January 29, 2013

Reunion SMTTP 05/06 (2013) : Pelangi Balau Resort

cerita reunion.
BEST! seronok giler! bila ada dengan mereka semua, hilang terus ingatan aku pada perihal hari sebelum reunion. organizernya, Faridah dari kelas BB. bukan BB cream, tapi Binaan Bangunan. dan sekarang membina karier sebagai graphic designer.

bila Faridah dah buat event ni dekat FB, wan & aku bincang, nak pergi ke tak? kau pergi aku pergi. wan pergi fydo pergi. siapa berani, dia click dulu. aku click going, baru wan click going, di ikuti pula dengan kegoingan fydo. hehe.
maka, pada 26 Januari 2013, kami bertiga sampailah ke Pelangi Balau Resort jam 6.15pm.
sampai-sampai je, dah menggilakan diri layan wan & fydo snap gambar aku dengan tahi kucing. suka kan korang? hehe.


lepas tu, jumpa gegirls. salam, cium-cium sikit. lama benor tak jumpa. mereka semua masih belum berkahwin. tapi sudah ada yang menjadi tunangan orang. sayang, Nad tak dapat join lama sebab mak dia demam. next time yer Nad. :)


toilet PBR. ok. bersih. dalam bilik cuma ada 1 katil, 1 sofa, tv (ada Astro), ada gerobok, ada lain-lain tapi TAK ADA PETI SEJUK. service, kurang memuaskan. sampai-sampai je petang tu, member cakap ada problem masa nak check-in. bilik full. macam mana tah boleh full sedangkan dah booking. dah dorang main tarik-tarik bilik. tak bagus lah macam ni. kena kitorang yang dekat, ok lah kalau tak ada bilik. boleh balik ke kan, walaupun still tak puas hati nanti. pada orang yang luar JB? haaaa. ok, enaf pasal check-in. yang penting Faridah yang cool dah menguruskannya. kena aku, memang habis lah. hehe.

BBQ di malam hari. makan dalam gelap, kucing leset-leset lagi menambahkan kesedapan ayam ini. tapi paling sedap, bila kena suap. kihkihkih. thanks fydo & wan kerana rajin menyuap saya. hihihi.



makan.



dalam bulatan. berkongsi cerita & perkembangan hidup yang selama ini kita tak tahu.


pagi di hari ke-2. cuaca yang baik. patutlah kena kejut sampai nak kena pijak sebab ajak pergi tepi laut & mandi kolam. hehe.



sarapan pagi. tak ada apa yang menarik. nak tunggu roti bakar pun jenuh nak tunggu. makanan cepat habis, tapi dorang lambat topup makanan. ini pun salah satu service yang tidak memuaskan.


bergambar antara rela & panas. boleh gitu? hehe.


habis saja operasi di tepi laut, kita ke tepi kolam pula. 

  
antara lelaki yang celik mata paling awal.


berenang, selam, terjun, main polo air konon-kononnya, Sejuk sempat jugak train Suzy, haha. jam 10.30am, naik bilik siap-siap. 11am masing-masing dah siap berkemas.


last picture. lepas tu kami pergi lunch di Bandar Penawar & tonton Juvana di Heritage Mall. of fine, bagi perempuan, part ibu siapa tah meninggal dalam cerita Juvana tu memang sedih okeh. korang diam-diam sudah lah. haha. lepas ni tak nak tengok wayang cerita sedih lagi dengan diorang. cerita hantu lagi lah perlu di elakkan. haha.

bagi aku, reunion ni aktiviti yang bagus & boleh mengeratkan lagi hubungan kita. berkumpul, bergelak, berkongsi cerita. seronok. korang semua dah macam adik-beradik aku. mungkin masa sekolah, ada yang terasa seperti ada jurang antara pelajar teknik & vocay. tapi sekarang, semua dah matang bukan? bagi aku, kita semua sama. korang tetap member-member otak giler yang pernah aku ada. 

so, untuk......
Wan - aku doakan kau cepat dapat jodoh. bergayut jangan lama-lama sangat. tidur yang cukup itu penting. LOL

Fydo - tak sabar aku nak tengok kau kahwin dengan adik aku. eh?! HAHA!. lepas tu ikut aku pindah Kuantan okeh! hehe.

Alin - semenjak dua menjak ni, kita asyik terserempak & berjumpa lak. ada jodoh ke kita ni? HAHA! cepat kahwin Lin. lepas ni reunion perut pulak. hihi.

Fazreen - lepas ni balik lambat sikit taw time reunion.

Faridah - thanks buat event ni. lepas ni jangan serik utnuk buat lagi ok. cepat habiskan study tu. :)

Ain - hang ni memang ringan tulang. untung siapa dapat. hehe.

Ika - macam mana balik tengah-tengah malam tuari? ada nampak apa-apa tak? hihihi

Nad - kita dapat jumpa berapa minit je kan? lepas ni kita akan make sure bagi informasi yang tepat ye Nad.

Jo - nanti bagi alamat tempat kau jual tudung. boleh pergi usha-usha nanti. :)

Hamster - jangan lupa pergi belajar berenang. hehe.

Waha - woit! kau dah jadi friend aku kot kat FB, memandai je cakap aku tak accept ea. grrrrr

Nuar - sorry Nuar! aku boleh terlupa sejenak pula nama kau. sekarang ni, aku akan ingat sampai bila-bila. hehe.

Redha - selamat tak cara aku memandu? lepas ni kalau aku drive, kau boleh tidur dengan aman ok. :)

Unie - sedap tidur sampai ternganga mulut kau kan? macam penat noh bakar ayam yang kurang masak tu. hihi.

Sejuk - tak sangka kau punya hati yang mulia, walaupun! mulut kau tu asyik bising jek. hehe. lain kali kalau aku menangis dalam panggung, kau diam-diam je ok. hehe.

Nazirul, Kuyu, Awal, Zaki, Haziq, Syuk - Hi ! kita tak banyak berborak kan?

Kobis & Farah - cepat-cepat kahwin! nice to meet u, Farah. :)

Rais & Aisyah - yakin pada kebolehan diri sendiri ye Rais. kalau kuat berusaha, pasti akan berjaya. fighting! nice to meet u too, Aisyah. cepat-cepat kahwin juga korang berdua! :)

ada nama yang aku tertinggal ke? harap-harap tak ada.
aku minta maaf, selama kita berkawan ni, aku ada menyakitkan hati korang atau menyinggung perasaan korang. kalau masa sekolah dulu aku buat muka ketat kat korang, bukan maknanya aku sombong, aku ni pemalu orangnya. wakakakaka!! ok fine.

Redha kata, aku dah tak banyak cakap. diam jek. well Redha, aku tengah practice nak jadi isteri orang ni. LOL. ada kena mengena ke??????


bye bye korang! 
jumpa lagi 4 bulan++ dari sekarang.

erk.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...