March 17, 2011

belasungkawa Zurina Kalthum




2005, tingkatan 4 PKA 1, SM Teknik Tanjung Puteri, Johor Bahru

"hai ! nama siapa?"
"hai ! zurina. awak?"
"afeeqa. panggil je wiwie"

cerita punya cerita, kitorang satu kelas. kebetulan dia duduk Johor Jaya, dekat sangat dengan rumah aku masa tu, Desa Jaya.

"ina, nanti kita duduk sama nak?"
"alaaa, dia dah cakap dulu" aku lupa siapa, tapi yang semestinya bukan aku. so, aku end up duduk dengan Fazreen binti Mokhtar Zahid. :)


2006, tingkatan 5 PKA 1, SM Teknik Tanjung Puteri, Johor Bahru

kalau tak silap aku, awal 2005, aku plan nak jadi outsider. sebab, warden dah tukar. aku bagitau Zurina minta pendapat sebab dia pun outsider & rumah kitorang lepas kurang sama je jarak nak ke sekolah.

"ina, aku nak duduk luar la"
"haaa! jom la. nanti kita boleh pergi sekolah sama-sama"
"haaaa, kan? tak apa. nanti aku fikirkan"
"jom la wie, jom laaaaaaaa"

ok. entah bulan berapa, aku dah jadi outsider. yeayyy!
mula-mula, perkara ni sangat susah untuk aku. seawal jam 5 pagi, aku dah kena bersiap. jam 6 pagi, dah kena gerak pergi bustop. masa mula-mula aku jadi outsider, aku selalu pergi dengan Raja Mohd Faridul Hakim. lepas tu, aku start pergi sekolah dengan Ina pula.

biasanya, tiap-tiap pagi waktu sekolah, ayah & ayah Ina akan bergilir-gilir hantar kitorang ke bustop. kalau ayah Ina keluar kerja awal, ayah Ina akan jemput aku dekat rumah (Ehsan Jaya), dan hantar kitorang dekat bustop yang berdekatan. kalau tak, ayah aku pula yang akan jemput Ina dekat rumah, dan hantar kitorang pergi bustop.

so, semenjak tahun 2005 ni, aku semakin rapat dengan dia. biasanya kitorang akan bersama sebelum matahari terbit dan hanya akan bersurai bila mana matahari akan terbenam. kitorang jadi otai toilet level 2, sebab kelas kitorang sebelah toilet. bila aku dating, Ina rilex je teman aku dating, bertikam lidah dengan bf (waktu tu lah) aku, aku cuma ketawa, sebab perangai dia memang macam tu.

dia cool. dia selalu ikutkan je apa yang aku nak. kalau aku kata nak balik ambil bus dekat City Square, sedangkan bf dia waktu tu, Eddy, nak ambil bus dekat Depoh je, dia sanggup beta dengan Eddy dan sokong pendapat aku. haha. dah semestinya kitorang menang. 

haha! sekarang, aku teringat time kita tunggu bus dekat Shell untuk ke bandar. bus kat situ selalu penuh. tapi kitorang tetap berasak-asak untuk memuatkan diri dalam bus. haha. dan yang paling kelakar, bila bus penuh, Botak nak juga masuk bus, last-last beg dia tersangkut dekat pintu bus. gelak besar kita time tu kan Ina? oh ya! kadang-kadang kitorang lepak CS tak tentu hala semata nak balik saing Emy, abang Ina. dan semestinya Emy jadi bahan umpatan dalam bus bila dia tengah tidur. hehe.

satu hari, masa waktu exam, pencil case aku tertinggal. aku bagitau Ina.

"ina, aku lupa bawak pencil box!" :(
"nah! ko pakai pencil aku ni. ni pencil bawa tuah aku tau. nanti mesti ko senang nak jawab nanti"
"hehe. thank you Ina!"
"hehe. ur'welcome"

tau tak Ina, sampai aku sambung belajar dekat kolej, aku masih pakai pencil kau masa exam. sebab aku rasa macam spirit kau ada dalam pencil tu. maaf, sebab aku lupa pulangkan pencil tu dekat kau. dan maafkan aku lagi, sebab pencil tu entah ke mana pulak lepas aku habis study ni. :'(


2007, City Square


Ina, kau ingat tak lagi baju ni? baju ni aku beli masa kita pergi CS. kalau tak silap, sebelum aku pergi PLKN atau selepas balik dari PLKN. kau kata, baju ni lawa, so, aku pun beli sebab kau suka. sampai sekarang aku masih simpan baju ni, Ina.

