June 13, 2010

siti aisyah




11 Jun 2010/5:19pm
jantina: perempuan
berat: 650gram

semuanya adalah pengalaman pertama bagi aku. kehilangan insan yang mempunyai pertalian darah yang sangat dekat, sumpah aku sangat sedih. aku redha. sebab kematian itu adalah pasti walaupun kita tak tahu bila masanya.

entri ini. memori ini. aku catatkan supaya aku tidak lupa yang aku pernah mempunyai seorang anak buah perempuan.

******
10 Jun 2010
pagi-pagi lagi aku dah dapat panggilan dari ibu. ibu cakap, Rai dah masuk labour room. risau. fikiran  bercelaru. jiwa tak senang. mana hati mahu balik ke JB, tapi assignment terakhir masih lagi belum selesai. pagi tu, entah kenapa aku rasa sedih sangat. sampaikan aku menangis teresak-esak semasa mandi.

petang tu, aku call Rai. dia keluar semula dari labour room. doktor kata, bahagian dalam dia baru buka 2cm. dalam hati, adalah perasaan lega sedikit. rasanya masih ada peluang untuk aku ada di sana masa Rai bersalin.


11 Jun 2010
assignment Taxation & Business Strategy siap pada masanya. Alhamdulillah, walaupun hati aku tengah keresahan, result assignment Taxation aku & the geng telah mendapat respond yang baik dari lecture yang boleh di kategorikan sangat strict. syukur. kami lulus dengan mudah. hilang satu kerisauan aku.

tiket bus cuma ada pukul 830pm. masa menunggu di MarryBrown, ibu call cakap Rai dah bersalin. Alhamdulillah. selepas 2 minggu, semuanya dah selamat.


12 Jun 2010
pagi-pagi lagi kami sudah bersiap-siap untuk ke hospital. pick up Rai & arwah. semasa sudah berada di bilik mayat, aku menunggu dengan gementar jenazah yang akan tiba. berapa besar sizenya? bagaimana rupanya? semuanya terungkai selepas Abang Mie datang ke van dengan membawa arwah yang berbalut dengan kain putih. dia panjang. tidak seperti umurnya. aku sudah mula sebak. air mata bergenang. aku cuba menenangkan diri aku. jenazah ada di depan aku, nanti dia sedih pula kan?

sampai saja di rumah, arwah di letakkan di atas meja, menghadap kiblat. mak usu & nenek membuka balutan kain putih itu untuk melihat arwah. aku dapat tengok sekejap saja sebab aku kena dokong Rafif yang baru bangun tidur. kali ke-dua aku melihat arwah, bermula dari raut wajahnya, badannya, jarinya, kakinya, dan aku kembali tertumpu pada jari jemarinya yang halus dan merah, aku tidak dapat lagi menahan sebak. aku terus menuju ke dapur. walaupun tangisan aku tidak kuat, tapi itu sudah cukup untuk membuatkan ibu menangis sama.

aku sebak sebab aku membayangkan, kalau lah kamu masih hidup sayang, sudah tentu jari jemari mu yang halus itu akan menggengam kuat satu dari lima jari makcik. :)

arwah di mandikan di dalam toilet bilik ibu. aku tidak dapat tengok sebab ustazah tak bagi. jadi, aku hanya menunggu di atas katil. selepas selesai di mandi kan, aku melihat assistant ustazah mengelap arwah. kemudian, tiba saat di kafan kan. Abang Mie sempat melihat arwah sebelum mukanya di tutup terus. Rai tak kuat semangat. tiba di ikatan terakhir ketika di kafan kan, aku dah tak dapat menahan sebak. terus keluar dari bilik dan menangis. 

arwah tidak perlu di sembahyang kan sebab baru berusia 5 bulan. jenazah di bawa ke masjid. hujan renyai-renyai. kemudian berhenti. selepas solat zohor, kami menuju ke tanah perkuburan Ar-Raudah, Mount Austin. tanah perkuburan baru. jalan kecil juga masih dalam pembikinan. kemudian, kamu menuju ke hujung sudut di tepi jalan. di bahagian kanak-kanak, arwah merupakan baby ke-5 yang di kebumikan di situ.

semasa bacaan doa, aku menitiskan air mata lagi. bertambah sebak bila melihat daddy arwah turut menangis sama.

rai- "doktor. baby saya hidup lagi ke? saya rasa dia macam bergerak-gerak"
doktor- "tak. baby awak dah meninggal. saya paham perasaan awak. awak banyakkan bersabar ya"
* beberapa hari sebelum baby di lahirkan.

aku sebak bila ibu ceritakan situasi seperti dialog di atas.

Al-fatihah.

7 comments:

YasmiN said...

sabar ye wie.min pun sedih jugak bile bace.tp wie kne tough.nk teman kakak wie lg.nati kem slm same die ehh :)

durianjawa said...

aku tumpang bersedih untuk kau dan keluarga.kak rai masih muda, ada banyak masa untuk dia tambah lg zuriat.sabar la wie...siti aisyah taknak tengok makcik dia menangis.nti dia x tenteram dalam perjalanan dia ke sana.jmpe tuhan dia balik. tabah ye..

Zurina Majid said...

wie, kuatkan semangat ye..

Afeeqa said...

yasmin, chort, & iena- terima kasih ya babe. alhamdulillah, keletah Rafif yg semakin kelakar tu boleh jd pengubat rindu dkt adik dia. :)

boboi said...

Hampir terbatal pose Boboi.

boboi said...

Hampir terbatal pose Boboi.

Afeeqa said...

sebab apa abg? :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...