Tarikh: 11 December 2010
Lokasi: Jusco Permas Jaya
Jumlah Pendermaan: ND (new donor)
Jenis darah: O (darah O sangat sikit kuantitinya di Hospital)
Info: 1/3 dari darah dalam badan kita akan di ambil. bergantung pada berat badan penderma. (info daripada yang saya tanya dengan nurse. kalau salah, sila betulkan)
saya pergi derma darah. buat pertama kalinya dalam hidup. selama ni saya tak pernah derma sebab saya takut jarum. bila saya dah berani untuk derma darah, pada masa yang sama staff derma darah ni terangkan pula pasal derma organ dalam badan selepas kita meninggal. ok, itu belum cukup berani walaupun masa tu dah tak boleh fikir.
masa duduk atas kerusi tu, saya rasa teruja. tak sakit pun. sakit sikit je. tapi saya tak tahu side effectnya sehingga lah saya bangun dari kerusi tu, jalan sedikit, berdiri sekejap, dan kemudian duduk di kerusi kayu yang ada di Jusco tu sementara tunggu adik saya siap derma.
saya rasa pening, semakin pening, dan pening. pandangan menjadi kabur. rasa nak muntah pun ada. saya duduk tengah-tengah di antara Eqra & Ibu.
"ibu, wie pening gila. rasa nak muntah."
"nak muntah pergi luar. susah pula nanti kalau muntah dekat sini."
fikir sejenak. 'mana boleh aku muntah. aku ni dah la kalau muntah teruk gila. muntah lah benda yang aku paling tak suka'
lama kelamaan, saya rasa badan saya sejuk sangat. makin lama makin sejuk.
"ibu, wie rasa sejuk sangat." masa ni mata aku boleh buka separuh je. menahan rasa sejuk & nak muntah. aku nampak muka ibu panik.
ibu panggil kakak aku, Rai.
"wie ! kau berpeluh."
zzzz. saya blur. yang penting sekarang saya rasa sejuk, semakin sejuk, dan lebih sejuk.
lepas saya minum air glukus (ejaan versi bahasa melayu), baru lah saya rasa lebih baik, semakin baik, dan baik terus. saya rasa dahi saya, perghh ! memang basah habis. lencun. bila semuanya ok, kami mula angkat kaki. masa bangun, saya sempat toleh ke kerusi kayu yang saya duduk tadi...
kerusi basah. hehe.
2 comments:
tak pernah derma darah.
nanti habis kering sy dibuatnya
*alasan je tu hehe*
hehe. Xhabes la syg. Kalau habes kite topup la balik. :p
Skrg masih confuse samade derma darah boleh jd kurus @ gemuk. :-?
Post a Comment