April 2007, sebulan selepas aku habis PLKN, aku sambung belajar dekat kolej. kau tau tak Ina, masa aku ketuk pintu housemate aku, dia tengah mandi, so dia jengulkan muka dekat pintu je. terperanjat aku sebab muka dia iras-iras muka kau masa pertama kali aku tengok dia.

masa dekat kolej, aku tak lupa untuk contact kau. untuk tahu perkembangan kau. aku happy bila dapat dengar suara kau.


2010, Johor Bahru

kita sama-sama sudah habis belajar di peringkat Diploma.


kalau kita nak bermabok-mabokan selalu, memang senang. sebab rumah kita dekat. tapi ada saja halangan untuk kita berjumpa kan?


2011, Johor Bahru

aku pernah post dekat twitter berura-ura untuk sambung belajar.
kau reply, 



ina, kalau lah aku tau, aku mesti register MUET sama-sama dengan kau. so, kita boleh belajar sama-sama lagi. maafkan aku. :((

dan sebagai kawan yang baik, kau sentiasa menyokong segala rancangan yang aku buat atau mahukan.



ina, lepas ni siapa lagi yang nak bagi galakan atau dorongan pada aku?


ina, aku tak sempat nak bagitau kau. memang kita berdua tak pernah serious. tapi kali ni betul. ya, aku akan ke Korea. hujung bulan ni. kalau kau dapat tau awal, mesti kau kongsi rasa gembira ni dengan aku kan? mesti kau minta ole-ole dengan aku kan? :)


March 15, 2011

hidup aku sekarang bukan berkepit dengan si Nokia berat 24/7. bila aku menonton tv, biasanya aku tinggalkan je si Nokia dekat atas. bila aku tengah tengok channel KBS, bunyi hp pun aku tak dengar. lepas habis rancangan dekat KBS, aku naik atas. checked hp. aii, banyak noh missed call. bila tengok, Fydo & Fara yang missed call. dalam hati, dah kenapa budak berdua ni. ada satu mesej. dari fara. bila aku baca, aku terkejut.

"wie.. zuryna dh meninggal?"

hah! aku pelik. tak kan lah. aku called Fara, tak dapat. aku terus checked FB Ina. ya Allah, dah banyak kata-kata takziah. macam mana boleh jadi macam ni Ina?????????? kenapa???????? terlampau banyak persoalan dalam hati aku. tak percaya. sungguh, aku memang tak percaya. tapi, bila aku nampak wall post dari abang Ina, sikit-sikit aku percaya. tak kan seorang abang nak menipu pasal kematian adik sendiri bukan?

lepas maghrib, aku called Emy untuk mendapatkan pengesahan. Emy kata betul. ya Allah, aku rasa macam mimpi. aku menangis dan menangis. bila saat aku turun ke bawah untuk bagitau dekat family members aku, dorang pelik, dan bertanya kenapa mata aku bengkak. bila aku bagitau mereka pasal berita ni, air mata aku terus keluar tanpa henti.

11 malam, aku bersiap-siap untuk ke rumah kau bila Emy text cakap jenazah dah nak dekat sampai. aku pergi dengan Raja. sampainya aku dekat rumah kau, cuma Zamira je yang aku kenal. lepas tu, baru aku kenal wife Eddy, Tyha. tak lama lepas tu, Fazreen datang dengan kawan dia. kemudian, Akmal & Mok. Zaki dengan Apek pun ada datang. 

Ina, bila aku duduk dalam rumah kau, aku teringat masa aku datang rumah kau dulu. masa tu mak kau masak sedap. lepas tu kita tengok movie. lepas tu kau main-main dengan hamster kau, pakai hp baru kau masa tu.


aku tak sangka, kali ni, bila aku datang rumah kau, cuma ada ruang kosong yang luas, dan sudah tersedia sebuah tilam. 


