March 08, 2017

Buai elektrik anak rosak? Jangan terus beli yang baru

Oh mak kau! lamanya mama budak ni tak update blog. last post 24 september 2015??? hahahaha. kakak minta maaf la yer. mana-mana komen atau pertanyaan yang tahun lepas tu, baru semalam kakak baca & publish. mana yang ada komen tanya kakak rasa-rasanya bini dia mengandung ke sebab macam banyak mengidam padahal baru sebulan kahwin, entah-entah bini awak tengah mengandung agaknya encik. hehehe.


ok. berbalik kepada tajuk di atas. benda ni terjadi pada kakak sendiri. masa kakak tengah bersantai dengan anak kakak yang nombor dua tuuu....yes! kakak baru je dapat baby baru. padahal pos lama tu pasal pengalaman bersalin anak pertama tu. nampak tak dia punya tak serik tu. hahahaha! yang kedua ni kakak confirm! yang kakak dah serik. ok, itu cerita kemudian. part buai elektrik rosak ni penting untuk kakak share dengan korang sebabnya buai elektrik harganya MAHAL!!! betul tak ibu-ibu?? ayah-ayah?? mahal tahuuuuu. harga paling murah pon kakak jumpa RM160 tak termasuk postage (sekarang semuakan beli online. hihihi).


ok, nak dijadikan cerita, tengah-tengah bersantai dengan anak kedua tu, kitorang ada bau hangit. cari punya cari, rupanya bau dekat plug yang kakak pasang adapter buai elektrik ni. alhamdulillah, nasib baik tak meletop & anak kakak pon tengah tak pakai buai masa tu. bila rosak, apa kakak buat? survey motor buai yang baru la kan? tapi kakak kecewa dengan harganya. hahahaha! bukan tak mampu, tapi tak nak lah membazir. cari yang secondhand pon, owner kasi paling kurang pun RM100. 


Alhamdulillah. dah ditakdirkan Allah nak membantu urusan kakak agaknya, masa kakak google-google tu, kakak terjumpa orang jual adapter buai elektrik. baru RM35 je. tapi kakak tak beli dengan dia. hahaha! kakak bau adapter buai anak kakak tu. sah! rasanya adapter yang rosak ni.


esoknya, kakak bawak adapter yang rosak pergi kedai pembekal barangan elektrik. abang elektrik tu confident yang adapter tu memang boleh pakai sebab anak dia pon pakai buai elektrik juga. ok lah, kakak bawak balik adapter tu, tapi tak boleh masuk pulak dengan buai elektrik kakak ni. hari ni kakak bawak sekali motor buai ni pergi kedai elektrik tu. rupanya ada besi dalam plug adapter tu dah melekat. terima kasih abang elektrik sebab bersusah payah tarikkan besi yang tersekat tu. hehehe.



ini contoh buai elektrik anak kakak. usia motor ni nak dekat 2 tahun. pakai dari anak kak long yang ke-3 & ke-4, sekarang turun ke anak ke-2 kakak. ingat! jangan membazir. rolling jek mana yang boleh dibuat rolling untuk beberapa keturunan. 



belah kanan yang kecik tu adapter lama buai elektrik kakak. yang kiri tu adapter baru. kakak beli dengan harga RM25 jer. yeayyyyy!! kakak rasa bangga sebab banyak jimat duit disitu. kalau kakak tak buat research betul-betul dekat google mesti dah beratus duit kakak melayang. tak pun, lengan kakak kurus sikit lah sebab mengenjut anak jek. hehehe.


kakak harap korang pon menjadi pengguna yang bijak seperti kakak. kenapa kakak nak berjimat cermat? sebab tahun ni kakak tak dapat brim. hahahahaha!!! selamat berjimat cermat semua!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...