tadi temankan Linda makan dekat restoran nusasa, Nilai. tom yam poktaek masin gila. naik darah tinggi i.
ontheway nak ke Nilai, dua kali i rasa macam nak gugur jantung ni. 1st, masa dalam kereta, Linda cakap, "eh polis!". "hah? mana? mana?". berderau darah sebab tak pakai seat belt lagi. pandai kawan i bergurau. gila tak takut sebab kawasan kolej tu boleh tahan polis cari makan.
2nd, masa jalan dekat area batang benar. dekat situ ada warung tepi jalan. tiba-tiba, i nampak ada sorang lelaki ni, pegang something yang panjang macam besi, lepas tu berlari macam nak ke arah kereta kami yang tengah bergerak ni. disebabkan lelaki tu sebelah kiri i, ofcourse la i takut. rasa macam dia nak pecahkan cermin kereta.
"ya Allah". terus urut dada. i toleh belakang, lelaki tu pergi seberang, arah semak tepi jalan. kalau lah time tu tiba-tiba kena heart attack, confirm esok tak payah pergi kelas taxation. lol.
lagi satu, i rasa fikiran i ni bukan dalam otak. dia dah pergi main jauh-jauh. ada ke, masa dekat kedai, i beli coke. sampai dekat cashier, i letak la barang atas desk. i tengok cashier berdua tu pelik je tengok i.
"astaghfirullah al azim". i salah letak. i pergi letak purse rupanya. nasib baik tak ramai orang, so cuma cashier berdua tu je la yang gelakkan i. huhu. malu malu. keluar kedai tersenyum senyum sendiri.
No comments:
Post a Comment