Ina, 2 hari lepas, aku tunggu kau sampai pukul 1:20 pagi. aku tak sabar nak jumpa kau, Ina, kita dah lama sangat tak jumpa. akhirnya, kita jumpa juga. tapi, cuma aku saja yang boleh melihat kau. kau baring, dan aku duduk. duduk berteleku melihatkan kau yang sudah memejamkan mata. Ina, lama aku tatap mata kau. dalam hati, kau mesti main-main kan? buka lah mata dan cakap, "aku prank kau la wiwie! hahaha!". 
ya! aku nak sangat waktu-waktu macam ni kau cakap macam tu, sama seperti last kita bertwitter pasal kau kena prank.

last tweet.

last FB status update di pagi hari kejadian.


keadaan kereta arwah.


March 16, 2011

seawal jam 8 pagi, wan & aku sudah berada di hadapan rumah arwah. jenazah sedang di sembahyangkan. aku hanya menunggu di luar sementara wan pergi melihat arwah buat terakhir kalinya. bila wan keluar, wan menangis. sayu hati aku.

selesai semuanya, jenazah di bawa ke tanah perkuburan islam Al-Raudhah Mount Austin, bersebelahan dengan Hospital Sultan Ismail. di saat mereka membawa masuk jasad mu ke dalam tanah, aku dah tak dapat nak menahan air mata aku ni, Ina. seperti yang lain, cuma esakan yang aku dengar. semua kenangan kita bersama muncul sedikit demi sedikit di otak fikiran aku.

aku redha, Ina. kerana mati itu sudah dijanjikan oleh Allah s.w.t
dari tanah kita di jadikan, dari tanah kita di kembalikan.


Ina, pada hari aku menerima sijil penyertaan untuk festival layang-layang sedunia buat pertama kalinya dalam hidup aku, aku juga terima sijil kematian kau, seorang sahabat yang akan meninggalkan aku buat selama-lamanya.

lepas arwah Aznira, kau pula yang tinggalkan kami semua. kalau kami semua kembali masuk ke dalam kelas, kelas kami tidak akan cukup, tidak akan sempurna, dengan ketiadaan kamu berdua.

Zurina Kalthum binti Abdul Majid
10 April 1989 - 15 March 2011
Al-fatihah

Ina, insyaAllah, aku tak akan lupa melawat kau. bila aku melawat arwah anak buah aku, aku akan melawat kau juga. :)

kau jangan risau Ina, kau tak ada dosa dengan semua budak kelas kita. kawan-kawan kita semua halalkan makan minum kau dan Ina, maafkan lah kami juga walaupun kami semua tidak sempat meminta ampun dan maaf dari kau.

akhir sekali, Emy, tolong jangan delete blog zurina. itu je lah satu-satunya kenangan yang ditinggalkan oleh arwah untuk kami semua. please Emy. Ina bersungguh-sungguh untuk mencantikkan blog dia. kalau Emy delete, mesti dia sedih. habis lah semua hasil kerja dia. tengok ni:


please Emy. jangan delete. T__T

7 comments:

nadia sallehudin said...

since aq jd outsider, memang aq rapat dgn ina. sama2 pergi cs, lepak kt komtar. makan2 kt food court. dia selalu cukai makanan org. and tuh la yg kelakar. tuh semua kenangan kan..

and emy, walaupun pd dasar nya tak baik utk biar kan fb n blog ina mcm tuh je. tp tuh je yang kitaorang ada. i am begging u, jgn delete blog dia.

Afeeqa said...

aku rindu kan dia. baru lepas sedekahkan bacaan yassin untuk arwah. :((

i am bengging you too, emy. T__T

E'in said...

wie... sedeynye aq bile bace nie... tyme yg ko call aq lek 2.. aq dgr ko nangis, aq pon ikot nangis same.. even aq ngan ina xbape rapat mcm ko ngan die.. =(

Afeeqa said...

thx fara sbb bgtw aku. mula2 aku bc mesej ko, aku mcm blur. aku xnangis langsung. tp xlama lps tu, terus aku rs sebak. terus xleh nk benti nangis. :(

Anna Syahida Mohd Tamsir said...

sedey nyer~
:(

Afeeqa said...

byk2 sedekahkan al-fatihah dekat arwah ye Ana.

AMBAJ said...

Al-fatehah untuk Arwah Zurina Kalthum

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...