May 07, 2010

duit? mana pernah cukup.


sekarang dah masuk bulan baru, May. insyaAllah, my Higher National Diploma (HND) akan habis dalam akhir bulan enam, Jun. dalam bulan tujuh, Julai, i mungkin akan menjadi penganggur yang berjaya. mungkin juga driver yang terhebat. kebarangkalian untuk menjadi nanny tersohor juga amat cerah. tapi, itu semua boleh di fikirkan kemudian. masalah sekarang ni, duit sara diri.

duit Mara dah nak habis. dan May ni bulan terakhir Mara support. mungkin. dah last semestar ni i rasa i lagi banyak pakai duit, melabur dekat benda kecik-kecik je tapi bila check akaun bank, kering dah! i pakai untuk print assignments, print notes for exam, photocopy assignments, files, fasteners, lecture notes, books (komik sebenarnya. hehe), foods, topups, bla bla bla. pelik la. tak kan lah benda macam tu boleh buat i pokai bulan ni. ehem! ada udang di dalam telur dadar niiiii.

cuba bayangkan.

sekarang baru awal bulan May. i kena duduk sini, sampai akhir bulan Jun, dengan sumber kewangan yang agak terhad. memang ayah ada masukkan duit, tapi i tau, benda ni dah jadi beban untuk ayah. i kena buat part time ke? dekat mana? tapi i rasa i tak akan ada free time nak buat part time job. buat assignment pun tak cukup masa, ini kan pula nak tambah lagi kerja. tsk.

jimat. jimat. jimat.

ok. lepas ni dah tak ada dah nak makan sedap-sedap. budget untuk makanan akan di kurangkan, peruntukan untuk kertas-kertas akan ditambah. kedai uncle dekat food court tu kalau boleh i tak nak pergi sebab nanti i mesti nak beli komik. begitu juga dengan MPH or Harris.

moneyyyyy, please come to me.

3 comments:

Zurina Majid said...

wie sayangss,
amek award di blog aku :)

durianjawa said...

ermm..
aku syukur lah.sempat jugak setahun lepas aku menabung.boleh la wat tampung2 bulan depan punya bajet.final project memang byk pki duit.huhu..samping2 wat biz baju tu..kureng la sket tekanan. :)

jimat tu jimat jgk, ayah aku ckp jgn sampai kelaparan.nti jatuh sakit.

Afeeqa said...

iena- tq sygsss. nnt aku amek ye. :)

chort- alhamdulillah. bagus lah mcm tu. aku harap business ko x putus2. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...