hari ini hari pertama Rafif masuk sekolah tadika.
pagi-pagi lagi dah bergaduh dengan ucu dia berebut pensil. seperti biasa, ucu menang.
Rafif masuk kelas tengahari, pukul 12:45pm.
sebelum pergi sekolah, ibu & aku ajar Rafif macam mana nak cakap dengan cikgu kalau nak buang air.
aku: "try Rafif macam mana nak cakap dengan cikgu. angkat tangan dulu, lepas tu cakap cikguuu . . . . "
rafif: *angkat tangan* "cikgu, Apip nak kencing"
ibu: "eh! jangan cakap nak kencing, cakap nak buang air kecil"
rafif: *sengih.*
disebabkan Adham masuk sekolah pun tengahari, so tadi Rai hantar dia pergi sekolah dulu. kecoh! takut noh masuk sekolah lambat. padahal ada budak yang berjalan kaki pergi sekolah, slow giler! macam malas je nak pergi sekolah. Adham awal-awal je semangatnya tuh. tengoklah beberapa bulan nanti, confirm banyak cuti sakit yang disengajakan. hehe.
rafif: "Ateh! Ateh! Apip nak pergi sekolah jugak. ramai orang. orang cina."
ateh: *diam. tak layan*
okeh! selepas ituuuuu, terus menuju ke tadika Rafif.
rafif: "kita nak pergi mana ni mummy?"
rai: "kita nak pergi tadika Rafif lah"
rafif: "tadika?"
rai: "ha'ah lah. Rafif kena pergi sekolah hari ni, esok, dengan esok" *muka jawab dengan confident sambil tersengih mengih*
aku: "dia sekolah sampai hari apa?"
rai: "hari jumaat"
aku: "hari ni hari khamis"
rai: "eh! lupa. aku ingat hari rabu. hehe"
memandu. memandu.
conversation panjang, macam jauh je tadika dengan sekolah menengah. hihi.
rafif: "kita nak pergi mana ni mummy?"
rai: "pergi tadika Apip la"
rafif: "rafif kena sekolah? tapi nanti mummy jangan tinggalkan Apip ea"
rai: "lahhh~ biar betul Apip"
terdiam sekejap. muka Rafif macam nak menangis.
aku: "yeayyyyy!!!! jom pergi sekolah!!!!" *dengan nada ala-ala best betul lah sekolah ni!*
rafif: "yeayyy!!" *terus happy balik*
bila dah boleh posing depan tadika, confirm dah ok lah tu.
dekat pagar tu Pengetua. Pengetua selalu pantau budak-budak dalam kelas dengan cctv yang ada dekat bilik dia. so, bila budak menangis ke hapew ke, dia akan pergi check terus.
sengih lagi. awkward je senyuman Rafif tu. haha! muka budak cina tu dah macam Lee Chong Wei lah pulak.
tadika ni nampak bright & colorful. seronok pulak aku tengok.
Rai hantar Rafif dekat tadika Wisely Kids Education. dekat area Ehsan Jaya juga. jiran aku pun hantar anak dia dekat tadika ni. bijak ok! jiran aku cakap, anak dia dah boleh buat perpecahan dah. guru-guru dekat sini semuanya terlatih. mengajar mengikut sistem Montessori kalau tak silap. kalau silap, lain hari aku betulkan. tadika ni juga ada cara macam mana nak handle kanak-kanak yang hyperactive & autism. setiap hari, guru-guru akan catitkan perkembangan murid di dalam kelas. so, dari situ ibu bapa tahu perkembangan anak mereka & juga sikap mereka.
Yuran pendahuluan: RM1290 (kot)
Yuran bulanan: RM300++
Uniform: 2set uniform formal. 1set baju sukan.
Buku & alatulis: disediakan.
Pengangkutan: disediakan (upon request)
Aktiviti: persembahan musical, holiday, sport days (kot)
itu je lah yang aku dengar semalam dari Rai.
happy je Qesya walaupun terpaksa dikejutkan sebab nak hantar abangnya ke tadika.
No comments:
Post a Comment