minggu lepas.
selasa
aku nampak status facebook Chort cakap pasal nak demam. tapi sekarang tengah banyak kerja, jadi tak boleh lah nak demam-demam. dalam hati, "aku pun sama. berlambak ni kerja". malam tu. terussss, D E M A M ! walaupun cuaca sekarang gila panas, tapi malam tu aku rasa seeeeejuk gila ! bangun slowkan kipas. masih sejuk juga. mati kan kipas pun sejuk juga. bangun lagi, pergi pakai sweater. selimut tu balut satu badan kalau boleh sikit pun kulit tak boleh kena angin. tapi sumpah sejuk juga. tapak tangan dah menggigil. leher panas. terus tidur sampai ke pagi tapak tangan tekap dekat leher.
rabu
ada talk keusahawanan dari orang-orang besar KFC. gagahkan diri untuk pergi. dari pagi sampai tengahari duduk dekat kerusi keras tu buat aku sakit-sakit badan. makanya, talk sesi petang aku tak pergi. aku tidur dari jam 1 petang sampai nak ke maghrib dengan tuala basah atas kepala aku. suhu badan, boleh tahan panas. minta tolong Saadah belikan panadol extend & panadol activfast. malam nak tidur pun still tuam lagi.
khamis
tak datang kelas rasanya. tidur. tuam. toilet. tidur. toilet. tidur. toilet. tuam. tuam. sebab aku minum banyak air masak, jadi hari aku banyak ke toilet. zzzzzz. toilet. zzzzzz. toilet.
ok. demam dah kebah.
jumaat
pagi tu pergi klinik college. tak tahan sebab hari-hari pening kepala. kelas Taxation burn gitu. pergi klinik pun makcik nurse bagi Paracetamol je. pergi kelas petang. budak-budak tanya, dah sihat ke? muka pucat la. tapi aku dah rasa lebih sihat dari yang dulu.
sabtu
rasa ada tenaga sikit. gigih bersihkan toilet. setiap ceruk nak di sental. lepas mandi, tengok badan merah-merah. bagi aku, tu perkara normal. sebab badan aku allergic air, mesti merah-merah. sambung kemas bilik pula. basuh baju. dah lama tu, tengok merah-merah dekat badan ada lagi. malam, demam balik. seperti biasa, sejuk gilaaaaaaaaa. sampai tak boleh tidur. nasib baik ada J, teman borak-borak.
ahad
siang, dah tak demam. merah-merah dekat badan still tak hilang. dekat bahagian gusi macam ada darah berkumpul. sentuh pakai lidah nanti darah tu keluar. macam pelik. biasa time berus gigi baru gusi berdarah. malam call ibu, bagitau la itu ini. ibu bising sebab tak pergi klinik. janji dengan ibu esoknya pergi klinik. zzzzzz.
minggu ini
isnin
badan masih merah-merah. tak demam. lepas kelas terus cari klinik area Mantin. jumpa ! Klinik Kesihatan Mantin. phew~ nasib kerajaan. jimat duit aku. sampai-sampai je . . .
nurse lelaki- "datang pukul 2 boleh? semua dah keluar pergi makan tengahari".
aku- *blur. "haa. ok ok."
nurse lelaki- "sakit apa nie? demam ke?"
aku- "dah tak demam dah. badan ada bintik-bintik merah. lepas tu gusi macam berdarah"
kak lin ada menyelit sikit rasanya, cakap yang aku ada demam minggu lepas.
nurse lelaki- "haaa! pergi ambil darah. kita kena ambil pesakit ni. bla bla bla. dia gitu gini. bla bla bla. dia kena nie rasanya nie. bla bla bla"
doktor handsome keluar. yes ! saat seperti ini lah yang di tunggu-tunggu. hahaha. doktor tanya itu ini untuk confirmation. ok sah ! bagi IC dekat kaunter pendaftaran. terus masuk bilik 3. ambil darah. tau la bilik nombor 3, 3 kali cucuk baru dapat darah. nurse cakap, urat lengan aku halus sangat. takut tak ada darah. memang betul, 2 kali nurse try cucuk jarum dekat lengan kanan aku, dapat angin je. lepas tu nurse pergi cari orang lain yang boleh ambilkan darah aku ni. tak ada siapa.
