bukan sekolah golf aku. tapi Adham yang punya. aku dah try pukul, tapi bola melerat. tak ada bakat la. :)
kelas ini masa hari sabtu pagi lepas. penat tunggu sebab belum sarapan lagi. bola tu kita kena beli sendiri (tak tahu berapa biji satu bakul). belas-belas ringgit saja rasanya. tapi bola tu tak boleh bawa balik la ya. yuran kalau tak silap, RM100 sebulan.
Adham dengan cikgu golf nya.
dua orang budak yang depan Adham tu cucu cikgu yang mengajar golf ni. comel tengok budak kecil main golf. kayu golf lebih tinggi dari diorang. hehe. set golf untuk budak-budak lain dengan orang dewasa punya ya.
satu-satunya pelajar perempuan dalam kelas ni.
Ayah pun join memukul sekali.
muka Rafif lepas kena marah dengan pak lang nya sebab pergi dekat dengan orang yang tengah memukul.
aku rasa budak cina tu yang paling muda dalam golf school ini. umur dia mungkin dalam lingkungan 4 tahun. dia pakai set golf yang plastic punya. Rafif, pergi minta atuk set golf plastic ya. baru nanti Rafif tak kacau atuk pukul bola golf. :)
ini gaya saja yang lebih.
ok. siapa-siapa yang nak hantar anak atau adik masuk kelas golf ini, sila tengok further inquiries tu ya. Adham punya kelas dekat Johor Jaya. sebelah Daiman Bowl dan sebelah swimming pool. agak-agak boring tunggu budak-budak ni habis kelas, boleh la main bowling atau pergi swimming.
oh ya! aku sekarang ni macam dah addict tengok Golf Channel. mana tak nya, bangun pagi je mesti tengok tv tu dah buka channel Golf. lupa saluran berapa, tapi area sport channel dekat Astro.
No comments:
Post a Comment