ermm. ehem !
setakat 8 tahun kenal erti cinta, aku memang belum boleh lagi di anggap otai dalam hal ini. orang kata ilmu belum cukup di dada. tapi dalam masa yang sama, aku boleh tafsirkan jenis-jenis pasangan yang aku pernah ada. aku tak rasa aku playgirl sehinggalah suatu hari di mana kawan aku pernah cakap, "kau tukar boyfriend macam salin baju". tapi tu dulu, sebab bila kau dah mula rasa perlunya perhubungan serius untuk masa hadapan, kau akan menjadi pasangan yang setia. sebab tu aku dah setahun tinggalkan alam percintaan.
tau tak, orang di sekeliling kita boleh mendengar masalah percintaan kita, keputusan, hanya kita saja yang boleh lakukan. sebabnya, kita yang lebih kenal pasangan kita. perenggan seterusnya ialah nasihat tak seberapa untuk kawan aku yang pernah meluahkan masalah cinta dia (yang aku boleh anggap sebagai cinta bertepuk sebelah tangan) pada aku dan kawan yang lain. ini pandangan aku.
B, mungkin kau dalam proses untuk memenangi hati dia lagi. tak apa, slow-slow. dia memang pernah cakap dia nak kawan saja dengan kau, tapi takdir kita tak tau kan? bagi aku, lebih baik kau berkawan rapat dulu dengan kau. itu lebih baik dari aku. sebab kau sayang dia dan kau mungkin tak nak kehilangan dia. kita masih muda, kenapa mesti nak terikat dengan suatu perhubungan yang acap kali akan membuatkan hati kita sakit? memang ada masanya kita gembira, tapi kita kena fikir di sebaliknya juga.
kau tau tak, masa kau solo, itulah masa yang patut kau hargai. kau akan punya lebih banyak waktu untuk diluangkan dengan keluarga kau. kau tak perlu guna hp 24/7 sampai keypad handphone kau dah tak boleh nampak huruf-hurufnya lagi. kau boleh berjimat untuk masa akan datang kau, bukan melabur pada orang yang kau tak confirm bakal jadi orang rumah kau. ermm. melainkan kau dah buat solat istiqarah dan mimpi nampak dia. :)
aku harap kau boleh dapatkan satu masa yang sesuatu untuk kau fikirkan hal ni dalam keadaan jiwa kau yang tenang.
antara cinta, harapan, & kepercayaan, mana yang lagi penting dalam apa-apa perhubungan?
fikirkan lah. tataiii (bye-bye versi Rafif)
2 comments:
nk tenang mai aa blog ceq..troiyh lari lintang pukang..bhahaha
jiwa manusia lain2. xcuba mana tau kan? skrg dh boleh terjah blog nub utk sesiapa yg nk release tension. haha.
Post a Comment