May 28, 2010

Air tebu ubat untuk Denggi

yes!!!

ehem. Alhamdulillah. selepas 4 hari aku berulang-alik dari kolej ke Klinik Kesihatan Mantin, selepas 4 botol darah aku di uji di makmal, selepas 6 jarum yang lengan aku terpaksa terima, akhirnya, hari ni aku dah tak perlu datang KKM dan ambil darah lagi. woot woot!

semalam darah aku turun, 160. disebabkan aku takut kalau kena masuk air, aku amalkan petua dari member aku yang pernah kena denggi iaitu dengan meminum air tebu. aku rasa, sekarang ni perut aku ada bergelen-gelen air tebu agaknya. semalam je aku dah minum lebih kurang 2 jug air tebu. sebelum nak pergi ambil darah, aku minum lagi secawan. dan alhamdulillah, hasilnya, aku keluar dari makmal dengan muka yang ceria. PLT aku naik, 199!!! phew~ tak sia-sia kan?

sekarang ni aku kena minum air masak banyak-banyak dan perlu elak dari demam. senang hati aku nak balik JB. tapi aku tetap akan terus minum air tebu sampai lah aku rasa badan aku dah pulih sepenuhnya. air tebu tu perlulah yang asli ok, dan bukan berais. 

:)

7 comments:

Zurina Majid said...

minum 100plus je wie...

Afeeqa said...

dah minum dah. tp xberapa jalan sgt la. tebu jugak yg terbaikkkkk!! hahaha.

durianjawa said...

terbaik wokkkkkk!~

Afeeqa said...

sangat terbaik!!! terima kasih tolong sy habiskan air tebu itu. hehe. :P

Syue said...

lagi 1, minum sup ketam =)

Afeeqa said...

dah cuba dah minum sup ketam. darah lagi drop. maybe effect dia lambat berbanding air tebu. :)

Anonymous said...

Memg benar.air tebu memg mujarab utk denggi.pastikan pati dia tau.pucuk betik pilihan kedua.to memg x tahan pahit sikit.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...