabkan rasa malu dan tak puas hati, rafif pergi semula ke "bonggol" untuk membuat latihan amali lompatan sampai berjaya.


masa untuk kemas balik stunt kita merah. nampak si kenit yang dah terteleng-teleng tu? motip utama nak buat main kayu kat tepi dinding tu. huh! memang tak dapat jepppp!

sekian saja entri mengenai stunt kite.
entri layang-layang BESAR, menyusul pada bulan hadapan.

annyeong! :)

7 comments:

nadia sallehudin said...

rafif comel la wie. rafif je tau.haha dia memang panggil ko nana ke? kenape plak?

Afeeqa said...

ye wan. aku sedar. :'( haha!
nana ialah singkatan untuk mak ngah. jgn ko ajar ank murid ko mcm tu pulak nnt wan. haha.

nub said...

amboi caringnya.. hahahaha

Afeeqa said...

aku kan makcik mithali. haha. ;p

YaYaCoMiChItAcHu said...

wie, xamik ke gmbr die kne jahit tu? hehe

YaYaCoMiChItAcHu said...

wie gmbr rafif yg kne jahit tu ari x letak plak? hahaha

Afeeqa said...

ada2. aku dah tagged ko kat FB. hehe. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...