June 04, 2010

tiada lagi gerakan mu








30 Mei 2010
di atas ialah gambar di pagi hari Sabtu, sebelum kakak aku pergi buat ultrasound untuk baby dia yang dia rasakan dah tak bergerak sejak dari KL lagi. dia tak sempat pergi buat check up di sebab kan kerja yang banyak dan berlambak. last-last, kakak aku tak pergi buat check up sampai lah dah pindah JB.

selepas sarapan, kami sekeluarga bergerak ke Hospital Sultan Ismail, JB. pergi ke wad saringan. hanya ibu dan kakak yang dibenarkan masuk. kami duduk di ruang menunggu. Rafif asyik menangis mungkin sebab penat menunggu. selepas setengah jam barangkali, ayah menyusul ke wad saringan. Aizam, Adham, Rafif & aku yang berasa panas tunggu di lobi hospital, pergi balik ke susur wad saringan untuk tempat yang lebih sejuk. kebetulan ibu & ayah pun keluar dari wad itu. tapi, dengan muka yang tidak menggembirakan.

"baby dah tak ada lagi"

aku jadi blur. perasaan aku agak kucar-kacir. ibu & ayah buat beberapa panggilan. kemudian, ibu & ayah masuk kembali ke wad saringan. kami terpaksa menunggu lagi di luar. pada masa tu, tiba-tiba aku rasa sedih. sedih sangat. aku menangis. bila Adham nampak aku menangis, dia pun turut menangis. lagi lah aku bertambah sebak. sepatutnya aku perlu kuat untuk adik-adik, anak buah, dan juga kakak aku sendiri.

beberapa minit kemudian, kakak, ibu, & ayah keluar dari wad saringan. aku melihat muka kakak ku yang tenang. tak sedih ke dia? tapi aku tahu, kakak aku seorang yang tabah. tidak seperti aku. :)

malam tu, kakak aku menceritakan bagaimana keadaan semasa dia membuat ultrasound check. 

doktor pertama, lelaki India. scan scan baby, lama. tapi tak ada khabar berita yang dia sampaikan. lepas tu dia panggil doktor perempuan Melayu. scan sekejap saja, lepas tu doktor perempuan tu kata, "baby awak dah tak ada". cuma ada nadi ibu saja. dan bila di scan, cuma nampak plasenta kakak aku saja. dan doktor juga kata, kepala baby semakin mengecut. anggota lain memang tak nampak bila di scan. doktor kata, mungkin ada hikmahnya yang kita tak tahu yang menyebabkan baby meninggal di dalam perut.

selepas 5 bulan, akhirnya, bukan masanya lagi untuk kakak aku mendapatkan cahaya mata nombor dua. sayang. kerana masing-masing mengharapkan baby ini yang dijangkakan baby girl jika di lihat dari bentuk perut kakak aku.

*************
2 Jun 2010
aku dah taip cerita di atas sejak hari pengesahan kematian baby kakak aku. tapi, seakan tiada masa yang sesuai untuk aku post kan. 

hari ini, dah 2 hari kakak aku di tahan di HSAJB. sorang-sorang. kesian dia. dia text aku, cakap baby dekat situ semua comel-comel. seakan memujuk, aku beritahu yang baby dia di dalam buai ini pun comel juga. kakak aku juga rindukan Rafif sebab budak di bawah umur 12 tahun tidak dibenarkan masuk. 

pagi tadi, bukaan kakak aku baru 1cm walaupun dah 2 kali doktor memasukkan ubat gesa. Aunty Intan ada call ibu dan beritahu bila masuk ubat gesa, rasa sakit sangat. macam rasa sakit nak bersalin. tapi Aunty kata jangan beritahu Rai, nanti dia takut. 

************
3 Jun 2010
aku call Rai. tanya macam mana keadaan dia hari ini. bukaan masih 1cm lagi. masa aku call, kawan Rai ada datang melawat. Alhamdulillah. tak ada lah kakak aku tu rasa boring sangat. aku sendiri pun belum pergi melawat kakak aku dekat hospital. masa aku pergi hospital waktu malam, suami saja yang boleh masuk. huhu.

dan hari ini Rai dapat juga jumpa Rafif lepas dah merayu-rayu dekat mak guard yang jaga dekat bawah tu. 10minit saja. jadilah, kasi lepas rindu. :)

banyak pula blog-blog dan status fb yang menghitung detik kelahiran baby mereka. kalau lah kakak aku baca cerita-cerita mereka ini, mesti dia sedih. :(

*************
4 Jun 2010
aku harap, kakak aku dipermudahkan untuk bersalin nanti. dan harap-harap juga cepat baby tu keluar. Abang mie, keluarga, dan aku sendiri risau dengan keadaan Rai. takut yang buruk pula terjadi pada dia. walaupun doktor selalu pantau keadaan kakak aku, tapi hari-hari lah kakak aku kena ambil darah.sakit tau ambil darah hari-hari. sebab aku pernah rasa. lagi satu, hospital sediakan kuantiti makanan sikit sangat. kakak aku tu memang jenis kuat makan nasi. kesian dia. huhu.

bagi aku, ini lah kali pertama saudara terdekat aku pergi buat selamanya. lagi sedih sebab aku belum dapat lagi tengok rupa parasnya. aku harap aku dapat hadir masa pengebumian baby kakak aku. 

baby, makcik tetap sayangkan awak. 

abang awak pun sayangkan awak juga. 

:)

9 comments:

UmiMia said...

Takziah yer...mesti sedih sangat sebenarnya kakak feeqa tu...family kena bantu dia atasi kesedihan tu...sayu betul rasa hati...

Anonymous said...

cedih...akak pon rasa nak nagis...takziah n salam buat kakak ya..

Afeeqa said...

kak rose- dia rass terkilan kak sbb smlm baby gerak aktif, esknya terus x begerak. huhu.

kak switsmile- terima kasih kak. nnt sy smpikan salam akk. akk jgn sedih sbb ktorg dh redha dgn pemergian baby tu. :)

Cik Siti Hajar said...

wie ade x masa penegbumiaan baby tu??


takziah wie..

Afeeqa said...

baby nya belum keluar lagi hajar.

tq hajar.

Sheila Abdull said...

ada hikmah disebalik semua tu... sabar je k..takziah to ur family..yg pasti rai dh ada yg menunggu kt sane..;'(

Zurina Majid said...

takziah utk wiwie skeluarga..
ade hikmah ni sume kan..
hope kak rai ok..

durianjawa said...

wuhuuuu...kalau kau dpt tengok baby tu nti, hope boleh la snap sekeping pic untuk aku tengok.aku teringin nak tengok.nk ikot ko balik memang impossible la.aku byk keje.

Afeeqa said...

sheila: harapnya begitu. tq sheila. good luck in your career. :)

iena: rai dah ok dah. kadang2 tu je sakit2 sikit. dah nak bersalin agaknya. :)

chort: boleh ke snap pic org yg dh meninggal? aku pun xtau la dpt balik ke x chort. klo assignment semua dh settle, aku balik la kot. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...