October 19, 2010

Convocation ceremony. 21 tahun.






Alhamdulillah. aku rasa, ini lah hadiah yang paling berharga untuk ulang tahun kelahiran aku yang ke 21 tahun.

selamat hari tua, Nur Afeeqa binti Ramlee. kepada ibu mengandung yang sedang mengandung 2 bulan, terima kasih untuk jagaan rapi ibu. ibu lah yang banyak memakbulkan makanan yang aku idamkan. (pssst: ibu kata esok nak masak makaroni sup. dah banyak hari doq sebut tapi ibu tak masak-masak kan lagi). banyak benda lah yang ibu buat untuk aku. tak boleh nak di list kan. boleh di ingat dalam kotak memori saja.

terima kasih juga untuk ayah yang banyak merialisasikan impian. hadiah tahun ini adalah yang terbaik sebab ayah sudi membayar RM600 untuk convocation, RM200++ untuk sewa bilik hotel, RM???? untuk bunga & teddy bear masa konvo, RM6 untuk parking di J.W Marriot hotel & RM100++ untuk makan sampai pecah perut dekat Restoran terapung di Ayer Keroh Melaka.

yang paling penting, Happy Belated Birthday for my beloved sister!!!!!!!!


adik mu ini minta ampun banyak-banyak sebab terlupa birthday kakak ku yang memang seorang nie. bukan sengaja, tapi bila kerja bahagian retail, balik malam terus tidur. tak fikir apa dah. sedar-sedar birthday dia pun 17 Oct tuari. lama gila baru tersedar. sungguh tak sopan.
tak apa ye Rai. bawa bertenang. hadiah kamu akan menyusul kemudian hari. tungguuuu.

sekarang, saya kelulusan BTEC HND in Business dengan CGPA 3.40 . walaupun CGPA saya rendah, saya tetap berbangga sebab saya sendiri tidak sangka saya akan mendapat CGPA sebegini dengan otak saya ini. biar orang nak kata apa, hanya tuan saja yang memahami otaknya.

sekian, terima kasih.

2 comments:

NURUL said...

dah konvo ye? tahniah afeeqah :)

Afeeqa said...

haah kak. 17 october lepas. terima kasih kak nurul. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...