nurse kata, try lengan kiri pula. lengan kiri lagi tak nampak uratnya. tapi nurse tu cuba juga. haaaaa. dapat ! merahnya darah aku. masa nurse tu ambil darah aku, aku tanya dekat nurse, "rasanya aku kena ke penyakit tu?". nurse jawab, "tak tau la dik. awak datang lambat sangat. nak dapatkan result bukannya sekejap". air mata aku dah bergenang dah. lepas dah dapat result darah dari makmal, terus pergi jumpa doktor.
bukan doktor handsome tadi, doktor tua. garang! tapi lama-lama tu ok. dah rasa macam atuk aku pula, sebab dia pakai kopiah. hehe. ok, check suhu badan, check tekanan darah, kena minum 3 botol besar air masak, baca symptom-symptom penyakit tu.
ok. esok pagi kena datang klinik lagi, ambil darah. sakitttttttttt!!!
mood: sedang cuba menghabiskan 2 jug air tebu dalam masa 24jam. petua dari orang yang pernah mengalaminya.
selasa - 25/5/2010
sampai je Klinik Kesihatan Mantin (kerajaan), tunjuk surat semalam. salah satu dari surat tu sebenarnya surat ubat, tapi semalam lupa ambil. sorry. tak biasa. hehe. tunggu sekejap. cerita pasal assignment, pasal gelak khas, lepas tu baru di panggil masuk. ambil darah. fuhh! darah aku pekat. berani dah aku tengok darah kena sedut.
pergi hantar tabung darah ke makmal. tunggu result. ada budak pakai baju kemeja biru tu pun kena ambil darah juga. tunggu result lama lagi. aku kepoh pergi tanya dia,
"dari mana nie? pakai baju color biru" -sebab ada lagi 2 orang kat luar tu pakai baju color biru.
"saya student KPJ"
"owhh. nie KPJ yang duduk mana ek?"
"sri blablabla(aku lupa)."
"dekat mana tu?"
"yang dekat dengan kolej legenda tu"
"owhhh."
"awak dari mana?"
"saya student kolej legenda. hehe." senyum lebar.
haha! mesti temper je rupanya aku budak kolej legenda tapi tak tau nama kawasan tempat tinggal kat sini. ok. result dah siap. jumpa Doktor Atuk. blablablabla. aku beritahu kat Doktor yang aku lupa ambil ubat semalam. phew~ nasib baik Doktor tak marah. dia suruh ambil nanti.
"esok datang lagi. ambil darah"
"haaa? kenapa?"
"haaa. kenapa?" <---- Doktor repeat ayat aku.
"ok ok. saya datang"
"banyakkan minum air. minum air 100plus. lepas tu minum air masak...."
"3 botol besar"
tunggu giliran ambil ubat. jumpa lagi dengan budak KPJ. borak-borak. dia dah tak payah kena ambil darah lagi. dia kata, darah aku ada apa tah, sebab tu kena ambil lagi agaknya. dia budak medical imaging tapi ada belajar sikit-sikit pasal darah.
aku dapat 3 jenis ubat. Paracetamol (makan bila sakit), vitamin (1 hari, 1 kali makan), Oral Rehydration Salts (1 hari sekali). *ORS sangat masin. baru teguk sekali, aku rasa nak muntah kan balik. tak nak minum ORS.
bye-bye adik KPJ yg handsome. indah sungguh ciptaan Tuhan. hehehe.

7 comments:
wie..simptom pe wie???
take care yea...
sakit kura-kura. hehe. kena tggu esk pny result. :)
yes, i will. tq hajar.
hye wiwie....heheh...
hehehe. hello diba. rindu ke ?
kuat ye wie..kalo sah ko kene, aku bersihkan umah ni untuk ko..supaya x kena teruk lg.cian ko..aku baca ni dada dup dap dup dap.aku x selalu ada rumah minggu ni.nak kasi setel site work.ada site visit jgk nti.ape ape ko bgtau aku wie...aku tkot jgk result ko besok.risau aku jadinya...kalau akak ade, dia bleh tengok2kan ko..
:(( rindu akak...
we have nobody to look after us here.we have to be strong and always keep the spirit to fight.chaiyokkkkk
waaa... takotnya..
wie kena ehem2 ea..
insyAllah sumenya ok..:)
chot- xpe. jgn paksa diri ko. nnt ko pulak yg jatuh sakit. dah xde siapa lg yg boleh tgk kan kita berdua. huhu. yup! aku pun rindukan akk. ms tu bru balik klinik aku nak masuk bilik depan. tp pk xde motif, sbb akk dh xde. huhu. :((
ekyn- ape? ape? aishhh. pk bukan2 ea. insyaAllah. harap xde pape. huhu.
Post a Comment