January 11, 2011

cinta sempurna


sejak akhir-akhir ni, aku tak suka kalau orang bercakap pasal umur. bukan tak suka sangat la, tapi kurang selesa. sebabnya, daripada umur, orang akan membangkitkan hal cinta yang menjurus kepada perihal kahwin.

tipulah kalau aku cakap aku tak nak kahwin. tapi belum sampai masanya, aku nak buat macam mana. memang aku tak follow ibu & kakak aku yang berkahwin semasa umur mereka 20/21 tahun. sebab aku tak seperti mereka, hot muffin.

ibu dan ayah ada suruh aku cari pakwe, tapi jawapan aku selalunya "malas", "tak kuasa". memang takkan lah kan aku pergi cari lelaki. kalau aku nak usha pun, mungkin lelaki lembut. tu je yang aku berani usha.

aku rasa takut nak kahwin pun ada juga. takut-takut aku tersalah pilih. aku mahukan keluarga yang bahagia dengan memiliki seorang suami yang boleh mengimamkan aku, seorang suami yang matang dan tahu tanggungjawabnya, dan tahu apa itu erti sebuah keluarga.

susahlah nak cakap hal kahwin ni. itu semua bukan aku yang aturkan, itu semua rencana Tuhan.

8 comments:

Unknown said...

ceq serah kat ibu ceq jaa pilih2..hahah

cik xxx said...

babe,
chill je single life. sok dah kawin terkenang pulak zaman bujang. jgn menyesal tak sudah dah la yea

Syukie said...

aku volentier wiwi...
tolong carikan laki..hehe
kat ofis aku bnyk budak2 bujang~

Afeeqa said...

nub: nak pilih macam mana nub, nominees2 nya pun tarak lg. :(

cik xxx: i ok je. parents i je nk tgk i kawen cpt kot. nk tgk ank i kata nye. huhu.

naim: thankz naim. budak ofis ko mmg rmi yg bujang2, tp xsemestinya dorg suka aku. :)

E'in said...

aik, ibu dh suh kawen ke.. huhuhuhu..

Afeeqa said...

dari tahun lepas lg fara. :(

durianjawa said...

lelaki lembut la sweet~
tak ganaz ganaz..
hehehe...
aku rasa best kot kalo kapel ngn lelaki lembut ni..tp bukan lelaki yg lemah dan berperangai mcm perempuan..
cuma soft hearted aje.

Afeeqa said...

kan chort? plus dorg tu lg memahami diri kita. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...