March 21, 2011

telinga Rafif terbelah

seluruh anggota badan aku tak boleh terlanggar, tersadung, tersepak atau apa-apa aje lah benda yang keras. mesti lebam. sakit dia jangan cakap lah.
ok. tu tadi situasi orang tua. bayangkan pula bila budak kecik yang kena?
ini lah hasilnya,


malam tadi, ibu ayah, Rai & aku tengah menjamah kek birthday Dina. Rafif pun merasa la jugak. lepas tu dia berlari ke depan. tiba-tiba, tengok dia jatuh terbaring sebab langgar kerusi. ingat macam biasa je la. sebab dekat rumah memang dah selalu sangat dah dengar bunyi dung dang sana sini, sebab dia jalan ke lari ke memang mudah jatuh. tapi tadi, bila Rai angkat Rafif yang dah terbaring tepi kerusi, tengok-tengok telinga dah berdarah. ahh sudah. ibu je la yang boleh handle. mummy & makcik penakut darah. pula nya telinga Rafif dah terbelah. lagi lah gabra.


otw ke klinik.

mula-mula nampak macam ok. tapi darah tak berhenti, so kena bawa pergi klinik. pulak nya time tu aku tengah buat treatment rambut sendiri dekat rumah (credit to Izzaty), so aku cuci rambut ala kadar je.



bila sampai klinik, Rafif kurang sikit menangis. tapi still cakap sakit sakit.
bila dah masuk bilik doktor, haaaa sambung balik menangis. doktor kata kena jahit. so kena pergi bilik belakang. bila Rafif nampak nurse siapkan katil, terus menangis lagi kuat & cakap takut. 

wuiii Rafif. Nana mung ni dah la takut tengok darah. tapi disebabkan mung, Nana kuatkan semangat juga tau. sebelum jahit, Rafif kena bius dulu. wuiiii, nampak macam sakit. ngeri je tengok jarum yang cucuk dekat telinga tempat terbelah tu. sejuk lutut.

first time Nana tengok 'orang jahit orang' depan mata Pip oiii. punya lah nak elak kepala bocor bila mandi, takut-takut terikut sejarah mummy nya, berjahit kepala kena kepala paip, sekali awak pun kena jahit jugak daaaa. nasib baik 2 jahitan je.


lepas 2 hari, kena datang balik Klinik Pertama sebab nak buka jahitan tu. telinga Rafif tak boleh kena air. kalau terkena air, cepat-cepat pergi klinik. so, semua orang kena beware dengan telinga Rafif.


lepas dah habis jahit telinga, Rafif asyik cakap sakit sambil pegang-pegang badan dia. terus bawa masuk bilik doktor semula. syukur, lepas scan doktor kata tak ada apa-apa, sebab bukan dekat bahagian tulang rusuk. 


upah untuk Rafif. Atok belikan air kotak, tapi yang kotak kecik je la. hehe.
bila sampai rumah, tengok ibu dah alih posisi kerusi yang telah terbelahkan telinga Rafif. haha. terror lah ibu.


haha. padan muka dah berbalut. kan dah terpinggir dengan rakan-rakan.


ibu bukan balut satu je, tapi semua.


sampai rumah terus tidur. mungkin penat menangis masa tengah jahit telinga tu agaknya. sampai bertakung air mata Rafif dekat getah yang ada atas katil tu haa.

so sekarang cuma harap-harapnya telinga Rafif boleh bercantum dengan baik. sebab telinga dia terbelah sampai ke tulang rawan. doktor kata, kalau tulang tu tak tercantum, ermm nampak gayanya jatuh sikit lah saham Rafif. ok, tu ayat Nana. ayat doktor, takut sumpik telinganya nanti.

kita tak tahu apa akan terjadi seterusnya. cuma berdoa sajalah pada yang Maha Kuasa. amin.

get well soon, baby girl. eh, boy. 

♥ from Nana.

2 comments:

Izzaty Hamir said...

hwaittinggg apip :)
get well s0on my baby boo ^__^

Izzaty Hamir said...

hwaittinggg apip :)
get well s0on ya my baby boo ^__^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...